Wednesday, July 24, 2013

Impian menjadi kenyataan

Assalamualaikum dan hai semua!

Haa...puasa tak nie??? Puasa jangan tak puasa tau. Hari nie dah masuk puasa yang ke-15. Pejam celik pejam celik dah nak raya dah. Betul tak? Tinggal 2 minggu jer lagi kita nak raya. YIPPI!!! Hihi. Tak sabarnya nak balik kampung. Makan ketupat rendang dan macam-macam lagi juadah yang ada.

Dah buat persediaan untu beraya ke? Baju raya dah tempah? Kuih-muih dah mula buat? ...ataupun main tunjuk itu ini jer? Keke. Alhamdulillah puasa Eyz kali nie penuh hingga ke puasa yang ke-15. Haraplah dapat penuhkan puasa tahun nie. Amin.

Dengan keberkatan bulan Ramadan nie, Eyz akhirnya berkesampaian untuk buat serba sedikit jualan secara kecil-kecilan. Ehhee. Lama dah impikan nak buat tapi asyik ada jer halangan. Dan kali nie Eyz nekad betul-betul nak juga buat. Saja jer nak tambahkan aktiviti sampingan. Ehhe.




Entri kali nie, Eyz nak jemput semua pembaca entri Eyz kali nie untuk menjengah, melawat, bertandang ke Misblurz Collection di intagram. Siapa yang takda instagram tu tak bolehlah nak follow sebabnya Eyz belum ada peluang untuk buat page di Fb. Macam-macam ada di Misblurz Collection nie. Ada kerongsang yang comel-comel, baju yang comel, halfmoon shawls, bermacam-macam shawls ada tau.



Kepada sesiapa yang ada Instagram tu
Jemput follow



:: Bisikan Syahdu ::
"Dengan usaha segalanya bakal tercapai andai hati sabar untuk mengecapinya..."

Saturday, July 20, 2013

Juling sebab jumpa perkataan S**E

Assalamualaikum dan hai semua!

Sementara menunggu saat nak bersahur nie. Haha. Awal betul nak sahurkan. Semangat!!! Ehhee. Eyz nak ceritakan pasal juling sebab jumpa perkataan S**E. Korang rasa perkataan apa nie ek??? Cuba teka. Cepat...! Cepat...!

Klu di sini, perkataan nie boleh buat orang demam tau. Demam apa? Kenapa? Eyz pun dapat penangan yang teramat kuat dengan perkataan ini. Memang happening sangat!!! Tak rugi korang kalau korang tahu tau. Ehhee. Perkataan........

.

.

.

.

.

.

.



Sekarang nie banyak sangat sale. Al-maklumlah dah nak rayakan. Sale di merata-rata tempat di Malaysia buat masa sekarang nie. SOoooo... Jangan lepaskan peluang keemasan nie untuk melayangkan duit anda!!! HAHA! Eyz salah seorang daripadanya. Hoho. Sebelum nak raya nie banyaknya yang nak kena borong. Biskut raya terutamanya.

Khamis lepas Eyz pergi SOGO. Saja nak cuci mata. Sekali bukan jer cuci mata tapi cuci dompet sekali. Hahaha. Memang betul-betul demam kalau dah tengok SALE 50%, 70% nie kan. Hihi. Sale di SOGO buat masa sekarang nie sangat berbaloi. Eyz beli kasut berjenama dengan harga yang amat berpatutan.



 All Heels??? Hihi. My favourite! Al-maklumlah orang 'pendek' macam Eyz nie kena pakai heels. Barulah dikatakan duduk sama tinggi, berdiri pun sama tinggi. Keke. Yang paling buat Eyz juling, barang yang berjenama yang sepatutnya ratusan ringgit dan sekarang dah boleh dalam genggaman dengan separuh harga. WOW!

Bolehlah minta bf korang belikan ke. Hihihi. bukan di SOGO jer tau. Mydin di Masjid Jamek pun murah-murah. Semua barangan di Mydin tu separuh harga. Yang semamangnya harga RM10 bolehlah dapat separuh harga. Sampaikan Eyz tengok berbakul-bakul orang beli. Hoho.

:: Bisikan Syahdu ::
"Berhati-hati kalau membeli sebabnya boleh kering atm. Hihihihi. Selamat bersahur!"

Simple Giveaway By Anis & Intan

Assalamualaikum dan selamat bersahur semua!

Setelah sekian lamanya Eyz tak kemaskini blog nie, Eyz nak mulakan dengan join Simple Giveaway By Anis & Intan. Jom join! Simple sangat tau dan boleh dapat topup kalau bertuah. Hihi. Yang penting banner GA comel...!

KLIK BANNER DI ATAS UNTUK JOIN

Mangsa tag Eyz 1 dan 2