Friday, February 22, 2013

Kongsi: Peminat tegar selipar Jepun

Assalamualaikum dan hai semua!

Terasa lama pulak Eyz tak update blog nie. Al-maklumlah sibuk memanjang. Hohoho *sibuklah sangat* Untuk entri yang pertama buat sekian lamanya nie, Eyz nak berkongsi satu tips atau cara untuk membaiki sesuatu untuk korang. Sejak akhir-akhir nie, Eyz sekadar blogwalking jer. Blog sendiri terbengkalai. *sedih*

Siapa yang kat sini suka pakai selipar jepun??? Tak tahu apa tu selipar jepun? Aduhai. Lagi kesian! Hihihi. Eyz gurau jer. Ehhee. Okaylah... Lihat gambar kat bawah nie. Haaa... Itulah namanya selipar jepun.

http://3.bp.blogspot.com/-vUyXWHL9b48/T4g4YIv49MI/AAAAAAAAAPw/rM6UAKBUWME/s1600/jamban.jpg
*contoh semata-mata*

Pasti ramai yang ada selipar jepunkan. Tak kiralah macam mana rupa bentuk. Tapi sekarang nie jarang pulak nampak orang pakai selipar jepun. Ramai yang dah advance pakai CROCS, sandal bunga sana sini. Eyz salah seorangnya. Keke. Tapi tempat yang kita akan nampak selipar nie adalah di??? TOILET! Hoho.

Walau bagaimanapun, selipar jepun nie tetap jugak popular taw. Sebabnya mudah dan selesa dipakai. Tak menyakitkan kaki. Lainlah kalau yang dah jalan sampai berbatu-batu jauhnya. Di sini Eyz nak kongsikan satu tips macam mana nak baiki selipar jepun kesayangan korang yang dah putus tu. Takpe. Jangan resah gelisah. Scroll down here!




1- Cari mana-mana straw minuman.

http://2.bp.blogspot.com/_Ia7A8EJ6wrU/TBen1AXgijI/AAAAAAAAAeA/t2xpbm_cu7I/s1600/fat-straws.jpg

2- Lipat dua straw tersebut.

3- Ikat seperti simpulan di bawah nie:
   


4- Masukkan ke dalam lubang selipar seperti berikut:
  


5- Ikatkan straw di bawah selipar dengan ikatan macam nie:


SIAP!!!

Nak dapatkan informasi yang lebih?

Hadiah disediakan dah cabutan oleh Mr Random akan dilakukan.


:: Bisikan Syahdu ::
"Eyz nak pesan. Jangan pernah membuang barangan yang masih dapat digunakan. In shaa Allah. Pasti ada kegunaan lain yang boleh kita jadikan. Okay? Hihi. Sayang korang!"

5 comments:

Farah Waheda Wahid said...

wah...kreatif2... he he he... betul tu selagi boleh guna kita guna...

✿ pink velvet ✿ said...

ehhh! bole erk? haha~~

MisEyz BLurz said...

@Farah Waheda Wahid bolehlah cuba lps nie..hihi

MisEyz BLurz said...

@✿ pink velvet ✿ boleh jer..blom cb blom tahu..hihi

Nasuha said...

Jom! Jemput join segmen pertama saya http://nasuhanass.blogspot.com/2013/02/segmen-saya-suka-makan.html