Friday, April 19, 2013

Selesai yang tak sudah


Assalamualaikum dan hai semua!

Syukur alhamdulillah sebabnya Pameran Anatomi dan Fisiologi di IPG Kampus Bahasa Melayu dah selesai. FUH! Memang amat memenatkan. Sehinggakan mata dah boleh kalahkan mata Sang Panda. Hoho. Apa dah jadi kalau asyik tak tidur jer. Hari nie Eyz gembira sangat sebab pameran selama dua hari dari semalam dan berakhir pada hari nie selesai. Sememangnya dah selesai tapi banyak lagi yang perlu diselesaikan. Bersedia untuk berperang di peperiksaan yang jadualnya yang TERAMAT MANTAP gitu. Habislah! Habislah! Uhukz.

Btw, entri kali nie Eyz bukan nak stres. TERstres larh pulak. Hohoho. Eyz nak berkongsi gambar berkenaan dengan model yang telah Eyz dan rakan-rakan satu batch buat. Hebat-hebat woo dorang nie. *malu* Manalah tahukan korang pun akan buat pameran yang sebegini dan tak tahu nak buat apakan. SOooo.... bolehlah rujuk di entri Eyz di tengah malam nie. Ehhee. Setiap sistem badan ada tau! Dont worry be happy! ^__^

Kumpulan Eyz memilih untuk bina model bagi sistem saraf. Inilah model yang geng-geng Eyz buat! Dapat hadiah tau! Keke. Booth yang terbaik. Menarik? Hurmm.. Simple jer kot booth ktorang. Hoho. Btw, terima kasih pensyarah-pensyarah yang kami sayangi...!
Sebelum tu, apa kata bergembira menari SINI dulu. Ehhee. NICE!




Model kat atas nielah hasil kerja Eyz dan ahli kumpulan Eyz yang buat sampai terlantar sana sini tidur tak menentu. HAHA! *abaikan modelling baju kurung hijau tu yer* Hihihi. Kami buat sistem saraf. Buat dua model iaitu neuron dan spinal cord. *spinal cord bunga-bunga gitu tau!* Ehhee.

Nak keterangan jugak ke? Tak payahlahkan. Nak tahu lebih lanjut tentang model sistem saraf kami nie mudah jer. KLIK SINI


Gambar-gambar nie pulak model-model sistem tubuh badan manusia yang rakan-rakan Eyz yang lain buat. "Buat rakan sekalian, TAHNIAH semua!!!"


  

  

  

  
 
  










"Tahniah geng!!!!"

:: Bisikan Syahdu ::
"Ilmu sememangnya ada di mana-mana. Klik sana klik sini semuanya muncul sebagai ilmu walaupun sekadar yang minima. SOoo... carilah ilmu kerana ilmu takkan mencari anda jika anda tidak berusaha untuk mencari! Assalamualaikum..."

1 comment:

Mysara Ab Rahman said...

wah...bestnyer npameran mcm ni
mmg kte akan penat tp puas kan