Tuesday, August 6, 2013

Penangan Kad Raya

Assalamualaikum dan aloha semua!

Entri Eyz kali nie nak khabarkan kepada pembaca Eyz dapat kad raya dari seorang blogger yang sememangnya tiptop. Hihihi. Blogger Santai Leeza. Baru jer terima sampul surat tu terus buka. Excited sangat katakan!!! Hihi. Terima kasih kak Leeza!


Dah lama dah Eyz tak terima kad raya. Zaman sekolah dulu jer sibuk beli kad raya dan bagi kat kekawan. Sekarang nie semuanya SMS bagai. Bagi Eyz kan, pemberian kad raya lebih berharga kalau nak dibandingkan dengan ucapan guna SMS. Lebih-lebih sekarang nie boleh post kad wall FB, Twitter... Paling dasyatnya lagi, boleh selitkan dalam WeChat, WhatsApp dan macam-macam. Aduhai. Memang dunia siber betul. Hohoho.

http://4.bp.blogspot.com/-zvKKPwYz-xI/TlZotMnHR2I/AAAAAAAAAvw/mgqj9CUddsQ/s400/DSC02869.JPG
:: contoh kad raya ::

Kalau dulu Eyz ingat lagi. Masa esok nak raya tu, Eyz, abang dan kakak sibuk kumpulkan kad raya hasil pemberian kawan-kawan ayah dan sendiri. Lepastu tak sabar-sabar nak lekatkan kat dinding. Saling bertukar pendapat nak lekat macam mana, kat mana. Tapi sekarang nie... Dinding licin betul. Takde sebarang kad. Kadang-kadang tu terasa sedih jugak. Semakin zaman beralih arah, semakin banyak perubahan yang berlaku.

:: Bisikan Syahdu ::
"Perkara yang dulu janganlah dilupakan. Kadang-kala kenangan yang dahulu itulah yang paling berharga. Jadikanlah segala kenangan yang lalu sebagai teladan dan ingatan sepanjang masa. Selamat Hari Raya!!!" 

9 comments:

Azney Shamsuddin said...

wah meriahnyaaa..

bestkan dapat kad raya hehehe

Farah Waheda Wahid said...

tahniah, tumpang happy... *_^... Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin...

Mysara Ab Rahman said...

kad rayer ni bley dsimpan wlupn bertahun2..klu sms sekejap je hilang

Azwar Syuhada said...

Wah..dapatkan kad raya la dia.Selamat hari raya :)

MisEyz BLurz said...

@Azney Shamsuddin itulah..lamanya tak dapat kad raya mcmni..ehee

MisEyz BLurz said...

@Farah Waheda Wahid tkasih...Selamat Hari Raya jgak^_^

MisEyz BLurz said...

@Mysara Ab Rahman betul2..setuju sgt!^_^

MisEyz BLurz said...

@Azwar Syuhada nak?hehehe...selamat hari raya^_^

Cik Misya (Aimi Syahirah) said...

Salam blogger hebat! Jom join http://www.aimisyahirah.com/2013/08/contest-saya-nak-duit-raya-cik-misya-v2.html Salam Aidilfitri.:)