Monday, March 25, 2013

Cik Blur dan Encik Ikhlas

Assalamualaikum dan selamat petang semua!

Tengah buat apa tu? Sesiapa yang tengah tidur tu, BANGUN BANGUN!!! HIHI!
*sendiri tak boleh nak tidur tu pasal lah* 
Hohoho.

Hari nie nak kata bosan taklah bosan sangat sebabnya assignment masih melambak-lambak lagi nie. Mengalahkan ketinggian gunung Kinabalu. Hihi. Tapi, entri kali nie Eyz bukan nak membebel bukan nak merapu. Nak tahu? KLIK SINI

Baca tak tajuk entri Eyz nie? Bukan MisEyz Blurz tau. Hihi. Tapi...

Cik Blur dan Encik Ikhlas



Sabah/Sarawak - RM 22.00
Sem. Malaysia - RM19.00

Sekarang Eyz sedang baca novel nie. Di awal penceritaan novel nie dah menunjukkan novel nie memang THE BEST! Memang tak rugi kalau korang beli dan baca. Pada awalnya Eyz beli novel nie sebab tajuk novel nie. Kekeke. Miss Blur @ Cik Blur. Hampir-hampir tu. Ehem. HAHA! *perasan lebih*

Tapi, apabila Eyz baca sendiri novel nie, WOW! Memang buat Eyz tersenyum sendiri. Lucu dan romantik gitu. Sesiapa yang dah baca tu semestinya tahu macam mana jalan cerita dalam novel nie. Kalau nak tahu lebih lanjut, nie Eyz selitkan sinopsis untuk korang hayati sedikit mengenai novel nie. Selamat membeli, meminjam dan membaca. Hihihi.


  SINOPSIS 




 AKU? Tak tahulah apa yang tak kena. Ada saja salah aku di mata dia. Kalau sehari tak marah aku, gamaknya dia tidak serupa orang. Nak kata aku tak cantik, di dalam ofis ini ada lagi yang tak cantik. Sudahnya aku berhenti kerja saja.

“Helo, dah pukul berapa ni? Tak reti nak masuk pejabat? Ingat ni syarikat tok nenek awak ke?”
– Encik Ikhlas

“Encik pekak ke? Kalau encik pekak saya cakap lagi sekali. Dengan rasminya saya dah berhenti kerja, berkuat kuasa hari ini.”
- Kasih Khalisha

Selepas aku berhenti kerja, amannya aku rasakan hidupku ini. Tapi… tiba-tiba aje dia muncul kembali.

“Apa encik buat kat sini?”

“Eh! Saya yang sepatutnya tanya soalan tu. Kenapa Kasih ada di rumah saya ni?”

“Rumah encik? Ini rumah encik?”

“Yalah. Ini rumah saya! Takkan rumah beruang pula!”

Aduh! Aduh! Aku rasa kepala aku dah pening. Dah rasa berat sebelah. Rumah dia? Rumah lelaki tanpa perasaan ni? Argh! Kenapa boleh jadi seperti ini? Kenapa dunia ni kecil sangat?

Bagaimana aku hendak menghadapi kenyataan bahawa lelaki yang selama ini terkenal dengan garangnya, tiba-tiba saja berubah karakter di hadapanku?

“Hmmm, susah juga nak memenuhi ciri-ciri lelaki pilihan Kasih. Siapalah yang agak bertuah tu, kan?”

“Siapa tahu, kan. Pasti ada seorang lelaki untuk saya.”

“Kalau tak ada, ambillah saya. Saya pun masih kosong.”

Ya, setiap satu itu pasti ada hikmahnya. Adakah perpisahan yang dulu akan menemukan aku dengan seseorang yang lebih baik? Atau sebaliknya? Argh! Sungguh, sedikit sebanyak kehadiran Encik Ikhlas membuatkan aku buntu untuk berfikir.





:: Bisikan Syahdu ::
"Jangan lepaskan peluang untuk membaca novel 'Cik Blur dan Encik Ikhlas'. Manalah tahu watak dan perwatakan Encik Ikhlas ataupun Cik Blur dalam novel nie adalah watak yang berlaku dalam kehidupan korang sendiri. Hihihi. Selamat membaca! Assalamualaikum."

 

9 comments:

Lulu Caldina said...

best, kan... :)

waddah jannah said...

bez.. sinopsis dia dh nunjuk novel tu bez, pinjm boleh?

Princess Syazliyana said...

mcm best je :D

MisEyz BLurz said...

best sangat!hihi...sampai boleh tgelak dan tsenyum sendiri baca..hihi *angau*

Cikgu Q-RatU aiNi said...

haha.. ingatkan novel eza..hehe

MisEyz BLurz said...

@Cikgu Q-RatU aiNi HAHA!blom tiba masanya nak buat novel sendiri nie..hehe

Mieya Atiera said...

macam menarik je !

Salnizah Niza said...

best giler... suka sgt...

Salnizah Niza said...

sgt best...