Wednesday, November 20, 2013

RESEPI: Aiskrim Chocolate Chip Homemade

Assalamualaikum dan hai semua!

Hari ini Eyz nak kongsi resepi dengan korang. Macam mana buat aiskrim di rumah yang sememangnya mudah sangat. Petik jari siap terus. Hihi. Gurau jer. Tapi Eyz memang tak tipu. Senang jer buat aiskrim ne. Bahan-bahan yang diperlukan pun tak banyak.



Maaflah yer sebab aiskrim ne tak sempat Eyz nak snap gambar full image untuk satu besar aiskrim. Eyz keluar jer dari peti sejuk terus kena serbu anak-anak buah Eyz. Ehhee. Dipendekkan cerita. Jom kita buat aiskrim sendiri yang ala-ala aiskrim Wall's. Ehem.


:: Bahan-bahan ::
  3 sudu makan milo
2 sudu makan ovallete
3/4 tin susu manis
3/4 tin susu cair

:: Langkah-langkah ::
1) Masukkan 3 sudu makan milo dan susu manis. Pukul hingga sebati.
2) Seterusnya, masukkan susu cair.
3) Masukkan pula 2 sudu makan ovallete. Pukul hingga kembang.



4) Selepas adunan kelihatan kembang, masukkan adunan ke dalam bekas.



5) Letak adunan ini tadi ke dalam peti sejuk. Biarkan selama 1 jam.

6) Selepas 1 jam berlalu, keluarkan balik adunan aiskrim tu dan masukkan Chocolate Chip. Gaulkan.
Yang nie ikut kreativiti atau citarasa korang sendiri. Nak letak benda lain pun boleh. Contohnya hirisan coklat Cadbury ke. Apa-apa jer.

 
7) Masukkan balik  adunan tersebut ke dalam peti sejuk.  Biarkan dalam masa 1 hari.

SIAP!
 
:: Bisikan Syahdu ::
"Sekarang nie tak ada benda yang kita tak boleh buat sendiri. Aiskrim pun boleh buat sendiri. Ehhee. Melainkan ciptaan Allah SWT jer yang kita tak mampu tandingi. Betul tak? Btw, selmat mencuba!!!"

10 comments:

Nurin Aqilah said...

thanks sebab share kak! In Shaa ALLAH nanti Nurin buat! Nampak yummy doh OuO

Vee Lea said...

Witwiew! Thanks. Mok cuba kelak :D

Niena Reen said...

sedapnya! boleh try buat ni. nmpk senang saja. :)

MisEyz BLurz said...

@Nurin Aqilah sama-sama adik Nurin! Ni pun Eyz pertama kali buat. Alhamdulillah menjadi jugak. Hihi.

MisEyz BLurz said...

@Vee Lea Welcome. Hihi. Boleh jak cuba ya. Sik byk juak bahannya ya. Ehhee ^_^

MisEyz BLurz said...

@Niena Reen Memang sedap!!! Tak rugi kalau buat. Hihi.

Farah Waheda Wahid said...

buat sendiri lagi puas makan kan?

MisEyz BLurz said...

@Farah Waheda Wahid betul3!!! Buat sendiri lagi puas hati. Hihi.

Nurfaezah Abdullah said...

ohh senang ne hehe xpayah lg beli aiskrim di kedai

MisEyz BLurz said...

@Nurfaezah Abdullah btul tu.xpayah pegi kedai beli aiskrim..hehe