Friday, November 22, 2013

Misteri Durian Crepe

Assalamualaikum dan hai semua!

Sebelum nie, Eyz ada kongsikan RESEPI: Aiskrim Chocolate Chip Homemade. Sedap tau! Rugi kalau korang tak cuba. Hehe. Boleh kalahkan aiskrim Wall's gitu! Hihihi. *hiperbola sungguh* Kali nie, Eyz cuba buat Durian Crepe pulak. Al-maklumlah sekarang ni musim durian kat Sarawak. Ehhee. Rugi rasanya kalau tak cuba buat. Betul tak?

Eyz cuba resepi nak buat crepe tu kat sini  Blog Cahaya Cintaku

Yang seronoknya tengok resepi crepe kat sini sebab ada banyak gambar yang kita senang nak tengok dan senang nak buat. Tak percaya? Cuba tengok dulu. Mesti korang cepat-cepat beli bahan dan buat! Hihi. Entri kali ni Eyz bukan nak bagi resepi. Saja nak show off Eyz punya crepe yang amat hodoh ni. Kahkahkah!



Abaikan yang koyak sana sini tu yer. Keke. Tengok yang atas sekali tu. Tak koyak dah kan? Kekeke. Neves tau buat bahagian ni. Tengok nampak macam berminyak sebab butter pun neves tak sudah. Nape berminyak semacam ni? Nape itu? Nape ini? Aduhai. Bising jer memanjang kat dapur. Ahakz. Tapi, lama-lama buat ni seronok pulak. Sampai mak siap pesan lagi.

"Tak payahlah buat banyak sangat. Cukuplah tu. Esok sambung lagi."

"Okay, mak..."

Cakap jer okay tu tapi tangan masih lagi tuang dalam kuali. Sampai habis pulak tu. Kahkah. Sekali buat rasa macam taknak berhenti pulak. Hihi. Bahagian buat cream crepe pulak lain kisahnya. Pukul punya pukul. Syok punya pukul sampai kembang, lagi lagi pukul terus keluar air macam air susu. ERK!

"Apa pulak ni. Makin digaul makin banyak susu pulak yang keluar. Tadi dah nampak jadi dah. Nak tanya famili. Semuanya dah tidur. ALA-MAK! Parahlah ni!"

Inilah padahnya buat kerja tengah-tengah malam. Keke. Memang nak cari nahas betul.  Fikir punya fikir. Eyz rasa macam dah putus asa. Tak apa. Eyz cuba mesej abang yang kat KL. Dia biasa buat pavlova. Soo... dia memang dah pakar dalam hal whipping cream ni. Ehhee.

"Abang... Nape whipping cream yang aku pukul sampai kembang ni boleh keluar banyak air pulak? Lepas tu, creamer dia pulak bukan jadi kembang tapi jadi macam mentega yang dipukul pulak. Hohoho."

"Memanglah keluar air. Ko pukul lama sangat. Orang kalau pukul whipping cream tu tak payah lama-lama. Kalau pukul-pukul pastu tengok dah nampak macam kembang tu, berhenti."

"Ohhhhhhhhh................"

Aduhai. HAHA! Nasiblah ada abang yang memang biasa buat semua ni. Keke. Terima kasih, bang. Engkaulah pembantuku di kala malam. Hihihi. Tak pasal-pasal mengganggu orang yang sedang honeymoon dengan bini dia. Hihihi. Sorry bro! Ehhee.

Tadaaa....! Amacam? HAHA! Lucu pulak Eyz tengok durian crepe Eyz ni. Scary semacam jer. Nak rasa pun tak berani. Takut tak sedap. HAHA!

"Entah sedap ke tidak durian crepe aku ni."

"Tak apa tak apa. Baik aku masukkan dalam peti sejuk dulu. Manalah tahu dah sejuk barulah terasa umphhh nya. Hihi."

Eyz membebel sorang-sorang kat dapur gara-gara durian crepe ni. Hihihi. Esok harinya mak tanya pasal crepe aku ni. Dia macam tak sabar nak merasa. Aku pulak berdebar tak terhingga gamaknya. Ehhee.


"Macam manalah dengan crepe kau semalam???"

"Tu haa... dalam peti sejuk mak. Hihihi."

Mak aku terus ambil dan rasa. ERK! Payahnya nak ambil dari pinggan ni. Melekatlah pulak. Fail part 1! HAHA!

"Macam mana mak???? Sedap tak????"

"Hmmmm... Sedap jugak!"

WOW! Really??? Adakah aku bermimpi di tengahari??? Kekeke. Aku pun cepat-cepat nak rasa jugak. Bismillahirahmanirrahim. YUMMI...!!! AKU BERJAYA!!! Projek keduaku berjaya cuma gagal satu bahagian. Crepe melekat betul-betul kat pinggan. Hihihi. Tak apalah. Melekat pun melekatlah. Yang penting SEDAP! 




:: Bisikan Syahdu ::
"Tak apa tak apa. Kita perlu terima setiap kegagalan sebabnya kegagalan itulah yang bakal membuatkan sesuatu yang kita laksanakan itu lebih TERBAIK!"

6 comments:

Nurfaezah Abdullah said...

fae suka choco oreo crepe ^^

Nur Fajar said...

popular sgt durian crepe ni dulu kan?dulu pernah makan sikit,teros demam..over betol!pastu tak mau makan dah ;D

MisEyz BLurz said...

@Nurfaezah Abdullah sedap ke? Eyz tak pernah cuba lagi perisa lain. Durian jer rasa. Hehe. Nanti nak cubalah crepe perisa lain.

MisEyz BLurz said...

@Nur Fajar Iye? Ksihannya. Takpe2. Boleh cuba crepe perisa lain pulak. Hehehe.

Farah Waheda Wahid said...

lama dah akak tak buat durian crepe ni...

MisEyz BLurz said...

@Farah Waheda Wahidmesti akak dah profesional buat crepe ni kan..hehe..np bleh melekat kat pinggan kak?ataupun mmg kena pakai paper bawahnya?