Saturday, May 18, 2013

Gadis yang suka shopping

Assalamualaikum dan selamat petang semua!

Apa khabar semua? Berhabuk betul dah blog Eyz nie. Lama rasanya Eyz tak update blog. Sibuk jer memanjang. Bukan setakat sibuk jer, line internet pun macam ciput betul sebulan nie. Eyz rasa macam bayar free jer internet tapi takleh nak guna. Huhu. Selain tu, sekarang pun tengah musim exam. Yang seronoknya, hanya tinggal satu paper jer lagi. Lepas tu? WELCOME HOME!!! YAHUUU...!!! Hihihihi. Tak sabar nak naik flight, nak menyeberangi Laut China Selatan. Yippi..!
*yippi yippi tapi study entah bila nie.aduhai*

Setelah sekian lama tak blogging, banyak nak diceritakan tapi Eyz nak cerita satu perkara nie. Cerita gadis yang suka shopping. Iaitu gadis yang empunya blog nie. HAHA! *gediks* Khamis lepas, Eyz dan rommate Eyz pergi jalan-jalan sedekahkan duit kat pekedai-pekedai yang cukup beruntung tu. Hoho. Duit dah macam air hujan yang jatuh berguguran dah. Tapi tahan tahan! Ehhee..

Mulanya kami pergi Masjid Jamek. Yang biasa pergi sini tu tahulah tempat nie tempat apa. Tempat orang yang nak borong kain, tudung dan bermacam-macam lagi yang murah murah! Yang boleh rambang mata kalau nak beli tudung atau kain. FUH! Tapi matlamat kami bukan nak beli tudung atau kain, roomate nak beli buku nak habiskan baucar buku 1 Malaysia. Al-maklumlah, tak lama lagi dah nak tamat tempohkan.

Lepas tu kami terus ke Times Square!!! Pusat membeli-belah yang paling kami ingin jejaki setelah sekian lama tak jejakkan kaki di sini..!!! Hihihi. Di sinilah bermulanya gadis-gadis dua orang nie shopping sakan. Memang rambang mata nak beli pakaian apa. Cantik sungguh! Tapi kalau nak beli pakaian tu kena tengok betul-betul dulu harganya. Berpatutan ke tak. Kalau tak berpatutan walaupun cantik terus blah. HAHA! Itulah Eyz. Ehhee. Eyz kalau shopping Eyz akan lihat dari semua aspek. Harga? Rupa? Keperluan? Keperluan itulah yang paling utama bagi Eyz.

.
.

Dalam banyak-banyak barang yang Eyz beli, yang paling Eyz gembira sangat sebab Eyz dah miliki yang INI. Betapa payahnya Eyz nak cari casing phone Eyz nie. Sekarang nie Eyz nak kumpul banyak-banyak casing phone Eyz nie. Sebab susah sangat nak cari. Tak payahlah Eyz nak pakai selalu sangat untuk satu casing. Cepat sangat luntur nanti. Sayang pulak. Hihi.




:: Bisikan Syahdu ::
"Kalau nak berbelanja untuk barang keperluan tu kenalah berikir panjang. Ingat keperluan dan ingat harga. Hihi. Walaupun kadang-kadang Eyz pun boros jugak tapi berfikir jugak. Beringat-ingat dahulu pendapatan, bersenang-senang kemudian. Selamat bakal bercuti untuk bakal-bakal guru IPG! Semoga berjaya dalam peperiksaan yang terakhir semester kita."

2 comments:

Isabel Diaz said...

Sejak masuk PISMP towk deras kamek belanja. Mun kuwar sik beli baju nang sik sah..

♀ iejasuriza ♀ said...

http://Cash4Visits.com/ref.php?refId=158800