Monday, April 29, 2013

Mengapa baju doktor bedah warna HIJAU?

Assalamualaikum dan hai semua!

Hari nie Eyz nak berkongsi satu informasi yang bersumberkan dari Facebook. Hihihi. Baca dan renung-renungkanlah.



Mengapa Pakaian Bedah Berwarna Hijau?

Tahukah Anda ??
 

 Selalu dalam bilik bedah kita selalu tengok doktor memakai baju hijau semasa bertugas.


Kenapa?

Pada mulanya doktor dikatakan memakai warna putih kerana ia warna yang melambangkan kebersihan.

Bagaimanapun, seorang doktor yang berpengaruh telah menggantikan warna putih dengan warna hijau kerana menurutnya warna hijau lebih sejuk.


Walaupun sukar dipastikan mengapa warna hijau paling sesuai bagi doktor untuk melihat lebih baik di ruang pembedahan, secara umumnya kerana hijau adalah warna berlawanan dengan warna merah.


Warna hijau dapat menyegarkan mata ahli bedah semasa melihat benda-benda berwarna merah, termasuk organ-organ tubuh yang berlumuran darah ketika pembedahan.


Melihat warna merah secara terus menerus menyebabkan signal warna merah di otak mengurangkan sensiviti terhadap variasi warna merah.


Alasan lainnya adalah, terus-menerus fokus pada warna merah akan menyebabkan pakar bedah kurang memberikan tumpuan dan mengganggu penglihatan doktor.


Jika warna baju-baju pakar bedah berwarna hijau, ilusi ini akan memudar dan tidak akan mengganggu penglihatan doktor.


Warna hijau juga adalah warna kegemaran Rasulullah SAW


Annas bin Malik mengatakan, “Warna yang paling disukai oleh Rasulullah saw adalah hijau.”


Namun selain itu Rasul saw juga ternyata menyukai warna putih.

 
:: Bisikan Syahdu ::
"Setiap yang menjadi tanda pasti ada makna yang tersirat...."

Sunday, April 21, 2013

KONGSI: Jangan biarkan mulut ternganga

Assalamualaikum dan hai semua!

Dah lama dah Eyz tak blogwalking sana sini macam nie. Huhu. Rindu pulak rasanya. Ehhee. Kenal Pak Ibrahim tak? Eyz pun tak kenal. Tapi kalau korang dengar suara emas Pak Ibrahim dalam video bawah nie, Eyz pasti korang akan terpegun! Percayalah! Ehhee.





:: Bisikan Syahdu ::
"Pak Ibrahim terbaik!!! Hihi. Suka pulak Eyz dengar suara pakcik nie. Keep it up!"


Friday, April 19, 2013

Selesai yang tak sudah


Assalamualaikum dan hai semua!

Syukur alhamdulillah sebabnya Pameran Anatomi dan Fisiologi di IPG Kampus Bahasa Melayu dah selesai. FUH! Memang amat memenatkan. Sehinggakan mata dah boleh kalahkan mata Sang Panda. Hoho. Apa dah jadi kalau asyik tak tidur jer. Hari nie Eyz gembira sangat sebab pameran selama dua hari dari semalam dan berakhir pada hari nie selesai. Sememangnya dah selesai tapi banyak lagi yang perlu diselesaikan. Bersedia untuk berperang di peperiksaan yang jadualnya yang TERAMAT MANTAP gitu. Habislah! Habislah! Uhukz.

Btw, entri kali nie Eyz bukan nak stres. TERstres larh pulak. Hohoho. Eyz nak berkongsi gambar berkenaan dengan model yang telah Eyz dan rakan-rakan satu batch buat. Hebat-hebat woo dorang nie. *malu* Manalah tahukan korang pun akan buat pameran yang sebegini dan tak tahu nak buat apakan. SOooo.... bolehlah rujuk di entri Eyz di tengah malam nie. Ehhee. Setiap sistem badan ada tau! Dont worry be happy! ^__^

Kumpulan Eyz memilih untuk bina model bagi sistem saraf. Inilah model yang geng-geng Eyz buat! Dapat hadiah tau! Keke. Booth yang terbaik. Menarik? Hurmm.. Simple jer kot booth ktorang. Hoho. Btw, terima kasih pensyarah-pensyarah yang kami sayangi...!
Sebelum tu, apa kata bergembira menari SINI dulu. Ehhee. NICE!




Model kat atas nielah hasil kerja Eyz dan ahli kumpulan Eyz yang buat sampai terlantar sana sini tidur tak menentu. HAHA! *abaikan modelling baju kurung hijau tu yer* Hihihi. Kami buat sistem saraf. Buat dua model iaitu neuron dan spinal cord. *spinal cord bunga-bunga gitu tau!* Ehhee.

Nak keterangan jugak ke? Tak payahlahkan. Nak tahu lebih lanjut tentang model sistem saraf kami nie mudah jer. KLIK SINI


Gambar-gambar nie pulak model-model sistem tubuh badan manusia yang rakan-rakan Eyz yang lain buat. "Buat rakan sekalian, TAHNIAH semua!!!"


  

  

  

  
 
  










"Tahniah geng!!!!"

:: Bisikan Syahdu ::
"Ilmu sememangnya ada di mana-mana. Klik sana klik sini semuanya muncul sebagai ilmu walaupun sekadar yang minima. SOoo... carilah ilmu kerana ilmu takkan mencari anda jika anda tidak berusaha untuk mencari! Assalamualaikum..."

Sunday, April 14, 2013

Blogger dalam video Anak Kampung!!!

Assalamualaikum dan hai hai semua!

Setelah berakhirnya kesibukan Eyz di IPG sekarang nie, FUH! *lega bahkan.... tak berakhir lagi sebenarnya, masih melambak-lambak lagi kerja yang perlu diselesaikan sebelum peperiksaan nie. HUHU! *sabar*


:: Terima kasih buat Blogger Cik Lyeen dengan shawl halfmoon nie. Hihihi ::


Blogger dalam video anak kampung????? ERKZ! Blogger mana tu? Blogger mana tu? Blogger-lah sangat. HAHA! Eyz jer pun. Tu pun sekadar watak sampingan jer. Tak sampai beberapa saat pon. HAHA! *mengada betul* Macamlah blogger top melecunkan. Hihihi. Minggu lepas Eyz dan rakan sekelas Eyz sibuk dengan penggambaran untuk video klip Anak Kampung versi bakal-bakal guru dari IPG nie. Hihi. 

Tugasan yang pensyarah bagi.

"Hasilkan satu video klip mana-mana lagu pilihan kelas masing-masing. Watak dalam video klip lagu tu adalah ANDA!!! Setiap orang ambil peranan!!!"


WOW! Inilah tugasan yang kami tunggu-tunggukan dari semester lepas. Jeles tau tengok kelas lain buat. Akhirnya niat kami tercapai jugak untuk buat video klip hasil daripada kelas Eyz sendiri nie. WELL DONE GUYS!!! Tak disangka-sangka kami mampu selesaikan jugak penggambaran untuk video klip nie. Dah boleh tersenyum lebar! Ehhee.

Eyz pun tak sangka geng-geng kelas Eyz boleh siapkan video nie dengan jayanya. TAHNIAH GENG!!! Eyz bangga sangat kat korang! Sayang sangat kat korang! SOoooo... Jangan lengah-lengahkan lagi.
Jom tonton video K.A.M.I....! Hihihihi.
^_^



:: Jom tonton SINI untuk lebih jelas. Kasi LIKE! Like! kalau like! Hihi ::


 




:: Bisikan Syahdu ::
"Terima kasih Eyz nak ucapkan buat semua sebab tanpa ketegasan dan kerjasama korang kita tak dapat nak jayakan video nie. Betul tak? *isk..isk... dan mohon maaf atas segalanya sahabat sekalian. Senyum sokmo ya! Hihihi."

Big giveaway by mohd zuhri

Assalamualaikum dan hai semua!

Hari nie Eyz nak join big giveaway by mohd zuhri...! Disebabkan oleh line internet bolehlah tahan lajunya nie kalau dibandingkan dengan tahap kelajuan siput. Hohoho.
 
Jom klik klik banner kat bawah nie untuk join.
JOM JOIN RAMAI-RAMAI!!!
^_^
 


:: Bisikan Syahdu ::
"Jom join! ping! Btw, tahniah buat pemenang untuk pertandingan modelling pagi tadi di Dewan Za'aba, IPG KBM dan buat Football Fancy sempena hari wanita di padang IPG KBM! TAHNIAH!"

Sunday, April 7, 2013

Amazing girl is YOU!

Assalamualaikum dan hai semua!

Oh,my! Sekarang baru nak update! Kasihan betul! Hohoho. Sekarang nie sibuk sangat. Nak makan pun kadang-kadang tak sempat. Masa terluang diambil untuk berehat *sleep and sleep! Ahakz.

Amazing girl is YOU??? YOU? You? you??? Hohoho. Sebenarnya Eyz terjumpa satu, dua video tentang gadis nie. Comel, cantik...! Tak percaya? Nanti korang akan lihat sendiri. Eyz subscribe terus lepas tonton segala video gadis nie. Very amazing about her video!

WATCH IT!

 .

.

.

.

.

.

.

.

 
Sekarang lagu nie dah menjadi kegilaan ramai untuk buat dimuatturunkan di Youtube. Cuba taip Kiyomi Dance confirm akan banyak video akan keluar. Huhu. Bagi Eyz, lagu nie memang comel sangat!

I LIKEEEEE IT...!!!




https://says-dot-my-production.s3.amazonaws.com/says_news_remix/story_element/image/515fd4e71a610d2c53003f01/87517476-3903-4ce6-9803-64c22611fafd.jpeg


:: Bisikan Syahdu ::
"Tetiba pulak Eyz boleh gemar dengar lagu korea lepas dengar lagu nie. Hihihi. Kalau tengah stres tu dengar jer lagu nie. Pasti tersenyum. Hihi. Bye! PING!"