Friday, February 15, 2013

Haiwan di Zoo Negara terlepas...!!!

Assalamualaikum dan aloha semua!

Leka Eyz terlalu rajin join giveaway dan blogwalking sana sini, sehinggakan Eyz tak sempat nak update aktiviti Eyz cuti-cuti Kuala Lumpur Selasa lepas (12.2.2013). Tak lama pun. Belum sampai seminggu pun berlalu. Keke. Yang syoknya kami bagaikan pusing satu Kuala Lumpur tau. Kononnyalah. Hihihi


[LRT] - Stesen Kerinchi >>> Stesen Melati    [TEKSI] Zoo Negara    [LRT] Stesen Melati >>> Stesen KLCC >>> Stesen Kampung Baru    [JLN KAKI] HR Steak House    [LRT] Stesen Kampung Baru >>> Stesen Universiti    [TEKSI] IPG KBM    Tiba atas katil...!!!^_^


Jauh perjalanan luas pemandangan tau! Dan duit pun luas terbentang untuk mudah melayang. Kering kontang! Poket kering! Tolong..! *gediks* Sehinggakan perjalanan yang terakhir terasa lutut pun terketar-ketar sebab penat. HAHA!

Tapi yang seronoknya dapat jumpa haiwan-haiwan kesayangan nie. Hohoho. Garang wooo! Pelawat pun ramai yang datang ke Zoo Negara. Al-maklumlah cuti umum lagikan.

Nak tahu bayaran masuk ke Zoo Negara??? KLIK SINI

Kalau nak pergi ke Zoo Negara, lebih baiknya bawa famili. Sebab lagi seronok kalau adik-adik kita yang tengok haiwan-haiwan nie secara real. Dorang mesti excited yang teramat kalau berpeluang tengok. Eyz rasa macam nak bawa famili jer ke Zoo Negara nie. Dah terbayang dah kegembiraan yang terserlah di wajah adik Eyz dan anak-anak buah Eyz. BESTNYA! Hihihi.






Eyz ada terjumpa seekor gajah nie. Comel sangat!!!! Sebabnya gajah nie menari-nari tau tengok ramai orang tengok dia. Comel sangat!!! Hihihi. Sayangnya Eyz tak ambil video gajah nie menari. Tak percaya? Tengok jer gambar nie kita boleh nampak gajah nie happy. Dari senyumannya. Mesti gajah nie ada namakan. Ehhee. Mana tahu namanya INI




 



Dah penat jalan di Zoo Negara, kami mulakan perjalanan untuk ke KLCC pulak. Sebabnya? Nak cari McD! Hahaha. Akhirnya perut terisi jugak di KLCC. Keke. Kami rancang nak tengok air pancut berirama tapi tak kesampaian sebabnya masa dah lewat. Jalan-jalan cuci mata jerlaa. Bermacam-macam ragam yang Eyz tengok. Hohoho.


Seterusnya, dah pening-pening tengok KLCC yang banjir dek manusia yang datangnya mungkin dari seantero dunia, kami teruskan perjalanan lagi ke HR Steak House di Kampung Baru. Menjamah chicken chop yang sedap sangat! Hihi.

Boleh tengok sini    HR STEAK HOUSE



http://2.bp.blogspot.com/-K0Qo866Ht5c/T1Byl9LTp4I/AAAAAAAAACA/IEEJ3JkND48/s1600/IMG_4626.JPG

Abaikan tajuk entri nie sebabnya memang tak ada haiwan dari Zoo Negara yang terlepas. Eyz tak tahu nak buat tajuk apa. Hihihi. Maaf dipohon buat semua pembaca. Ehhee. Btw, di sini Eyz jugak nak berkongsi aktiviti kami semasa cuti seminggu nie.

Kalaulah Eyz boleh balik Sarawak cuti seminggu nie memang Eyz yang paling bahagia sebabnya boleh jumpa  famili yang Eyz rindui sangat sekarang nie. Tapi syukur alhamdulillah sebab dalam seminggu nie Eyz dapat berjalan sana sini keliling Kuala Lumpur walaupun bukanlah pusing satu Kuala Lumpur pun. Hoho.

Kisah baharu SINI

:: Bisikan Syahdu ::
"Memang sedih hidup merantau jauh dari famili tercinta nie. Tetapi demi pelajaran kita perlu juga merantau. Bak kata pepatah, jauh perjalanan luas pemandangan."

6 comments:

Nana Liena said...

tertipu.. ahaha.. lama tak singgah zoo..ahaha..lain kali nk gerak habaq mai kat cik noo.. :P

MisEyz BLurz said...

@Nana Liena hihihi..in shaa Allah..blehla ambil gambar byk2 sama2kan..ehhee^_^

Lyeen De Syifa said...

hebat kak...punya penat tu round zoo boleh lagi pi klcc...haha..hebatlah..

Cikgu Q-RatU aiNi said...

wah.. siap bagi tunjuk jalan lagii.. bestnyaa!

MisEyz BLurz said...

@Lyeen De Syifa sekali sekala lyeen..persediaan utk hari sukan..mana tau kan..keke

MisEyz BLurz said...

@Cikgu Q-RatU aiNi Semestinyaa...utk kemudahan semua..keke