Friday, November 22, 2013

Selamat Hari Lahir buat Diriku

Assalamualaikum dan aloha!

Pejam celik pejam celik usia Eyz genap 23 tahun untuk hari ni. Alhamdulillah. Bersyukur ke hadrat Ilahi sebab Allah masih memberi Eyz peluang untuk bernafas dan sihat walafiat hingga ke hari ini.
Terima kasih, Ya Allah. Syukur!

http://rlv.zcache.ca/happy_birthday_23_years_old_cards-r4a2a7d3299324b1ca380309dbc274903_xvuat_8byvr_512.jpg

"Mak... Pak... terima kasih sik terhingga ku mok ucapkan! Sebab mak dah sanggup bertahan melayan perangei aku masa aku dalam kandungan kitak dolok. Mesti muli gilak nak. Hehe. Yala... sampe kitak nangis ngidam buah mangga masak yang bapak sik oleh-oleh sebab bukan musimnya masa beruntin aku dolok. Hehe. Yala nyuruh aku manjak gilak pitok. Ehhee. Syukur alhamdulillah aku dikurniakan mak ngan bapak yang cukup-cukup aku sayang! Terima kasih, mak, pak..."
Ucapan khas versi bahasa Melayu Sarawak

Tak sangka pulak hari ni umur Eyz genap 23 tahun. Rasa macam masih belasan tahun jer. Ehem! Hihi. *perasan betulkan* Terima kasih yang tak terhingga buat rakan-rakan yang dah wish birthday kat Eyz. Tak kiralah di Facebook, WeChat, Whatsapp,... Sekarang ni, orang tak main dah SMS ni. Semuanya tak sampai sesaat dah KRING KRING *kononnya ringtone notification kat hp*

Walaupun di FB ramai yang wish, Eyz akan tetap gigihkan jugak untuk reply wish korang, TERHARU!!! Sekali dalam setahun jer kot. Betul tak? Hehe. Dulu, pernah sorang pensyarah ni bagitau.

"Dah ucap Selamat Hari Jadi kat diri sendiri ke tak???"

"ERK!!!"

Semua fikir pelik masa tu. Nak wish diri sendiri? Pelik pulak nak wish sendiri birthday sendiri. Huhu!

"Kita kena wish kat diri kita sendiri dulu. Kiranya kita hargai diri kita sendiri. Dan jugak... kalau tak ada dah orang yang nak wish. Wishlah sendiri. Betul tak???"

Betul jugakan. Hihihi. Btw, HAPPY BIRTHDAY TO MYSELF! *malu ler*
Terima kasih jugak kat Mr. Cepet. Dialah orang yang pertama bagi wish semalam. Hehe. Send video nyanyi-nyanyi Happy Birthday lagi tu. Semua tempat lagi tu dia wish. Tak cukup di WeChat, di Instagram, SMS dan Whatsapp, call call lagi tu. Nyanyi lagi. Selalunya Eyz suruh nyanyi betul taknak. Hehehe. Terima kasih Mr. Cepet. Uinx2!






Semakin meningkat usia ni, Eyz rasa masih belum cukup lagi apa yang Eyz nak laksanakan. Banyak perkara yang Eyz ingin ubah terhadap diri Eyz. Kesempurnaan yang belum lagi sempurna.

Semalam Eyz baca entri blogger yang comel-comel dengan senyum manisnya tu. Hehe. Siapa lagi kalau Cik Lyeen kita. Rakan seperjuangan Eyz di maktab. Entri dia: Bertitik Tolak Dari Sini. Eyz selalu juga terfikir. Ramai orang boleh berubah, kenapa Eyz tidak? In shaa Allah.

http://2.bp.blogspot.com/-JNx_VOF33sg/USL5Xrqhq1I/AAAAAAAAEnQ/h9Ow2095d3w/s1600/tumblr_lq4wrjm9mW1qcc2lz+(1).png

:: Bisikan Syahdu ::
 "Semakin meningkatnya usia ni, bukannya untuk kita bersuka ria tetapi untuk kita semakin mengisafi diri ini. Untuk jadi yang lebih baik daripada yang sebelumnya. Yang sebelumnya jadikan teladan."

10 comments:

Nurul Izzaty said...

Sannah Helwah, May Allah bless you

Nurfaezah Abdullah said...

happyyy bdayyy eyz ^^ kembar fae by name :p

MisEyz BLurz said...

@Nurul Izzaty tkasih!^_^

MisEyz BLurz said...

@Nurfaezah Abdullahehehe...cuma bez u dan o jerkan..hihi..tkasih fae!^_^

Ayu azmir said...

Happy besday dik

AINA ZAIRULNIZAM said...

wahh satu geng! november..
HAPPY BIRTHDAY
MAY ALLAH BLESS YOU :D

MisEyz BLurz said...

@Ayu azmirtkasih kak!^_^

MisEyz BLurz said...

@AINA ZAIRULNIZAM iye??hepi birthday jugak!hihihi..tkasih^_^

aisya said...

happy belated bday ktk!

all the best utk apa jak yg ktk polah.. :)

MisEyz BLurz said...

@aisyaTkasih sis! All the best utk ktk jwk okay! Hihi^_^