Sunday, November 3, 2013

Tiada manusia yang sempurna

Assalamualaikum dan hai!

Entri kali ni Eyz bukannya nak sedih-sedih. Hanya nak buat perkongsian bersama. Dua hari lepas, masa Eyz tengah tunggu teksi di MidValley. Panjang woo barisan! Dah macam ular barisan orang tunggu teksi. Sampai pusing-pusing gitu. Nak cari mana pangkal barisan pun tak boleh. Sampai semua orang yang tengah berbaris tu tengok Eyz dengan rumet pergi ke barisan paling depan. Macamlah Eyz nak potong barisan. Eyz nak pergi ke barisan belakang sekali laaa... Sampai ada yang cakap-cakap Eyz potong barisan. Apeda! Tapi tak apa. Sabar. Panjang mana pun barisan, dengan adanya kesabaran pasti dapat juga teksi. Betul tak?

http://resources2.news.com.au/images/2010/12/11/1225969/484750-taxis.jpg
:: gambar hiasan semata-mata ::

Eyz bukannya nak cerita pasal barisan panjang pusing-pusing sana sini. Masa turn Eyz nak ambil teksi.  Tiba-tiba ada batang kayu terpukul kaki Eyz.

"Teksi... Teksi... Ni tempat teksi ke???"

Eyz terus terpandang ke kiri. Allahuakbar. Perempuan buta. Eyz terus tarik tangan dia dan suruh dia berbaris kat depan Eyz. Allah jer yang tahu hati Eyz masa tu. Memang Eyz akui, Eyz memang tak boleh tengok orang yang tak berupaya. Boleh buat hati Eyz sebak.

"Kak... akak diri sini."

"Ok. Ni tempat nak ambil teksi ke?"

"Ya kak."

Memang betul-betul kasihan Eyz tengok dia. Dari pandangan Eyz, mungkin dulu perempuan ni normal macam Eyz. Eyz tengok daripada keadaan dia. Sekadar pandangan Eyz jelah. Tak tahu pulak kebenarannya. Masa Eyz bagi perempuan ni berbaris depan Eyz, Eyz terdengar suara-suara kat belakang macam bising-bising. Ada yang pandang-pandang. Tak tahulah apa yang dorang nak katakan. Mungkin tak puas hati kot. Entahlah. Hhhmmm...

Daripada pengalaman ni, Eyz bersyukur sangat sebab Eyz dapat bantu seorang insan yang tak berupaya walaupun bantuan Eyz tu taklah sebesar mana pun. Bukan nak riak tapi melihat daripada keupayaannya dibandingkan dengan keupayaan kita yang normal ni membuatkan hati sebak dan teringat pada Allah SWT.

http://1.bp.blogspot.com/-CKGlV0qAL28/UOQaxnI_PAI/AAAAAAAAD4I/V3uzVTtg6uc/s400/lelaki+sedih.jpg

:: Bisikan Syahdu ::
 "Tidak semuanya manusia itu sempurna. Setiap yang sempurna itu pasti ada yang menjadi ketidaksempurnaanya. Ingatlah kawan-kawan! Kita sebagai manusia yang diciptakan oleh Allah SWT dengan sempurna fizikalnya, bantulah yang tidak berupaya. Subhanallah..."

3 comments:

Lyeen De Syifa said...

good job kak..:)
tak semua org diberi peluang utk merasai sndri pnglmn..tu sbb mahalnya pglman..:D

Zara Nurhaidah said...

Pnjg ny barisan ! ~~

Cikgu Q-RatU aiNi said...

nice! mudahan eza dirahmatiNya.. biasalah mulut orang.. ada yang thums up n ada yg thumbs down.. :)