Monday, November 18, 2013

Sarawak Saya Datang

Assalamualaikum dan selamat petang semua!

Akhirnya dapat jugak online. Semalam bukan main lagi line internet macam ciput betul. Semalam memang merah memanjang jer lampu kat modem streamx tu. Benci betul. Kita yang nak online pun panas tengok. Hohoho.

Entri kali nie Eyz nak tunjukkan kat korang rupa bandar Sibu dan yang berdekatan dari udara. Al-maklumlah flight kali nie Eyz rasa macam nak sangat ambil gambar dari atas. Sebabnya cantik sangat tau! Tak percaya? Nah... tengok nie!!!







Subhanallah!!! Memang cantikkan. Sampaikan Eyz nak menangis tengok semua ciptaan Allah yang sangat indah ni. Kalau korang nak tahu. Sungai yang panjang dan besar itulah Sungai Rajang.


Masa ni Eyz pakai Malindo Airlines. Inilah kali pertama Eyz naik Malindo. Memang Eyz bagi tabik spring kat penerbangan Malindo nie. TERBAIK PUNYA!!!

...BOLEH...
- tengok cerita or movie paling latest
- seat lembut tak menyakitkan belakang
- kalau langgar awan pun takde gegar sangat
- cepat sampai
- pramugarinya baik-baik semuanya, mesra
- masa nak terbang dan mendarat tak ada rasa pun. Smooth jer.


:: A Wedding Invitation  ::


Mula-mula masa nak naik dan nak mendarat tu kan Eyz takut sangat. Sebab sebelum nie Eyz banyak dengar khabar berita tak baik tentang Malindo Airlines ni. Tapi, lepas Eyz sendiri yang merasai naik Malindo ni, Eyz rasa macam taknak keluar pulak dari kapal terbang. Hihihi. Lepas nie, Eyz nak naik lagilah Malindo. Keke.

*Ada sesiapa yang nak jadi sponsor untuk giveaway Eyz? Jom inbox Eyz kat SINI

:: Bisikan Syahdu ::
"Indahnya alam ciptaan Tuhan yang tiada tandingannya dengan ciptaan manusia. Hargailah setiap apa yang diciptakan untuk kita manusia. Bersyukurlah. Alhamdulillah."


12 comments:

Farah Waheda Wahid said...

wah naik Malindo Airlines ek... nanti citer cam mana service yang terbaik tu ek?

Nurfaezah Abdullah said...

fae blm pernah naik airplane. huwaaaa~

Vee Lea said...

Shioohhh kacak abis doe!!!

Leeza Dayasari said...

wow cantiknya pemandangan

MisEyz BLurz said...

@Farah Waheda Wahid yupz..seronok pakai malindo..hihi..ada kelebihan Eyz senaraikan kat entri sis^_^

MisEyz BLurz said...

@Nurfaezah Abdullah xpe..manalah tau suatu hari nanti boleh naik airplane..hihi

MisEyz BLurz said...

Memang cantik sangat. Hihi. Terpesona tengok. Ehhee.

MisEyz BLurz said...

Memang cantik sangat. Hihi. Terpesona tengok. Ehhee.

Lyeen De Syifa said...

betsnya Malindo ada tv kak?

MisEyz BLurz said...

@Lyeen De Syifa adaa...tu yg syok sgt tu smpai asa malas nak turun flight..hehe

SimplySeoul said...

never been to sarawak lagi walaupun i'm a sabahan. someday hehe.

MisEyz BLurz said...

@SimplySeoul sy yg sarawakian ni pun tak berkesempatan lagi nak pergi sabah..hihi..teringin sangat2 nak pergi sabah..ehee