Sunday, February 24, 2013

Terbaik semuanya!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!

Dah tidur ke? Janganlah tidur lagi. Eyz ada cerita nie. Hihihi *gediks*
Jumaat lepas iaitu dua hari lepas (22 Februari 2013), Eyz dan rakan sekelas pergi PICC di Putrajaya untuk saksikan pertandingan Pidato Antarabangsa. Eyz dapat rasakan yang Eyz terpesona tengok warga asing dari pelusok dunia misalnya dari Jordan, Jerman, China, Afghanistan dan ramai lagi mampu berpidato dalam bahasa Malaysia. WOW!!!

Kalau korang tengok sendiri mesti korang pun dapat rasakan yang mereka nie dah bukan macam warga dari luar negara tetapi memang dah macam orang Melayu yang wajahnya sememangnya bukan seperti rakyat Malaysia sendiri. Macam mana tu? Hihihi. Fikir-fikirkanlah ye.

Walaupun sebutan mereka taklah seberapa tepat mana pun tetapi memang seronok sangat lihat mereka nie berpidato dalam bahasa Melayu. Menyanyi lagi tu. Ada yang nyanyi lagu Datuk Siti Nurhaliza dan Apo Kono Eh Jang jugak tau. Hihihi. Eyz rasa bersyukur sangat sebab diberi peluang menyaksikan secara langsung pertandingan Pidato Antarabangsa nie. Selalunya Eyz tonton dari tv jer. Ehhee. Sekarang dah boleh tengok depan-depan. Boleh masuk tv lagi tu. Keke.




Gambar-gambar bawah nie adalah antara peserta akhir bagi pertandingan nie. Ayat yang dorang guna pun mantap. Ada yang main translate jer. Hihihi. Macam kita jugak. Nak cakap sangatkan dalam BI sampai BM translate terus jer ke BI. Jangan nak gelak sakan kat orang taw. Ahakz.



 

Walau bagaimanapun, Eyz nak ucapkan tahniah dan syabas untuk pemidato dari Malaysia dan pemidato dari Panama sebab berjaya meraih gelaran juara dalam kategori Nusantara dan antarabangsa. TAHNIAH!!!





Kategori Nusantara
Pertama: Pemidato dari Malaysia
Kedua: Pemidato dari Acheh
Ketiga: Pemidato dari Brunei

Kategori Antarabangsa
Pertama: Pemidato dari Panama
Kedua: Pemidato dari China
Ketiga: Pemidato dari Jordan

TAHNIAH!


Hadiah disediakan dah cabutan oleh Mr Random akan dilakukan.

:: Bisikan Syahdu ::
"Kita sebagai rakyat Malaysia sepatutnya lebih memartabatkan bahasa Malaysia. Eyz cukup berbangga menjadi rakyat Malaysia. Pesanan Eyz buat semua dan buat diri Eyz sendiri, martabatkanlah bahasa Malaysia yang utama daripada bahasa lain."


No comments: