Saturday, February 16, 2013

Kongsi: Keajaiban luar biasa

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!

Sihat tak hari nie? Alhamdulillah kalau semua sihat. Hanya tinggal sehari saja baki cuti dalam seminggu nie. Sedihnya. Malasnya. Semuanyalah! Hihi.

Hari nie Eyz nak berkongsi beberapa koleksi gambar mengenai keajaiban yang luar biasa yang berlaku di muka bumi ini.

 

Tasik garam yang berwarna-warni ini dipercayai di San Francisco Bay.


http://www.enciknakal.com/wp-content/uploads/2011/12/sundogs.jpg

Penduduk China gempar apabila terjadinya fenomena pelik empat matahari dalam satu masa berlaku.


 


Di sebuah persisiran pantai di Mexico telah didatangi jutaan sekumpulan besar ikan-ikan dari pelbagai jenis. Antaranya yang dilihat adalah seperti ikan sardin, ikan pelata, ikan bass dan ikan bilis. Kehadiran ikan-ikan tersebut membuatkan suasana persisiran pantai dilitupi dengan warna hitam gelap berminyak.


 ributpasir1
 ributpasir2

 Fenomena Ribut Pasir Di Pantai Barat Australia. Ribut debu yang melanda pantai barat Australia pada hari Rabu lepas telah menghasilkan satu fenomena “red wave”.



Tasik Pink atau dikenali sebagai Tasik Retba terletak di utara semenanjung Bab Vert Senegal iaitu di utara timur Dakar. Ia dinamakan sedemikian kerana airnya yang berwarna merah jambu.Fenomena ini disebabkan oleh kombinasi sejenis bakteria iaitu Cyanobacteria yang terdapat di dalam air dengan kepekatan kristal garam yang tinggi. Warna ini jelas kelihatan semasa musim kering. Tasik juga dikenali untuk kandungan garam yang tinggi, seperti Laut Mati, dan ini membolehkan orang ramai untuk terapung dengan mudah.



Great Blue Hole (Belize) . Berada di jarak 60 mil dari kota Belize. Lingkaran yang berdiameter 0.4 kilometer. Tempat yang sesuai untuk melakukan aktiviti diving kerana kedalamannya adalah dalam sekitar 480 kaki atau 145 meter. Disebabkan oleh kedalamannya itulah warna menjadi biru tua.


:: Bisikan  Syahdu ::
"Segala yang berlaku di dunia ini adalah kebesaran Allah SWT. Allah Maha Kuasa yang hanya mampu menciptakan dan menurunkan apa yang manusia ataupun makhluk lain tidak dapat lakukan. Setiap yang diturunkan pasti ada hikmah di sebaliknya. Berdoalah dari sekarang agar kita sentiasa dilindungi oleh Allah SWT daripada sebarang kejahatan, kejahilan dan kecelakaan."

8 comments:

Cikgu Q-RatU aiNi said...

Memang ajaib.. Kuasa ALLAH.. :)

Cik Rongoks Ika said...

cantik !

yan shamba said...

Subhanallah..cantik sgt :)

Cik Aida™ said...

subhanallah :)

Farah Waheda Wahid said...

Subhanallah...Allahuakbar... Indahnya ciptaan alam dari Allah SWT... It's a miracle...

ahmad zamani said...

salam saudari
saya baru belajar buat blog. hi hi hi. tolong kasi tips
http://huluselangor1973.blogspot.com/

najiah shaharain said...

Allah maha besar!!!segalanya mudah bagi Nya

Miss Sue said...

subhanallah, kuasa ALLAH SWT :')