Wednesday, March 27, 2013

Bahayanya pisang zaman sekarang!

Assalamualaikum dan selamat malam semua!

Malam nie Eyz nak berkongsi sesuatu kat korang. Sesuatu yang menggerunkan zaman sekarang. Siapa di antara korang minat sangat makan pisang? Cepat angkat tangan! Kalau tak TEMBAK DENGAN PISANG! Hihi. Gurau jer.

Nak tahu kenapa pisang zaman sekarang bahaya?
Lihat di bawah kalau tak percaya! PING!

.

.

.

.

.

.

.

.




Ada berani??? HAHA! Nie mesti kes orang yang betul-betul dah muak nak makan pisang sampaikan isi buah pisang pun kena ukir macam nie rupa. Lepas nie akan ada yang tak makan buah pisang setahun! Nguah3!


:: Bisikan Syahdu ::
"Jangan sampai buka kulit pisang korang pengsan. Manalah tahukan. Hihihi. That's all. Bye!"

#2 Review blog

Assalamualaikum dan hai semua!

Masa untuk review blog sesi kedua!!! Hehehe. Review blog sesi pertama dah selesai. LIHAT SINI. Sekarang Eyz nak buat sesi kedua pulak bagi pemenang Review Blog Eyz dalam 'First Giveaway by MisEyz' yang dah sekian lamanya tu. Maaf. Sibuk memanjang. Buat yang dapat bookmark Eyz sabar ya. Eyz sekarang masih di kampung halaman. Tak bawa bahan ^_^


Blog yang bertuah untuk di-review #8

  • Yang pertama Eyz nak katakan Music Player yang adik gunakan boleh melambatkan blog adik. Dulu pun Eyz pernah buat. Memang slow kalau loading blog Eyz.
  • Adik comel. tengok jer headernya ^_^
  • Bubbles yang digunakan menarik. Terasa macam hidup pulak blog adik. *suka*
  • Penyusunan masih boleh diperbaiki.
  • Blogger yang baharu berjinak-jinak dalam dunia blogger. Btw, all the best untuk SPM ya! Jom terjah blog adik Aida Damia.



Blog yang bertuah untuk di-review #14

  • Blog yang simple jer.
  • Blogger yang minat join segmen, GA dan contest. Boleh nampak dari entri yang ada. Ehhee *Eyz pun minat juga join* Hihi.
  • Blog yang tak berat nak loading.
  • Nanti kalau Eyz nak join apa-apa segmen mahupun GA bolehlah singgah blog Ismah yer. Ehhee
  • Jom balik singgah blog DiaryIsmah ^_^



Blog yang bertuah untuk di-review #38

  • Follow sini! Header cantik! Nak minta ajar boleh? *malu* Hihi.
  • Eyz dah buat exchange link. Dapat nombor 212. DONE!
  • Bila Si Pendek Berblogging? Rasanya Eyz lagi pendek kot. Ehhee.
  • Suka tengok blog awak sebab tersusun rapi jer dengan mainan warna yang amat sesuai. *comel*
  • Mari sama-sama bertandang ke blog Budak Pendek Berblogging!


:: Bisikan Syahdu ::
"Nak review lagi? Tungguuuu.... Hihihi. Selamat membaca semua! Assalamualaikum...."

Cerita di sebalik McFloat

Assalamualaikum dan hai semua!

Dah tidur dah ke? Janganlah tidur awal sangat. Satgi okay? Hihihi. *ngada jap* Ehhee. Saat nie Eyz sekadar nak tulis entri pendek jer. Sekadar nak puaskan hati buat entri sebelum tidur. ZzZzZzZ....

Semalam betapa seronoknya Eyz sebab dapat one set McD dari Mr Cepet. Sanggup tahan lapar demi doublecheese burger dan my favourite, McFloat! Hihihi. Terima kasih Mr Cepet! Sayang awak. Uinx2!!~~


TETAPI,....



Awak: McFloat habis dah.

Saya: Larhh... kalau dah habis tu takpe lah. Tak kisah pon.

Awak: Okay. Tetap nak beli jugak!!!

Saya: Orite! Apa-apa jer ^___^



  Baru jer Eyz mengidam nak minum McFloat. Rupa-rupanya habis dah. Terpaksa tunggu keluaran akan datang pulak. Hohoho.


Sekali lagi bunyi cengkerik berbunyi...
*tone watsap*


Awak: McFloat ADA! Hihi.

Saya: Aik. Tadi kata takde.

Awak: Saya mintak pekerja McD yang buatkan. Saya bagitau isteri saya mengidam!

Saya: Erkz! HAHAHAHAHA!
*memandai jer ek*

Awak: Tapi tak tahulah rasa sama ke tidak dengan McFloat yang betul. Hihi.

Saya: HAHA!
*terasa lucu pulak, rasa nak nangis terharu*



Walaupun tak serupa dengan McFloat McD yang asli, tapi terharunyaaaa sayaaa.....! =')
Eyz akan simpan gambar nie buat kenangan kelak. Okay? Hihihi.


:: Bisikan Syahdu ::
"Terima kasih Mr Cepet sebab sanggup suruh pekerja McD buatkan McFloat untuk saya. Hihi. Sayang awak selalu! Sayang awak ketat-ketat! ^_^"

Tuesday, March 26, 2013

Segmen Jom Pilih Hadiah

Assalamualaikum dan hai semua!

Setelah sekian lamanya Eyz tak join mana-mana segmen, giveaway mahupun contest. Hari nie terasa macam nak join pulak. Hihi. Jeles rasanya tengok blogger lain join sana sini segmen. Ehhee. Nak kembalikan mood dengan join segmen pulak untuk hari nie. Hehe.

Jom join! Hadiah pun lumayan. Yang paling lumayannya, kita boleh pilih sendiri hadiah apa yang kita nak. Hadiahnya pun comel-comel. Hihi. Nak join jom klik banner kat bawah ataupun SINI




Dua hadiah yang Eyz nak ialah topup RM10 dan RM5. Nampak sangat kebulur topup. HAHA! Korang bila lagi nak join? Jom arrr! Ehhee.

Tarikh tamat segmen : 30 Mac 2013


Monday, March 25, 2013

Cik Blur dan Encik Ikhlas

Assalamualaikum dan selamat petang semua!

Tengah buat apa tu? Sesiapa yang tengah tidur tu, BANGUN BANGUN!!! HIHI!
*sendiri tak boleh nak tidur tu pasal lah* 
Hohoho.

Hari nie nak kata bosan taklah bosan sangat sebabnya assignment masih melambak-lambak lagi nie. Mengalahkan ketinggian gunung Kinabalu. Hihi. Tapi, entri kali nie Eyz bukan nak membebel bukan nak merapu. Nak tahu? KLIK SINI

Baca tak tajuk entri Eyz nie? Bukan MisEyz Blurz tau. Hihi. Tapi...

Cik Blur dan Encik Ikhlas



Sabah/Sarawak - RM 22.00
Sem. Malaysia - RM19.00

Sekarang Eyz sedang baca novel nie. Di awal penceritaan novel nie dah menunjukkan novel nie memang THE BEST! Memang tak rugi kalau korang beli dan baca. Pada awalnya Eyz beli novel nie sebab tajuk novel nie. Kekeke. Miss Blur @ Cik Blur. Hampir-hampir tu. Ehem. HAHA! *perasan lebih*

Tapi, apabila Eyz baca sendiri novel nie, WOW! Memang buat Eyz tersenyum sendiri. Lucu dan romantik gitu. Sesiapa yang dah baca tu semestinya tahu macam mana jalan cerita dalam novel nie. Kalau nak tahu lebih lanjut, nie Eyz selitkan sinopsis untuk korang hayati sedikit mengenai novel nie. Selamat membeli, meminjam dan membaca. Hihihi.


  SINOPSIS 




 AKU? Tak tahulah apa yang tak kena. Ada saja salah aku di mata dia. Kalau sehari tak marah aku, gamaknya dia tidak serupa orang. Nak kata aku tak cantik, di dalam ofis ini ada lagi yang tak cantik. Sudahnya aku berhenti kerja saja.

“Helo, dah pukul berapa ni? Tak reti nak masuk pejabat? Ingat ni syarikat tok nenek awak ke?”
– Encik Ikhlas

“Encik pekak ke? Kalau encik pekak saya cakap lagi sekali. Dengan rasminya saya dah berhenti kerja, berkuat kuasa hari ini.”
- Kasih Khalisha

Selepas aku berhenti kerja, amannya aku rasakan hidupku ini. Tapi… tiba-tiba aje dia muncul kembali.

“Apa encik buat kat sini?”

“Eh! Saya yang sepatutnya tanya soalan tu. Kenapa Kasih ada di rumah saya ni?”

“Rumah encik? Ini rumah encik?”

“Yalah. Ini rumah saya! Takkan rumah beruang pula!”

Aduh! Aduh! Aku rasa kepala aku dah pening. Dah rasa berat sebelah. Rumah dia? Rumah lelaki tanpa perasaan ni? Argh! Kenapa boleh jadi seperti ini? Kenapa dunia ni kecil sangat?

Bagaimana aku hendak menghadapi kenyataan bahawa lelaki yang selama ini terkenal dengan garangnya, tiba-tiba saja berubah karakter di hadapanku?

“Hmmm, susah juga nak memenuhi ciri-ciri lelaki pilihan Kasih. Siapalah yang agak bertuah tu, kan?”

“Siapa tahu, kan. Pasti ada seorang lelaki untuk saya.”

“Kalau tak ada, ambillah saya. Saya pun masih kosong.”

Ya, setiap satu itu pasti ada hikmahnya. Adakah perpisahan yang dulu akan menemukan aku dengan seseorang yang lebih baik? Atau sebaliknya? Argh! Sungguh, sedikit sebanyak kehadiran Encik Ikhlas membuatkan aku buntu untuk berfikir.





:: Bisikan Syahdu ::
"Jangan lepaskan peluang untuk membaca novel 'Cik Blur dan Encik Ikhlas'. Manalah tahu watak dan perwatakan Encik Ikhlas ataupun Cik Blur dalam novel nie adalah watak yang berlaku dalam kehidupan korang sendiri. Hihihi. Selamat membaca! Assalamualaikum."

 

Sunday, March 24, 2013

#1 Review blog

Assalamualaikum dan hai semua!

Kali nie Eyz nak review blog yang dah menang dalam 'First Giveaway by MisEyz' yang dah lama Eyz anjurkan. Disebabkan baru sekarang Eyz ada masa yang terluang walaupun takde masa yang terluang, mesti adakan jugak masa terluang tu. Erkz! *blurz

Nak tahu siapa yang bertuah yang bakal Eyz review tu? Jom lihat SINI!


Blog yang bertuah #42
 
  • Blog nie simple jer tapi kekemasan tu yang membuatkan Eyz tertarik sangat. Tersusun jer gadget yang ada dalam blog adik nie. *VERY NICE*
  • Eyz rasa adik nie minat warna purple erk? Hihi. Smooth jer purple dalam blog adiknya. Cantik!
  • Blog adik nie pon tak berat sangat kalau nak masuk. Itulah yang terbaik! *suka*
  • Apa yang Eyz boleh lihat, adik Fatin suka promote blog dan online shop. Memang menarik sebabnya pembaca boleh tahu serba sedikit tentang blog dan online shop yang lain. 
  • Jom kita terjah sama-sama sambil pimpin tangan di blog Dear Rosebud. Lalalala~~








Blog yang bertuah #56


  •  Blog yang comel setanding dengan empunya blog nie. Ehhee. Blogger seorang chinese dari Penang.
  • Kombinasi warna yang digunakan dalam blog nie tak terlalu padat. Sejuk mata memandang.
  • Header yang simple tetapi mainan warna yang digunakan membuatkan header nampak menonjol. *suka*
  • Untuk blogger yang suka edit-edit blog, boleh follow tutorial adik Cynthia nie. Mudah dah padat. Eyz pun kadang-kalanya follow tutorial adik nie. Hihi. *kantoi*
  • Jom jalan-jalan dan follow blog CYNTHIA LEE.
 





Blog yang bertuah #4
(atas permintaan empunya blog untuk review blog rasminya)
  • Pertama sekali Eyz tertarik dengan header blogger nie. Comel jer doodle tu. Eyz nak boleh? Ehhee.
  • Rakan IPG macam Eyz tapi IPG yang berbeza.
  • Sarawak? Wah! Kamek pun orang Sarawak aieh. Hihi.
  • Blog cool dan ringan. Tak payah nak tunggu-tunggu loading. Lancar jer.
  • Jom terjah blog Isabel Diaz. Cepat cepat!!!

 


:: Bisikan Syahdu ::
"Review blog yang lain bakal menyusul pada detik yang dikemudiankan. Tungguuuu..... Hihi."

SELESAI!

Assalamualaikum dan hola semua!

Apa khabar? Sihat tak? Alhamdulillah kalau korang sihat. Terasa lamanya Eyz tak update story dalam blog nie. Sibuk jer memanjang. Hmmm... Terasa nak menangis pulak hari nie sebabnya tak sangka boleh update story dalam blog. Kekeke. Yang tak tahan nak bagitau,.....

"Eyz cuti Eyz di rumah Eyz seronok Eyz jumpa anak buah Eyz jumpa Mr Cepet Eyz jalan-jalan Eyz banyak kerja Eyz tensen Eyz suka Eyz taknak balik kampus Eyz sayang famili Eyz Eyz Eyz Eyz.....blablablabla...."

Terpampang di sini bermacam-macam perasaan yang Eyz rasanya sekarang nie. Hoho. Minggu lepas, Eyz dah tamatkan sesi program PBS iaitu Pengalaman Berasaskan Sekolah di Sekolah Kebangsaan Bukit Nibong, Sarawak. Seronok dan bosan! HAHA! Seronok sebabnya jumpa guru-guru dan murid-murid yang peramah sangat. Walaupun dan tiga kali PBS, tapi kali inilah Eyz dapat rasakan PBS yang amat santai dan Eyz sayang murid-murid kat sana. Hihi.





Sekarang dah musim cuti. Walaupun seminggu cuti, Eyz takkan lepaskan peluang keemasan nie bersama keluarga tercinta! Yippi..! *taknak balik taknak balik kampus. Ahakz! Malasnya... Hihi. Malu-malunya anak murid sini. Cikgunya lagi malu sebab hampir sama tinggi dah dengan anak murid. OH, NO!!! HAHA!
Boleh jadi macam INI kalau nak. Hihi.



:: Bisikan Syahdu ::
"Sebenarnya, tugas sebagai seorang guru bukannya mudah. Mungkin dari pandangan orang lain profesion keguruan nie adalah kerja yang senang tapi yang merasakannya anda takkan faham. Adios!^_^"

Thursday, March 14, 2013

Senarai Pemenang 'First Giveaway by MisEyz'

Assalamualaikum dan halo semua!

Hari nie Eyz nak ambil peluang adanya line internet yang 'lajulah sedikit' nie untuk mengumumkan para pemenang  bagi 'First Giveaway by MisEyz' yang telah dianjurkan pada 17 Februari 2013 dan telah tamat pada 10 Mac 2013 yang lepas. Eyz nak mohon maaf sebab lambat nak umumkan pemenang bagi GA nie. Sibuk memanjang dan line internet pun jeles sangat nak bagi Eyz online. Menyampah tau. Hoho.

Nie Eyz senaraikan pemenang yang bertuah untuk hari nie! Jeng... Jeng... Jeng... Hihihi.
Tahniah buat semua yang berjaya memenangi GA pertama Eyz nie.
Alhamdulillah... GA nie berjaya Eyz teruskan jugak. Ehhee ^_^
Topup RM10 x 1 - Celcom/ Maxis/ Digi



Topup RM5 x 4 - Celcom/ Maxis/ Digi

 
 
 



Bloglist Istimewa by MisEyz x 10 
(SEBULAN)



Blog Review by MisEyz x 10



Bookmark Istimewa dari MisEyz x 10


(Semua pemenang dipilih berdasarkan keikhlasan dari Random.org)


**Bagi yang memenangi Topup RM10 dan RM5, sila bagi detail:

Nama: _____________________________________
No. Tel (celcom/digi/maxis): _____________________
URL FB anda: _______________________________
URL GA ini dalam blog anda: ____________________



**Bagi yang memenangi Bookmark Istimewa dari Eyz, sila bagi detail:

Nama: ___________________________________
Alamat Penuh: _____________________________
No. Tel: __________________________________
URL FB anda: _____________________________
URL GA ini dalam blog anda: __________________

(Hantar detail anda dalam inbox DI SINI)
*Bagi pemenang yang tidak memberikan detail dalam masa 7 hari mulai esok, hadiah anda akan terbatal secara automatik. Harap maklum. Chaiyok! Chaiyok! Hihi.*


:: Bisikan Syahdu ::
"Tahniah buat pemenang. Buat yang tidak berjaya tu bolehlah mencuba lagi di kemudian hari ya. Manalah tahu hadiah yang lebih lumayan. Ehhee. Btw, terima kasih buat semua peserta yang sudi join GA pertama Eyz nie. Salam ukhwah!"

Saturday, March 9, 2013

Pengumuman hadiah yang bakal dimenangi

Assalamualaikum dan hai semua!

Lama rasanya Eyz tak update blog Eyz nie. Memang berhabuk sangat dah nie. Uhukz. Nak kata sibuk tu sibuklah jugak. Tapi yang paling buatkan Eyz susah nak update nie sebabnya line internet yang ciput betul-betul!!! Susah nak cakap tahap lambat line P1 sekarang nie. Nak buat kerja pun payah tau line internet yang lambat memanjang nie. Dekat sebulan dah. Huhu.

Btw, tak nak sedih sedih, hari nie Eyz nak umumkan hadiah yang bakal dimenangi oleh peserta bertuah yang menyertai 'First Giveaway by MisEyz' yang Eyz anjurkan sebelum ini. Disebabkan oleh bilangan pesertanya dah mencapai tahap yang diingini, jadi... Eyz akan tetap teruskan GA nie dan akan umumkan pemenangnya selepas sehari atau dua hari tarikh tamat GA nie (10 Mac 2013). Terima kasih semua! Hihi. Antara hadiah yang bakal dimenangi ialah:

 Topup RM10 x 1 - Celcom/ Maxis/ Digi

 http://www.bloggerwanita.com/wp-content/uploads/2011/09/logo-maxis-digi-celcom.png


Topup RM5 x 4 - Celcom/ Maxis/ Digi
 
http://www.bloggerwanita.com/wp-content/uploads/2011/09/logo-maxis-digi-celcom.png
 
 
Bloglist Istimewa by MisEyz x 10
 
Blog Review by MisEyz x 10
 
Bookmark Istimewa dari MisEyz x 10
 
 
 
 :: Bisikan Syahdu ::
"Masih belum terlambat untuk join 'First Giveaway by MisEyz' nie. Korang masih berpeluang untuk menyertai. Mudah jer syaratnya. Jangan risau. KLIK SINI UNTUK JOIN."