Sunday, December 8, 2013

Pemakaian cincin yang kita tidak tahu

Assalamualaikum semua!

Maaf sebab Eyz lama tak update blog ni. Sibuk sikit. Hihi. Terima kasih untuk yang baharu join Birthday Giveaway Eyz. Dan yang belum sempat join tu, jom join sekarang!!! Sebab masih ada masa lagi. Tarikh tamat giveaway 10 Disember 2013. Don't worry dear! Ehhee. Ada yang tanya Eyz bila Eyz akan umumkan pemenang? Tamat jer GA ni Eyz akan umumkan pada hari yang seterusnya. Jangan risau. Eyz akan umumkan jugak. Okay? =)

Berbalik kepada tajuk entri hari ni, Eyz nak berkongsi maklumat kepada semua tentang pemakaian cincin yang ada di antara kita yang masih tidak ketahui. Pemakaian cincin mengikut Islam.

“Nasihat Nabi Muhammad S.A.W kepada Saidina Ali sesudah Saidina Ali berkahwin dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad S.A.W berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin, pakailah di jari manis dan/ataupun jari kelingking (anak jari). Janganlah memakai pada jari tengah dan/ataupun jari telunjuk."



Nabi Muhammad SAW melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s..

Cara pemakaian cincin ni adalah tidak kira untuk lelaki atau perempuan. Oleh itu, berpesanlah kat kawan-kawan, saudara-mara ataupun anak-anak yang pakai cincin yang tidak betul untuk berhias di dalam syariat Islam. Kalau tidak, sia-sia sajalah kita mendapat kecelakaan dari Allah S.W.T. dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi S.A.W maka dapatlah kita akan pahala.

Mesti ramai yang pakai cincin ikut kesesuaian dan ikut muat mana jari. Betul tak? Jadi... untuk sesiapa yang dah baca atau tahu tentang perkara ni, berpesanlah kepada orang lain.
 
 :: Bisikan Syahdu ::
"Lepas ni taknak dah pakai ikut cara yang salah. Dah tahu ikut cara yang kita dah tahu."

12 comments:

Mohd Lokman Bin Ramli said...

Terima kasih... :)

ainil fazieda said...

Thanks for sharing :) Ainil pon kekadang main bedal ja jari mana yang muat . hahahha -.-

Nurul Atiqah said...

Nice sharing :)

Nurfaezah Abdullah said...

good sharing eyz ^^

tsumiki hajira said...

thanks for sharing :D

Nur Inani said...

ilmu yng bermanfaat .. =)

Leeza Dayasari said...

benar.... akak pernah terbaca ni...

i am S!L4H.. said...

Pakai di jari manis susah tentu kemanisannya dirasai.. Hehe.. Jelas2 nama pun jari manis kann

MisEyz BLurz said...

@ainil fazieda Samalah. Eyz pon kekdg main bedal jer pakai cincin kat jari mana2..ehee

MisEyz BLurz said...

@i am S!L4H.. kan kan..hehehe

IDAH RASHID said...

i am the one who loves to wearing cincin kat jari telunjuk n jari tengah. tk minat nk pakai kat jari manis. Now I know kesilapan drpd perbuatan tersebut T.T
thanks 4 sharing dear :')

MisEyz BLurz said...

@IDAH RASHID Same with me sis. Eyz pun suka pakai cincin kat jari tengah dan jari tunjuk kadang. Syukur alhamdulillah jumpa info ni terus nak share.