Sunday, December 29, 2013

Blog kedua yang bakal dimeriahkan

Assalamualaikum dan hai semua!

Tak lama lagi Eyz dah tak boleh nak update blog selalu. Al-maklumlah, line internet kat kawasan Eyz di KL tak berapa nak laju. Macam ciput jer. Boleh menangis tau tunggu loading. Menyampah betol. Erzk! Bukan luahan perasaan yer. Ehhee.

Btw, Eyz ada blog yang kedua. Eyz harap korang sudi-sudikanlah follow dan jenguk-jenguk yer. Hehehe. Blog Misblurz Collection. Di blog ni, Eyz ada jual macam-macam jenis barang dan pakaian. Misalnya, shawl, dress, stokin, brooch yang super comel, dan banyak lagilah. Blog tu Eyz akan gunakan untuk jualan dan blog MisEyz Blurz ni Eyz pakai untuk merapu itu ini. Kekeke. Harap korang boleh tahan jerlah yaa. Ehhee.

http://misblurzcollection.blogspot.com/

KLIK GAMBAR DI ATAS

Buat masa ni memang belum ada apa-apa yang Eyz kemaskinikan. Cuma nak panggil akak-akak, abang-abang, adik-adik, ibu bapa kalian untuk singgah dan follow blog kedua Eyz ni. Hehehe. Terima kasih!

"Eyz akan buat giveaway sekali lagi nanti dan jangan lupa join tau. Hadiahnya cukup menarik!"

GVEAWAY AKHIR TAHUN 2013

Assalamualaikum dan hai!

http://eymasu.blogspot.com/2013/12/giveway-akhir-tahun-eymasu-2013.html


Haraplah masih berkesempatan nak join GA by Eymasu ni. Al-maklumlah tamat hari ni. Keke. Manalah tahu masih diterima. Hohoho. Tetiba pulak excited nak join GA.

Btw, salah satu syarat join GA ni adalah nak kena komen blog Eymasu. Eyz rasa macam tak sesuai pulak Eyz nak komen tak baik sebabnya blog Eymasu cantik sangat. Tersusun jer. Tak macam blog Eyz ni. Simple. Tak ada apa-apa yang menarik. Tapi... blog Eymasu memang comel! Mesti comel macam tuannya kan. Hehe.


First Giveaway By Effafarhana

Assalamualaikum!

http://wwweffafarhana.blogspot.com/2013/11/first-giveaway-by-effafarhana.html
KLIK BANNER UTK JOIN

Wednesday, December 25, 2013

SALE Hujung Tahun 2013

Assalamualaikum dan hai semua!

Entri Eyz kali ni bukan nak bercerita yer. Eyz nak promote sesuatu kat korang. Hehe. Eyz tengah buat promosi untuk tribal shawl sekali dengan inner jersi. 1 SET MURAH!

Tribal Shawl + Inner Jersi
RM25 include postage
(jimat RM7)










Pm me: Misblurz Collection


Last Giveaway In 2013 @ dakwahmahabbah.blogspot.com

Assalamualaikum!

http://dakwahmahabbah.blogspot.com/2013/12/last-giveaway-in-2013.html

KLIK BANNER UTK JOIN

Monday, December 23, 2013

Pembersih Mekap Paling Meletop

Assalamualaikum dan hai semua!

Hari ni Eyz nak buat entri pasal pembersih mekap yang paling MELETOP sekarang ni uols! *gediks*


Kalau dulu Eyz asyik survey jer produk ni. Tapi, dah nampak review daripada ramai blogger lain yang guna produk ni terutamanya pencuci mekap, Eyz terus cari.  Masa Eyz cari kat KL, Eyz tak jumpa pun pencuci ni. Masa tu Eyz cari kat MidValley jer larh. Hoho. Watson, Guardian kat Midvalley semua Eyz tak jumpa. Al-maklumlah pencuci ni tengah popular masa tu. Eyz sekadar jumpa tag harga jer tapi produknya tak ada. SOLD OUT. Erkz!

Lastly, Eyz jumpa jugak di Watson, Sibu masa first cuti hari tu. Alhamdulillah. Betapa excited Eyz masa tu. Kahkah. *sakai*

Tapi Eyz memang teramat berpuas hati dengan pencuci mekap PIXY ni. Sekali calit kat muka yang bermekap terus nampak bekas mekap kita kat kapas tu. Pencuci ni tak macam pencuci mekap yang lain. Kita pakai rasa sejuk jer muka. Memang terasa bersih jer muka lepas tu. Betul! Tak tipu!!!

      

See... Nampakkan. Memang tak nampak tebal kesannya, sebab Eyz bukan jenis yang pakai mekap tebal-tebal tau. Huhu. Sekadar pakai jer. PIXY Gentle & Moist Cleasing Lotion memang terbaik dan MELETOPS!

Yang penting NO ALCOHOL & sangat mudah untuk dibawa ke mana-mana. Aisemen. Hehe. Botolnya kecil jer. Comel. Pinky lagi tu. Murah paling utama jugak. Hehehe.


Kalau nak tahu lebih lanjut tentang produk ni, boleh pergi ke laman web PIXY truly asian beauty ataupun LIKE FB PIXY.

Thursday, December 19, 2013

PELIK! Stokin buat hati gembira

Assalamualaikum semua!

http://www.2pineapple.com/wp-content/uploads/2013/12/socks.jpg 

Ada yang masih tak tidur lagi ke??? Ehhee. Hari ni, Eyz nak cerita satu kegembiraan tentang adanya stokin. Pelik tak? Peliklah juga bagi Eyz. Sebab stokin pelik, orangnya pun pelik. Eyz lah tu. Sapa lagikan. Keke. Malam ni Eyz nak amalkan pakai stokin masa tidur. Banyak benda dah Eyz google pasal pemakaian stokin ni. Manalah tahukan ada kesan tak baik ke. Hairanlah pulak tengok orang sekarang ni ramai yang pakai stokin masa nak tidur. Sooo... Eyz pun search.



:: Stokin dua pasang atas ni Eyz punya. Sampai jer parcel, malam terus pakai. Al maklumlah online shopaholic yang tegar. Hihihi ::

Kelebihan memakai STOKIN ketika tidur

1) Elakkan badan masuk angin.
2) Elak diri daripada sejuk pada waktu malam.
3) Licinkan kulit kaki. Lebih-lebih lagi kulit kaki sesapa yang merekah teruk tu. Elok sapukan pelembap pada kaki, dan pakai stokin sebelum tidur.
4) Elak daripada jin/ syaitan masuk ke dalam tubuh manusia.


Banyak lagi kelebihannya tapi korang tambahkan lagilah yer. Hihihi. Bukan setakat masa tidur jer nak pakai stokin ni. Nak keluar rumah pun kena pakai stokin tau. Terutamanya yang muslimah. *erkz! terkena batang hidung sendiri* Eyz teringin sangat tau nak pakai tapi hati tak kuat. In shaa Allah. Doakan untuk Eyz untuk berubah jadi yang lebih baik. Amin.

Selalu tengok kawan-kawan pakai, Allahuakbar, teringinnya Eyz. Indahnya. Tapi... Susah nak katakan. Mohon hati Eyz terbuka suatu hari nanti.

Btw, Eyz ada jual stokin plain tapak hitam tau. Boleh konfiden pakai tak payah nak risau kotor ke tak. Konfem tak nampak kotor sebab tapaknya hitam. Dan pakai selipar pun boleh. Sebabnya stokin ni jenis yang jejari. Don't worry, be happy! Hehe.




Maaf. Terkotor sikit. Debu-debu cinta tu. Jangan risau. Hehe.

Pm me: Misblurz Collection

Tuesday, December 17, 2013

Polkadot paling menawan

Assalamualaikum dan hai semua!

Sekarang ni dah mula nak menghitung hari. Huhu. Tak lama lagi cuti dah nak habis. Mulalah dengan tahun baharu, azam baharu dan apa-apa pun baharu. Tugasa baharu yang bakal diterima tahun depan. Aduhai. Tension! Tension! Hoho.

Siapa yang suka gaya yang simple kat sini angkat tangan!!! Ehhee. Hari ni Eyz nak promote sesuatu yang simple dan cantik kalau digayakan dengan baju plain korang.


Ni lah yang Eyz nak cakap tadi. Polkadot shawl yang senang sangat dibentuk. Cantik lagi tu walaupun nampak simple. Tapi, kalau korang dah pakai confirm taknak buka dah. Hihihi. Tak mahal pun. Murah jer. Ada lima warna yang cantik-cantik!



Lima warna yang masih available

A-light blue
B- green
C- dark blue
D- blue
E- dark pink


PM me (Eyz): Misblurz Collection

"Jangan malu, jangan segan."

Thursday, December 12, 2013

Cara blogging terkini

Assalamualaikum dan hai!

Sebelum Eyz nak mulakan entri hari ni, Eyz nak ucapkan tahniah kepada semua pemenang dalam GA yang Eyz anjurkan. Terima kasih tak terhingga buat semua yang dah join GA Eyz tu.
Terima kasih uols!!! Hihihi.

Kali ni, Eyz nak cerita pasal cara blogging yang terkini.
http://rainydaymum.co.uk/wp-content/uploads/2013/11/Dayre_logo.jpg 
Share more. Create your story.

Dayre is the App that helps you blog on your mobile device

For busy people dying to say more than a Note, 140 Characters, or a filtered photo will allow, this is the App for you.

Simply post multiple bite sized updates within a day, and hey presto, your blog post is done.

Fill days with treasured recipes, cutting edge tech trends, or your young one’s first years and share your personalized URL with friends, family and the world.

Share more. Create your story.
 Eyz pun baharu juga dalam App Dayre ni. Jom kita sama-sama cuba sesuatu yang baharu. Tak salahkan. Selain kita nak instagram, facebook dan lain-lain, sooo sekarang kita dah boleh blogging guna hp. Malas nak buka laptop, share jer dalam Dayre. Macam blogging juga. Boleh follow, kena follow, like, share,... Tak percaya cuba install dulu. Kot tertarik! Hehehe.

Yang ni Eyz punya Dayre. Jangan lupa follow okay. Just find my name. That's it! Hehehe.

  


Bukan setakat Eyz jer tau yang ada Dayre ni, blogger femes pon ramai juga yang dah install Dayre ni. Misalnya, Evaromina, Hanis Zalikha pun ada tau!!! Haa... Korang kena install jugak natang Dayre ni. Hihihi. Bagi sesiapa yang dah ada app ni, komen nickname korang kat bawah ni. Nanti Eyz follow. Orite? Happy blogging!!!

Wednesday, December 11, 2013

Pemenang bagi 23th Birthday Giveaway by MisEyz Blurz

Assalamualaikum dan hai semua!

Eyz tengok ramai yang dah tak sabar tunggu senarai nama pemenang untuk 23th Birthday Giveaway by MisEyz Blurz yang telah berlangsung pada 23.11.2013 hingga 10.12.2013 yang lepas. Dan hari ni, secara rasminya Eyz umumkan nama pemenangnya. Mari kita lihat siapa yang bertuah pada hari ini. Tarikh pun cantik hari ni. Hihihi.


*Peplum Dress x 1*

 

*Tribal Shawl x 1*


 *Kerongsang/ Brooch bunga x 2*

  

*Fridge Magnet khas dari Terengganu x 2*

  

 *Keychain Special x 2*

  

*Black + White Mask Shiseido x 1*


*White Mask Shiseido + Naturgo Mask x 2*

  

*Detox Gold x 2*

  

*Topup RM5 x 1*
 

*Topup RM10 x 1*


Dah selesai dengan hadiah di atas ni, seterusnya adalah untuk hadiah istimewa dari Eyz.
Kita lihat siapa yang kena. Jeng jeng jeng!!!

*Korean Dress sleeveless x 1*


SELESAI! Tahniah Eyz ucapkan kepada pemenang. Yang tak menang tu jangan sedih jangan putus asa. In shaa Allah, pada masa akan datang Eyz akan anjurkan lagi segmen atau giveaway yang lagi gempak! Hihihi. Btw, terima kasih buat semua yang dah join GA Eyz yang tak seberapa ni.

Untuk yang dah menang tu, cepat hantarkan detail korang yer. Eyz ambil masa dalam sehari tau untuk korang bagi respon. Mulai pada jam ini iaitu 2.40 p.m. (11.12.13). Kalau tak, Eyz akan dapatkan nama pemenang yang baharu. *Disebabkan Eyz ada urusan esok dan hujung minggu nie, Eyz lanjutkan untuk para pemenang yang belum bagi respon tu sampai hari Ahad (15.12.2013). Respon tau! Tak respon Eyz cari pengganti yang baharu. - updated 12.12.2013 (Khamis)

Untuk semua hadiah kecuali hadiah topup RM5, sila pm Eyz kat SINI.
Hantarkan detail seperti kat bawah ni tau.

Nama: .............................................................
Nama link GA: ................................................
Hadiah dimenangi: ...........................................

Untuk yang dapat topup RM5, sila pm kat SINI.
Hantarkan detail seperti kat bawah ni tau.

Nama: .............................................................
Nama link GA: ................................................
Hadiah dimenangi: ...........................................


Tuesday, December 10, 2013

23th Birthday Giveaway by MisEyz Blurz TAMAT

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!

Dah tidur ke? Jap lagilah korang tidur. Eyz ada benda nak bagitau ni *menggedik* Jangan tidur lagi! Hihihi. Eyz nak bagi annoucement ni!!! Hehe. 23th Birthday Giveaway by MisEyz Blurz dah tamat tau. Tamat pada 10 disember 2013 iaitu tepat jam 12.00 tengah malam ini tadi.

Maaf kalau yang tak sempat nak join tu dan yang dah terlepas jam yang masih nak join tu. Eyz mintak maaf sangat. Dan juga yang silap hantar link tu, Eyz tak dapat nak terima tau. Mohon maaf dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Eyz taknak nanti tak adil pulak buat yang lain. Betul tak?

Tapi jangan risau. Nanti Eyz segmen atau giveaway yang lain pulak yang paling simple tapi hadiah gempak. Nak tak??? Hehehe. Jangan bersedih tau. Sayang semua!

Di sini, Eyz nak bagitau yang Eyz akan umumkan pemenang pada keesokan harinya.Kalau tak ada halangan yang menimpa. Okay? Mr. Random akan bantu Eyz untuk pilih siapa pemenang yang akan menerima hadiah-hadiah yang berikut:

Hadiah
(pilihan pemenang secara random!)

* Peplum Dress x 1 *
* Tribal Shawl x 1 *
* Kerongsang/ Brooch bunga x 2 *
* Fridge Magnet khas dari Terengganu x 2 *
* Keychain Special x 2 *
* Black + White Mask Shiseido x 1 *
* White Mask Shiseido + Naturgo Mask x 2 *
* Detox Gold x 2 *
* Topup RM5 x 1 *
* Topup RM10 x 1 *
 Ingat tak apa janji Eyz hari tu??? Kalau peserta GA nie mencecah lebih 100 orang. Eyz akan bagi hadiah yang istimewa. Nak tahu apa tak???

Hadiah Istimewa (seorang)
(pilihan pemenang secara random!)
*Korean Dress sleeveless x 1*

Nantikan senarai pemenangnya esok!
Semoga berjaya!

Sunday, December 8, 2013

Pemakaian cincin yang kita tidak tahu

Assalamualaikum semua!

Maaf sebab Eyz lama tak update blog ni. Sibuk sikit. Hihi. Terima kasih untuk yang baharu join Birthday Giveaway Eyz. Dan yang belum sempat join tu, jom join sekarang!!! Sebab masih ada masa lagi. Tarikh tamat giveaway 10 Disember 2013. Don't worry dear! Ehhee. Ada yang tanya Eyz bila Eyz akan umumkan pemenang? Tamat jer GA ni Eyz akan umumkan pada hari yang seterusnya. Jangan risau. Eyz akan umumkan jugak. Okay? =)

Berbalik kepada tajuk entri hari ni, Eyz nak berkongsi maklumat kepada semua tentang pemakaian cincin yang ada di antara kita yang masih tidak ketahui. Pemakaian cincin mengikut Islam.

“Nasihat Nabi Muhammad S.A.W kepada Saidina Ali sesudah Saidina Ali berkahwin dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad S.A.W berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin, pakailah di jari manis dan/ataupun jari kelingking (anak jari). Janganlah memakai pada jari tengah dan/ataupun jari telunjuk."



Nabi Muhammad SAW melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s..

Cara pemakaian cincin ni adalah tidak kira untuk lelaki atau perempuan. Oleh itu, berpesanlah kat kawan-kawan, saudara-mara ataupun anak-anak yang pakai cincin yang tidak betul untuk berhias di dalam syariat Islam. Kalau tidak, sia-sia sajalah kita mendapat kecelakaan dari Allah S.W.T. dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi S.A.W maka dapatlah kita akan pahala.

Mesti ramai yang pakai cincin ikut kesesuaian dan ikut muat mana jari. Betul tak? Jadi... untuk sesiapa yang dah baca atau tahu tentang perkara ni, berpesanlah kepada orang lain.
 
 :: Bisikan Syahdu ::
"Lepas ni taknak dah pakai ikut cara yang salah. Dah tahu ikut cara yang kita dah tahu."

Tuesday, December 3, 2013

Dua pemangsa ganas berjaya ditewaskan

Assalamualaikum!

Bujang Lubok yang dikatakan membaham Adrian berjaya ditangkap pawang Indet di Roban, Sarawak.


Bujang Raja Hitam tewas di tangan pawang buaya terkenal ini selepas Bujang Lubok di Roban, Sarawak.