Wednesday, August 7, 2013

Keinginan yang menjadi impian

Assalamualaikum dan hai semua!

Entri kali nie Eyz bukan nak bercerita panjang lebar cuma Eyz nak menyatakan keinginan Eyz yang semakin menebal nakkan sesuatu. Rasa macam nak menangis pon ada. HAHA! *mengada betul*

Tak tahulah sejak dua menjak nie Eyz teringin sangat nak memiliki kamera instax. Tak kiralah instax mini 8 ke, instax wide ke... yang penting instax. Hohohoho. Apa itu instax??? Aduhai... *parah*

http://dev.theclickshop.net/wp-content/uploads/2012/12/main.png
https://static.groupon.my/62/26/1354159532662.jpg

Comelkan kamera instax nie. Sebab Eyz teringin sangat kamera nie, kamera nie boleh hasilkan terus gambar lepas kita snap. Itu yang Eyz nak. Memang kamera lain-lain sekarang nie pun boleh ambil gambar tetapi instax nie lain. Memang nampak macam retro sikit. Ehhee. Tapi....

Cuba korang bayangkan. Kalau korang ada kamera nie. Korang boleh kumpulkan atau albumkan gambar-gambar yang dah dicetak terus dari kamera. Lain daripada kamera digital sekarang nie. Selalunya asyik share kat FB, share dekat instagram,.. Tapi sejak menjak tu jarang kita nak print. Tak tahulah korang. Tapi kalau bagi Eyz, kalau dah ambil gambar guna kamera digital atau HP nie macam kenangan tu tersimpan dalam laptop, pendrive or memory card jer. Nak juga rasa pegang dan lihat gambar sendiri. 

Apakan daya.. Ada yang tak kasi Eyz beli. Hoho. Mahal katanya. Tapi... kalau ada sesiapa yang tahu menahu tentang kamera nie sila bagi komen. Tak kiralah positif ke negatif. Nak jugak tahu kebaikan dan keburukan penggunaan kamera jenis nie. Ehhee.


http://cdn.photojojo.net/store/awesomeness/productImages/instax-camera-9243_600.0000001358819353.jpg

:: Bisikan Syahdu ::
"Impian yang hanya dalam sanubari yang tak dapat dibeli sebagai pengganti perasaan ini. Aisemen. Jiwang pulak gara-gara kamera instax nie. HAHA!"


Tuesday, August 6, 2013

Penangan Kad Raya

Assalamualaikum dan aloha semua!

Entri Eyz kali nie nak khabarkan kepada pembaca Eyz dapat kad raya dari seorang blogger yang sememangnya tiptop. Hihihi. Blogger Santai Leeza. Baru jer terima sampul surat tu terus buka. Excited sangat katakan!!! Hihi. Terima kasih kak Leeza!


Dah lama dah Eyz tak terima kad raya. Zaman sekolah dulu jer sibuk beli kad raya dan bagi kat kekawan. Sekarang nie semuanya SMS bagai. Bagi Eyz kan, pemberian kad raya lebih berharga kalau nak dibandingkan dengan ucapan guna SMS. Lebih-lebih sekarang nie boleh post kad wall FB, Twitter... Paling dasyatnya lagi, boleh selitkan dalam WeChat, WhatsApp dan macam-macam. Aduhai. Memang dunia siber betul. Hohoho.

http://4.bp.blogspot.com/-zvKKPwYz-xI/TlZotMnHR2I/AAAAAAAAAvw/mgqj9CUddsQ/s400/DSC02869.JPG
:: contoh kad raya ::

Kalau dulu Eyz ingat lagi. Masa esok nak raya tu, Eyz, abang dan kakak sibuk kumpulkan kad raya hasil pemberian kawan-kawan ayah dan sendiri. Lepastu tak sabar-sabar nak lekatkan kat dinding. Saling bertukar pendapat nak lekat macam mana, kat mana. Tapi sekarang nie... Dinding licin betul. Takde sebarang kad. Kadang-kadang tu terasa sedih jugak. Semakin zaman beralih arah, semakin banyak perubahan yang berlaku.

:: Bisikan Syahdu ::
"Perkara yang dulu janganlah dilupakan. Kadang-kala kenangan yang dahulu itulah yang paling berharga. Jadikanlah segala kenangan yang lalu sebagai teladan dan ingatan sepanjang masa. Selamat Hari Raya!!!" 

Monday, August 5, 2013

Salam Lebaran buat semua pembaca dan blogger

Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua!

Puasa tak hari nie??? Alhamdulillah... Jangan tak puasa tau. Sayang kalau tak puasa penuh. Pejam celik pejam celik hanya tinggal beberapa hari jer lagi nak berhari raya. Di sini, saat ini, hari ini Eyz ank ambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin buat seluruh umat Islam yang menyambut bulan Syawal yang bakal kunjung tiba.


http://2.bp.blogspot.com/--rA-rSTGfwA/UCi--E4fyFI/AAAAAAAALpU/LW6av-cbg2U/s1600/selamat+hari+raya+BIRU.gif


Mesti sekarang nie semua tengah bertungkus-lumus mempersiapkan persiapan untuk berhari rayakan. Dah beli or dah buat baju kurung? baju melayu? kasut raya? kuih-muih dan habis bakar ke? Ehhee. Konfem semuanya dah selesaikan. Al-maklumlah sekarang nie banyak yang main tunjuk-tunjuk jer. Senang. Hihihi. Eyz pun macam tu jgak. Ehhee. Sekadar buat sendiri kek lapis jer termampu. Biskut semuanya main tunjuk. Hohoho.

Nak beraya tahun nie memang tak sabar nak tunggu. Semua ahli keluarga berkumpul tahun nie. Suka..!!! Suka! Hihihi. Tapi... Tetap jugak risau sebabnya assignment keliling minda. Hohoho. Fikir jer raya (hepi), fikir jer assignment (risau). Aduhai. Novel tak buat lagi. Cerpen pun tak buat lagi. Gurindam, sajak, pantun dan syair? Erkz! Banyaknyaa.... Hohoho.


Mari singgah ke MisBlurz Collection


Tapi.. Tetap jugak tak sabar nak beraya!!!
TAK KIRA! NAK RAYA JUGAK!
Ehhee..

** Jom join  'Giveaway Hari Raya Aidilfitri by MisEyz'.. Menangi bermacam-macam hadiah raya dari Eyz sendiri. Jangan lepaskan peluang tau ^_^ **


:: Bisikan Syahdu ::
 "Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin baut semua! Raya-raya jugak, keselamatan dan kesihatan diri perlu dijaga. Ingatlah orang yang tersayang. Untuk warga IPG KBM, selamat bercuti dan beristirehat bersama tugasan yang melambak. Keke."