Friday, June 7, 2013

Kisah hidup pemilik produk snek seaweed Tao Kae Noi (6 gambar)

Assalamualaikum dan salam Jumaat semua!
tao kae noi Inspiring and Motivating Top Ittipat Story in Top Secret : Wai Roon Pun Lan (The Billionaire)

Jutawan muda di Thailand yang banyak menempuh cabaran susah senang sepanjang hidupnya. Top Ittipat merupakan seorang pelajar bermasalah di sebuah sekolah di Thailand. Top sering dibandingkan oleh cikgunya dengan abang serta kakak nya yang jauh lebih baik daripada Top ketika berada di bangku sekolah sepertinya.

Seperti remaja lain seusia dengannya, Top sangat suka bermain game online. Disebabkan hobinya itu, Top sering mengabaikan pelajarannya dan dia juga tidak pernah memikirkan masa depan hidupnya sendiri.

Ketika bermain game online, Top mula mendapatkan duit pertamanya sendiri dengan menjual senjata di dalam game tersebut dengan transaksi duit sebenar.


Dengan bisnes “weapon trading” dalam game online ini, Top berjaya mengumpulkan sebanyak 1 juta Baht dan kemudiannya dia membelanjakan duit tersebut untuk membeli sebuah kereta pada harga 600 Baht.
Tetapi malangnya, urus niaga yang berlaku dalam game online tersebut terbongkar dan disenaraikan sebagai tidak sah, akibatnya Top diharamkan daripada terus bermain game online tersebut.

Dalam masa yang sama, peniagaan kedua ibu bapa Top menghadapi masalah kewangan yang teruk. Top sendiri tidak berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Awam kerana keputusan peperiksaan yang teruk dan dia terpaksa belajar di Universiti Swasta dengan yuran yang sangat mahal.

Untuk mendapatkan duit bagi menampung yuran dan perbelanjaannya di Universiti kelak, Top menjalankan bisnes menjual DVD Player dengan menggunakan duit baki bisnes game online sebagai modal.

Malangnya, DVD Player yang ingin dijual tersebut gagal kerana Top ditipu oleh penjual DVD Player cetak rompak tersebut. DVD Player tersebut merupakan barangan palsu buatan China dan mudah rosak.

Akhirnya Top mula menyedari kesilapannya mengabaikan pelajaran sewaktu di bangku sekolah dahulu. Tetapi dia tidak pernah putus asa. Dia menjadi semakin bersemangat dan mula memikirkan idea baru untuk bisnesnya yang akan datang.

Top kemudiannya memulakan perniagaan menjual kacang rebus setelah menyewa sebuah mesin pemproses kacang rebus daripada sebuah syarikat yang berpangkalan di negara Jepun.

Top mulakan dengan belajar cara membuat kacang rebus di sekitar pasar tani dan kemudian mengaplikasikannya sendiri di dapur rumahnya menggunakan mesin yang telah disewanya tadi. Akhirnya Top berjaya menghasilkan kacang rebus yang sangat sedap dan disukai oleh setiap orang yang merasa kacang tersebut.

Dengan bantuan daripada pakcik nya, Top mula menyewa tapak perniagaan di sebuah shopping mall berdekatan rumahnya. Pada awalnya perniagaan di mall tersebut tidak memberikan pulangan yang memberangsankan sehinggalah Top bertindak menukar lokasi perniagaan nya ke tempat yang lebih strategik iaitu di hadapan pintu masuk shopping mall tersebut.

Sambutan yang diterima selepas itu sangat memberangsankan dan disebabkan ini Top mencongak untuk meluaskan lagi perniagaan nya dengan menyewa lebih banyak mesin pemproses dan menggajikan pekerja untuk mengendalikan gerainya yang lain.

Kejayaan kacang rebus Top ini tidak berpanjangan apabila pihak atasan shopping mall tersebut membatalkan kontrak semua gerai milik Top kerana asap yang terhasil daripada mesin miliknya merosakkan bumbung mall tersebut dan mengganggu perniagaan lain yang ada di situ.

Top berasa sangat sedih dan kecewa. Pada waktu itu Ibu Bapa Top mengajaknya untuk berpindah ke China kerana bebanan hutang yang terpaksa ditanggung oleh syarikat bapanya semakin tidak terkawal.

Top berkeras mahu tinggal terus di Thailand dan menolak pelawaan ibu bapanya untuk bersama-sama mereka tinggal di China dengan abang dan kakaknya di sana. Dia mahu mencuba satu lagi bisnes untuk melangsaikan hutang keluarganya yang ketika itu mencecah angka 40juta Baht.

Daripada perniagaan kacang rebus, Top beralih kepada perniagaan rumpai laut pula. Idea untuk menjual rumpai laut ini bermula ketika bekas kekasihnya memberikan Top snek rumpai laut untuk meredakan kesedihannya pada waktu itu.

Bermacam usaha dilakukan oleh Top untuk menjayakan bisnes rumpai lautnya pada kali ini. Bermula dengan modal 100 ribu Baht, Top memborong sebanyak mungkin rumpai laut mentah dan pakcik nya pula akan mencuba sendiri untuk memasak rumpai laut tersebut.

Top juga turut belajar cara untuk mengawet rumpai laut tersebut supaya lebih tahan lama dan tidak mudah rosak. Ketika itu Top juga terfikir untuk meletakkan produk buatannya itu di kedai-kedai milik 7 Eleven yang ada di serata Thailand ketika itu. Disebabkan standard tinggi 7 Eleven, usaha Top untuk menjual produknya di setiap rangkaian kedai 7 Eleven amatlah sukar.



Dia tidak mempunyai tenaga kerja yang banyak dan dapur rumahnya merupakan kilang dia menghasilkan snek rumpai lautnya. Top tidak mahu segala usaha dan penat lelahnya menjadi sia-sia sahaja.

Akhirnya Top mencuba sedaya upaya untuk membuka sebuah kilang pemproses menggunakan kedai peninggalan bapanya yang sudah tidak digunakan lagi dan mengupah beberapa orang pekerja untuk menghasilkan 72,000 bungkus snek rumpai laut untuk dipasarkan di 7 Eleven mengikut tempoh waktu yang ditetapkan.

Aitthipat Kulapongvanich 01 Inspiring and Motivating Top Ittipat Story in Top Secret : Wai Roon Pun Lan (The Billionaire)

Top akhirnya berjaya memenuhi permintaan 7 Eleven dan produknya dipasarkan di 3000 buah kedai 7 Eleven di seluruh Thailand dan kemudiannya semakin berkembang sehinggalah kini kita di Malaysia juga boleh merasai Tao Kae Noi yang dihasilkannya.

Pada usia 26 tahun, Top berjaya membayar semula kesemua hutang keluarganya dan memiliki perniagaan yang maju dan kukuh. Dia juga dinobatkan sebagai billionaire muda Thailand.

tao kae noi land 01 Inspiring and Motivating Top Ittipat Story in Top Secret : Wai Roon Pun Lan (The Billionaire)

tao kae noi land 02 Inspiring and Motivating Top Ittipat Story in Top Secret : Wai Roon Pun Lan (The Billionaire)
 
:: Bisikan Syahdu ::
"Tak sangka pulak Eyz pemilik sebenar produk yang Eyz minat nie muda dan hensem pulak tu. Hihihi.  Seronoknya kalau dah berjaya dengan usaha sendiri. Walaupun susah pada awalnya tapi puas hati seterusnya. Bak kata pepatah, "Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian."

Thursday, June 6, 2013

2nd Giveaways Belog Izyan Shamba

Assalamualaikum dan selamat petang!


KLIK BANNER DI ATAS UNTUK JOIN.


Happy Holiday Giveaway by Nurmujahidah


ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM.

jom join Happy Holiday Giveaway by Nurmujahidah yang julung-julung kali ini.

Klik banner untuk join. 
Happy Holiday Giveaway by Nurmujahidah ini disponsor oleh Nurmujahidah, Niena Sofea, Sheda Ucu, Dunia Farisya, Cheek Eyka, Daily Dress, Nazlyizan, Putera Remaja dan JiwaRosak.

Segmen 3 Hari Bersama Puan Qaleshya

Assalamualaikum


Jemput join segmen ini. Berlangsung 3 hari sahaja !!

Hadiah : Topup RM5 x 10
Tarikh tamat : 9 Jun 2013 (Ahad) 11 : 59 malam

Punca cirit-birit (1 gambar)

Assalamualaikum dan hai semua!

Apa khabar semua? Sihat? Cuti persekolahan tak lama lagi dah nak habis.
Sooo... Hargailah saat cuti yang indah ini dengan perkara yang sihat.
*aisemen..nasihat untuk anda untuk Eyz juga.hihi*

Entri kali nie, Eyz nak berkongsi info dengan semua pembaca. Tak tahulah kebenarannya benar ataupun tidak. Tapi.. apa salahnya kalau kita cegah awal-awal sebelum terkena. Betul tak?




Suatu hari, semua doktor kebingungan kerana ada seorang anak kecil yang menderita sakit perut. Anak itu dibawa ke klinik oleh ibu bapanya setelah 2 hari menderita sakit perut. Sudah bermacam-macam ubat sakit perut yg diberikan kepada anak itu, namun demam tidak sembuh.

Selepas itu, ibu bapa anak tersebut ditanya oleh doktor, "Makanan apa yg budak tu makan selama 2 hari ni?" Ibu bapa budak itu kebingungan kerana sejak anaknya demam, anak tersebut taknak makan dan dia hanya minum susu putih. Itu pun muntah.

Setelah diperiksa, ternyata sebelum menderita cirit birit, malam tersebut anak itu makan kangkung tumis di restoran bersama ibu bapanya. Doktor segera melakukan X-RAY, ternyata dlm usus anak tu telah berkembang biak lintah dgn anaknya yg kecil-kecil.

Doktor menyerah dan menyatakan tidak sanggup mengambil tindakan pembedahan apapun. Akhirnya anak kecil malang itu pun meninggal dunia.

Setelah diperiksa berulang kali, ternyata lintah itu sebelumnya berada di dalam batang kangkung yg besar. Memang, untuk penggemar kangkung tumis yg paling enak ialah batangnya.

Lintah yg brada di dalam batang kangkung itu tidak akan mati walau dimasak selama 20 minit, apalagi untuk kangkung tumis proses memasak tidak terlalu lama agar menghasilkan rasa kangkung yg sedap. Lintah hanya akan mati jika dibakar.

Di dalam usus budak kecil tadi, lintah hanya perlu masa 1 - 2 hari untuk berkembang biak. Jika ada keluarga/ rakan-rakan yg mengalami hal tersebut, lakukan tindakan dengan memberi minum air rendaman tembakau (bisa diambil dari rokok kretek) biasanya lintah akan keluar dan dlm keadaan mati.




Sumber : Klik pada gambar di atas...




:: Bisikan Syahdu ::
"Jagalah kebersihan diri, persekitaran dan orang yang anda sayang. Elakkan daripada terjadi. Ingat! Cuci dulu sayur tu bersih-bersih, lepas tu barulah masakkan. Bukan setakat sayur tau. Buah-buahan pun. Biar lambat janji sihat. Hihi. Sekadar perkongsian."

Wednesday, June 5, 2013

topup giveaway by chenta

Assalamualaikum dan salam sejahtera!


KLIK BANNER UNTUK JOIN




Sekarang nie Eyz nak tag semua yang singgah dan baca entri nie.
Jomlah ramai-ramai kita join. Manalah tahu tuah korang! Hihihi.

Cinta tweet tweet

Assalamualaikum dan aloha!

Cinta tweet tweet? Ada ke? Zaman sekarang nie semuanya ada tau. Kalau dulu popular dengan Cinta SMS. Sekarang nie semakin advance pulak. Cinta Tweet Tweet @ Cinta Double Tweet. Hihihi. Masa akan datang korang rasa cinta apa pulak yang bakal muncul??? Hohohoho... Cinta Blog? Kekeke...

Saksikan video khas Zahid dan bakal isteri kongsi kisah cinta twitter dorang.
Tweet tweet!


Zahid AF dan Sarah bakal melangsungkan perkahwinan dan bakal diijabkabulkan pada 7 Jun ini di Teluk Intan, Perak. Tahniah Zahid! Semoga kekal ke anak cucu cicit.


:: Bisikan Syahdu ::
"Romantiknya... Korang nanti macam mana ek? Kalau Eyz, Eyz nak Cinta Bubbles! HAHA! Macam mana tu? Eyz pun tak tahu. Gurau jer. Ping Cinta Bubbles! Ehhee.... Cinta Allah yang hakiki ^_^ "

Mini GiveAway By Khairunnisa

Assalamualaikum dan hai semua!


KLIK BANNER UNTUK JOIN

Jom join giveaway nie. Simple and ohsemmm....! Hihihi.

Tuesday, June 4, 2013

Segmen Topup By Emas Putih Part #3

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!

Hari nie Eyz nak join segmen topup daripada blogger comel kita iaitu Emas Putih. Hihi.
Jom join ramai-ramai supaya segmen nie akan lebih meriah!

As-Salam


Segmen Topup by Emas Putih Part #3
Klik banner di atas kalau nak join.

Ada 40 x Topup RM5 untuk dimenangi !!
Tarikh tamat : 23 Jun 2013

Al-Fatihah: Seniman S. Shamsuddin telah kembali ke rahmatullah

Assalamualaikum dan hai semua!

Hari ini kita dikejutkan dengan berita kematian seorang lagi seniman agung iaitu seniman S. Shamsuddin. Pelakon komedi seniman S. Shamsuddin telah meninggal dunia jam 10.56 pagi tadi. Allahyarham telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Bukit Batok Avenue, Jurong, Singapura.



http://i2.ytimg.com/vi/QAOvbediOA4/hqdefault.jpg


:: Bisikan Syahdu ::
"Semoga rohnya dicucuri rahmat. Mari kita beramai-ramai sedekahkan Al-Fatihah kepada allahyarham seniman S. Shamsuddin. Al-Fatihah...."