Monday, May 27, 2013

Zaman dahulu berundur kembali

Assalamualaikum dan selamat petang semua!

Apa khabar semua? Syukur alhamdulillah kalau semuanya sihat. Eyz tak berapa nak sihat sebab terlalu khusyuk sangat makan buah mata kucing yang betul-betul sedap hari tu sampaikan tekak Eyz terasa pedih sangat sekarang nie. Hohoho.

Hari nie Eyz nak berkongsi fenomena di mana fenomena zaman dahulunya berundur kembali. Macam manalah agaknya tu ya? Sebenarnya bukan fenomena yang gempak sangat pun. Saja jer Eyz nak kasi gempak yang tak seberapa nak gempak nie. HUHU!

Btw, korang perasan tak fesyen zaman sekarang nie banyak yang mengembalikan nostalgia zaman dahulu kala. Tak kiralah fesyen dari segi pakaian ke mahupun tudung zaman sekarang nie. Kebanyakan fesyen zaman sekarang nie berundur kembali ke zaman dulu-dulu. Zaman di mana Eyz masa sekolah rendah dulu lagi. Hmm... sekarang umur Eyz hampir menjangkau 23 tahun. *erkz..terasa tua plak.hoho* 
Agak-agaknya dah 15 tahun berlalu Eyz pernah pakai tudung yang dikeluarkan pada tahun 2013 ini.


     
 

      



Eyz selongkar tudung-tudung nie terimbau masa lalu Eyz. Masa masih kanak-kanak lagi. Walaupun saiz tudung nie dah kecil tapi nak jugak cuba. Hihihi. Teringat zaman-zaman fardhu ain guna tudung-tudung nie. Tapi taklah gayanya begini. Al-maklumlah zaman dulukan. Main pakai jer. Yang penting tutup kepala. Hihihi.
 
Soooo.... Lepas nie korang bolehlah selongkarkan balik tudung-tudung yang pernah korang pakai dulu-dulu. Hihihi. Elakkan daripada pembaziran. Keke. Walaupun corak tudung zaman sekarang nie cantik-cantik semuanya tapi apa salahnya kalau nak berjimat sekali-sekala. Hehe.
 
:: Bisikan Syahdu ::
"Terimbau kembali nostalgia zaman kanak-kanak semasa Eyz cuba balik tudung-tudung nie. Hihihi. Kenangan ketika zaman kanak-kanak dulu membuatkan Eyz teringat kembali zaman kenakalan Eyz dulu. Hehe. "

No comments: