Monday, December 23, 2013

Pembersih Mekap Paling Meletop

Assalamualaikum dan hai semua!

Hari ni Eyz nak buat entri pasal pembersih mekap yang paling MELETOP sekarang ni uols! *gediks*


Kalau dulu Eyz asyik survey jer produk ni. Tapi, dah nampak review daripada ramai blogger lain yang guna produk ni terutamanya pencuci mekap, Eyz terus cari.  Masa Eyz cari kat KL, Eyz tak jumpa pun pencuci ni. Masa tu Eyz cari kat MidValley jer larh. Hoho. Watson, Guardian kat Midvalley semua Eyz tak jumpa. Al-maklumlah pencuci ni tengah popular masa tu. Eyz sekadar jumpa tag harga jer tapi produknya tak ada. SOLD OUT. Erkz!

Lastly, Eyz jumpa jugak di Watson, Sibu masa first cuti hari tu. Alhamdulillah. Betapa excited Eyz masa tu. Kahkah. *sakai*

Tapi Eyz memang teramat berpuas hati dengan pencuci mekap PIXY ni. Sekali calit kat muka yang bermekap terus nampak bekas mekap kita kat kapas tu. Pencuci ni tak macam pencuci mekap yang lain. Kita pakai rasa sejuk jer muka. Memang terasa bersih jer muka lepas tu. Betul! Tak tipu!!!

      

See... Nampakkan. Memang tak nampak tebal kesannya, sebab Eyz bukan jenis yang pakai mekap tebal-tebal tau. Huhu. Sekadar pakai jer. PIXY Gentle & Moist Cleasing Lotion memang terbaik dan MELETOPS!

Yang penting NO ALCOHOL & sangat mudah untuk dibawa ke mana-mana. Aisemen. Hehe. Botolnya kecil jer. Comel. Pinky lagi tu. Murah paling utama jugak. Hehehe.


Kalau nak tahu lebih lanjut tentang produk ni, boleh pergi ke laman web PIXY truly asian beauty ataupun LIKE FB PIXY.