Friday, February 15, 2013

Tips: Elakkan daripada tertidur!

Assalamualaikum dan selamat malam semua!

Mengantuk dah ke? Erkz! Awalnya nak tidur. Sabar... Biar solat isyak dulu baru boleh tidur. Ehhee. Kali nie Eyz nak buat entri tentang cara untuk mengelakkan diri daripada mengantuk semasa kuliah. Pelajar sekolah pun apa salahnya ikut tetapi INGAT! barang haram untuk dibawa masuk ke sekolah jangan bawa ye! Pesanan ikhlas dari Eyz SINI

http://1.bp.blogspot.com/-A-hK1beTKwA/Tcf5H6PFk6I/AAAAAAAAABc/cg-208Z0lX0/s1600/sleepy.jpg 

Sebenarnya masalah mengantuk nie bukannya berlaku semasa kita buat kerja atau tugasan tetapi boleh berlaku di mana-mana jer. Betul tak? Rasa mengantuk disebabkan oleh masalah badan yang letih, terlalu kenyang dan juga faktor persekitaran yang boleh membuatkan rasa mengantuk. Di sini, Eyz nak kongsikan tips untuk mengelakkan diri daripada terlena semasa kuliah.

1- Mencuci muka
"Perlakuan ini mungkin perkara terakhir yang sering dilakukan apabila diri dah terasa terlalu mengantuk. Cara paling berkesan untuk kembali segar."

2- Elakkan daripada dalam pencahayaan yang malap
"Keadaan yang sebegini membuatkan kita semakin rasa mengantuk. Al-maklumlah, suasana yang amat sesuai untuk tidur iaitu dalam keadaan yang malap dan gelap! Elakkan!!! Cahaya yang lebih terang dipercayai mampu mengembalikan kesegaran mata dan minda."

3- Senaman ringan
"Kalau dan mula rasa mengantuk tu, bolehlah berdiri sekejap bagi melakukan senaman ringan. Regangkan tangan, kaki, kepala mahupun pinggang supaya kita akan rasa lebih nyaman untuk meneruskan pembelajaran. Elakkan daripada duduk statik. Pastikan apabila duduk tu, gerakkanlah sedikit anggota badan. "

 4- Dengar lagu
"Dengar muzik pun salah satu jalan penyelesaian bagi mengelakkan rasa mengantuk. Lebih-lebih lagi lagu yang diminati. Minda terus fresh tau!!! Hihi. Tapi INGAT! jangan sampai melekakan. Tak baik. Namun begitu, terdapat beberapa jenis bunyi-bunyian ataupun muzik yang dikatakan dapat meransangkan dan meningkatkan kewaspadaan serta ketajaman minda."

5- Belajar biar santai
"Maksudnya di sini, jangan terlalu stres semasa belajar. Semakin stres semakin membuatkan diri menjadi malas nak teruskan pembelajaran, menyebabkan rasa bosan dan sekaligus membuatkan mata terlena. Bagi Eyz, belajar biar dengan santai dan gembira. Barulah ilmu senang nak masuk. Betul tak?"




:: Bisikan Syahdu ::
"Eyz sekadar nak berkongsi tips ini untuk semua. Walaupun taklah seberapa tetapi memadai untuk Eyz buat perkongsian. Kalau ada cara lain bolehlah komen di sini ya. Sharing is caring!"
 

7 comments:

timm_bill said...

yg 4 tu mmg betoi..sebelh dgq earphone, sblah dgq lcturer brleteaq..

Sherlyanna angiela Martin said...

nanti saya mahu try..

Sophia Hanyz.. said...

dngr lgu? ..Sy :cg pnjam fone cg skjap tu tips nak hilangkan ngantuk...Cg : berdiri di luar kelas smpai hbis wktu pelajaran sy...Dh lma x comment di sini..

http://queen-sophia.blogspot.com/

Nana Liena said...

pastikan tidur sentiasa cukup n tepat pada masanya..n pastikan 6 jam..ehehe.. mesti tak ngantuk..nak study tu .. cr member yg boleh diharap.. yg boleh tegur kalau kta terlalai..jgn sama2 lalai udah..hehe

MisEyz BLurz said...

@Nana Liena Tepat sekali!^_^

ablxhr said...

aku tetap malas walaupun dah buat benda tu.bila aku malas aku tidur hahaha

MisEyz BLurz said...

@ablxhr Tu jalan penyelesaiannya mmg itulah..hihihi