Monday, May 27, 2013

Duo Big Giveaway!

Assalamualaikum dan hai semua!


"Duo Big Giveaway!
Due Date 8 Jun 2013
Click Banner!

Big Thanks To :
Nabila Medan, Shafawi, Mizna Online Shop, Zuwairish Shophouse Page, Easy Boutique, Fizgraphic, Faizah Wahab, Norbai'ah, Addin Aisyah, Mahirah, Dyba, Salamah Qalish


Pendedahan Pembedahan Plastik

Assalamualaikum dan aloha!

Gambar yang ada kat bawah nie nanti bakal merungkai segala yang tersirat dari wajah mereka. Hohoho. Sehinggakan ramai yang teringin menjadi seperti mereka. Tetapi JANGAN! 
Jangan pernah lakukan seperti apa yang mereka lakukan.




Jangan sakitkan diri sendiri kerana pembedahan.
Apa kata buat macam nie jer? Hohoho.
Tak sakit dan boleh diubah-ubah mengikut keadaan yang kita ingini. Kalau nak lagi cantik. Ambil air wuduk itu adalah yang terbaik selain menyucikan diri.


:: Bisikan Syahdu ::
"Sekadar perkongsian. Yakinlah pada diri sendiri dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Setiap ciptaan Allah itu terdapat keindahannya."

Zaman dahulu berundur kembali

Assalamualaikum dan selamat petang semua!

Apa khabar semua? Syukur alhamdulillah kalau semuanya sihat. Eyz tak berapa nak sihat sebab terlalu khusyuk sangat makan buah mata kucing yang betul-betul sedap hari tu sampaikan tekak Eyz terasa pedih sangat sekarang nie. Hohoho.

Hari nie Eyz nak berkongsi fenomena di mana fenomena zaman dahulunya berundur kembali. Macam manalah agaknya tu ya? Sebenarnya bukan fenomena yang gempak sangat pun. Saja jer Eyz nak kasi gempak yang tak seberapa nak gempak nie. HUHU!

Btw, korang perasan tak fesyen zaman sekarang nie banyak yang mengembalikan nostalgia zaman dahulu kala. Tak kiralah fesyen dari segi pakaian ke mahupun tudung zaman sekarang nie. Kebanyakan fesyen zaman sekarang nie berundur kembali ke zaman dulu-dulu. Zaman di mana Eyz masa sekolah rendah dulu lagi. Hmm... sekarang umur Eyz hampir menjangkau 23 tahun. *erkz..terasa tua plak.hoho* 
Agak-agaknya dah 15 tahun berlalu Eyz pernah pakai tudung yang dikeluarkan pada tahun 2013 ini.


     
 

      



Eyz selongkar tudung-tudung nie terimbau masa lalu Eyz. Masa masih kanak-kanak lagi. Walaupun saiz tudung nie dah kecil tapi nak jugak cuba. Hihihi. Teringat zaman-zaman fardhu ain guna tudung-tudung nie. Tapi taklah gayanya begini. Al-maklumlah zaman dulukan. Main pakai jer. Yang penting tutup kepala. Hihihi.
 
Soooo.... Lepas nie korang bolehlah selongkarkan balik tudung-tudung yang pernah korang pakai dulu-dulu. Hihihi. Elakkan daripada pembaziran. Keke. Walaupun corak tudung zaman sekarang nie cantik-cantik semuanya tapi apa salahnya kalau nak berjimat sekali-sekala. Hehe.
 
:: Bisikan Syahdu ::
"Terimbau kembali nostalgia zaman kanak-kanak semasa Eyz cuba balik tudung-tudung nie. Hihihi. Kenangan ketika zaman kanak-kanak dulu membuatkan Eyz teringat kembali zaman kenakalan Eyz dulu. Hehe. "

Segment Follow Mollow Dan Menang

Assalamualaikum dan hai semua!



KLIK BANNER DI ATAS UNTUK JOIN


:: Jumlah follower semasa join segmen nie ::






1st GiveAway by storysalawakya.blogspot.com

Assalamualaikum dan sala sejahtera semua!

KLIK BANNER DI BAWAH UNTUK JOIN


http://4.bp.blogspot.com/-UYDwKwGSSqk/UZSUHl61xNI/AAAAAAAAA3Y/gmj2NRCsnW0/s1600/1st+GA+copy.jpg

Setelah sekian lama Eyz tak mencari mangsa tag untuk GA, segmen mahupun contest, kali nie Eyz nak jadikan Cik Lyeen Cupcakes, Lulu pages dan Nurmujahidah sebagai mangsa tag saya. Hihi.


Sunday, May 26, 2013

10 Blogger Comel di Malaysia

Assalamualaikum dan selamat beristirehat semua!

Kali nie Eyz nak join segmen dari Cil Lyeen Cupcakes kita. Hihihi. Kalau nak cupcakes terjah jer blog Cik Lyeen nie. Don't worry. Dia akan bagi cupcakes paling sedap punya!!! Hihihi. *just kidding


Yang menarik perhatian Eyz untuk join segmen nie adalah ini segmen khas untuk cuti sekolah dan kita juga akan dapat tahu blogger yang comel di Malaysia nie. Antaranya ialah:



Semuanya gadis comel. Bukan sahaja comel dari paras rupa tapi comel pada blognya juga. Ehhee. Ikhlas tau dari Eyz. Semoga kalian akan terus comel!!!

dan...blogger yang paling rajin ialah:



KLIK BANNER DI ATAS UNTUK JOIN

:: Bisikan Syahdu::
Ini Eyz lampirkan serangkap pantun buat semua blogger sentero dunia. Tiba-tiba pulak terasa nak bertradisional awal-awal pagi nie. Hihihi

Wangi harumnya bunga cempaka,
Terselit indah di telinga Kemboja;
Semua blogger comel belaka,
Tak kira comel blognya comel juga tuan empunya.

Saturday, May 25, 2013

Inspire Bunny Giveaway

Assalamualaikum dan hai semua!

























KLIK BANNER UNTUK JOIN

Jangan lepaskan peluang untuk memenangi pelbagai hadiah daripada Inspirebunny Blogger 

Tarikh tamat: 26.6.2013
(mungkin diubah pada bila-bila masa sahaja)

Mega GiveAway By Adam Faiz

Assalamualaikum dan salam Sabtu semua!!!

Akhirnya Eyz kembali blogwalking! Yippi. Seronoknya cuti-cuti macam nie. Boleh tenangkan fikiran, rehatkan minda yang penuh stres dengan tugasan. FUH! Hari nie Eyz nak habiskan masa untuk join apa sahaja segmen, contest ataupun giveaway yang Eyz nampak menarik plus simple. Keke.

Pertama sekali Eyz nak join GA Adam Faiz yang hensem nie. Hihi. Walaupun tarikh tamatnya hari nie. Masih berkesempatankan??? Selagi empunya GA tak umumkan apa-apa lagi. Hehe. Eyz join suka suki jer. Ehhee. Jom join sebelum terlambat. In shaa Allah ada masa lagi nie. Cepat Cepat Cepat!!! SINI



 DUE DATE: 25 MEI 2013
 
 

Saturday, May 18, 2013

Gadis yang suka shopping

Assalamualaikum dan selamat petang semua!

Apa khabar semua? Berhabuk betul dah blog Eyz nie. Lama rasanya Eyz tak update blog. Sibuk jer memanjang. Bukan setakat sibuk jer, line internet pun macam ciput betul sebulan nie. Eyz rasa macam bayar free jer internet tapi takleh nak guna. Huhu. Selain tu, sekarang pun tengah musim exam. Yang seronoknya, hanya tinggal satu paper jer lagi. Lepas tu? WELCOME HOME!!! YAHUUU...!!! Hihihihi. Tak sabar nak naik flight, nak menyeberangi Laut China Selatan. Yippi..!
*yippi yippi tapi study entah bila nie.aduhai*

Setelah sekian lama tak blogging, banyak nak diceritakan tapi Eyz nak cerita satu perkara nie. Cerita gadis yang suka shopping. Iaitu gadis yang empunya blog nie. HAHA! *gediks* Khamis lepas, Eyz dan rommate Eyz pergi jalan-jalan sedekahkan duit kat pekedai-pekedai yang cukup beruntung tu. Hoho. Duit dah macam air hujan yang jatuh berguguran dah. Tapi tahan tahan! Ehhee..

Mulanya kami pergi Masjid Jamek. Yang biasa pergi sini tu tahulah tempat nie tempat apa. Tempat orang yang nak borong kain, tudung dan bermacam-macam lagi yang murah murah! Yang boleh rambang mata kalau nak beli tudung atau kain. FUH! Tapi matlamat kami bukan nak beli tudung atau kain, roomate nak beli buku nak habiskan baucar buku 1 Malaysia. Al-maklumlah, tak lama lagi dah nak tamat tempohkan.

Lepas tu kami terus ke Times Square!!! Pusat membeli-belah yang paling kami ingin jejaki setelah sekian lama tak jejakkan kaki di sini..!!! Hihihi. Di sinilah bermulanya gadis-gadis dua orang nie shopping sakan. Memang rambang mata nak beli pakaian apa. Cantik sungguh! Tapi kalau nak beli pakaian tu kena tengok betul-betul dulu harganya. Berpatutan ke tak. Kalau tak berpatutan walaupun cantik terus blah. HAHA! Itulah Eyz. Ehhee. Eyz kalau shopping Eyz akan lihat dari semua aspek. Harga? Rupa? Keperluan? Keperluan itulah yang paling utama bagi Eyz.




Dalam banyak-banyak barang yang Eyz beli, yang paling Eyz gembira sangat sebab Eyz dah miliki yang INI. Betapa payahnya Eyz nak cari casing phone Eyz nie. Sekarang nie Eyz nak kumpul banyak-banyak casing phone Eyz nie. Sebab susah sangat nak cari. Tak payahlah Eyz nak pakai selalu sangat untuk satu casing. Cepat sangat luntur nanti. Sayang pulak. Hihi.




:: Bisikan Syahdu ::
"Kalau nak berbelanja untuk barang keperluan tu kenalah berikir panjang. Ingat keperluan dan ingat harga. Hihi. Walaupun kadang-kadang Eyz pun boros jugak tapi berfikir jugak. Beringat-ingat dahulu pendapatan, bersenang-senang kemudian. Selamat bakal bercuti untuk bakal-bakal guru IPG! Semoga berjaya dalam peperiksaan yang terakhir semester kita."