Sunday, February 10, 2013

Beraya sakan di China

Assalamualaikum dan salam CNY semua!

Dah berabis Eyz join sana sini segmen, contest dan GA. Sekarang masa untuk Eyz mencoretkan kisah semalam yang beraya di China. Seronok sangat walaupun terasa letih sebab jalan sana sini tengok orang yang bermacam ragam. Ada besar, ada kecik, tinggi, pendek, dan blablabla.... Eyz salah sorang daripada yang kecik plus pendek. HAHA! *terpaksa mengaku*


   

 Terus terang Eyz katakan, Eyz memang tak pandai bergambar. Haha! Tengok jer pun dah boleh agak. Betul tak? Erkz! *malu* Kaku sungguhkan. Ehhee. Btw, jangan tengok Eyz, tengok background gambar. Ahakz. Cantikkan. Nampak macam original jer bunga-bunga nie. Hakikatnya PALSU! Hohoho.

Sebenarnya Eyz berada di MidValley jer nie. Hihihihi. Saja nak cakap macam beraya Chinese New Year di China. Keke. Eyz sempat lagi tengok persembahan akrobatik singa tau. Memang mantaplah! Panjat atas palang besi. Pusing sana sini singa tu. FUH! Berdiri bulu roma Eyz tengok. Entah macam manalah dorang yakin betul buat sampaikan sekalipun tak jatuh. Huhu.








Cantikkan sekitar kawasan nie. Kalau korang tengok sendiri lagi syok. Memang dah macam di negara China dah. *macamlah dah pernah pergi China* Hohoho. Bayangan jer lebih. Hihi.

Lapar jer perut, kami pergi ke Carrefour pulak. Mencuba makanan baharu di Carrefour. Percaya atau tidak dalam Carrefour MidValley ada CHICKEN CHOP!!! Murah dan amat mengenyangkan sebab inilah kali pertama Eyz makan chicken chop yang betul-betul sebesar satu pinggan. Hoho!
Nak lebih percuma INI





Memang betul-betul murah. Crispy Chicken Chop yang Eyz makan sekadar RM9.90 sahaja. Murahkan. Ayam pun besar sampai tak larat nak habiskan. Nak cuba bolehlah datang ke Carrefour MidValley. Tak jauh dari bahagian buah-buahan dan sayur-sayuran. Macam promoter pulak dah. Hihihi.


   


:: Bisikan Syahdu ::
"Untuk yang menyambut Tahun Baharu Cina tu Eyz nak ucapkan Happy Chinese New Year terutamanya Mr Cepet. Hihi. Angpao Eyz mana Mr Cepet??? Keke. Have a nice day.*imy*ily*"

6 comments:

fardiyah said...

Macam best:D hehe..ingat dekat negara china td..

Nurfaezah Abdullah said...

carrefour tu restoran western ke? :)

MisEyz BLurz said...

@fardiyah di KL jer pun dah boleh mcm ala-ala di China kan..hihi

MisEyz BLurz said...

@Nurfaezah Abdullah Eys, bukan restoran western..cuma tempat utk membeli-belah barangan yg bmcm2..misalnya,brgan dapur,makanan,brgan elektronik,mcm2 ada..cuma tempat makan2 nie baru dibuat..hehe..

Pinkbubblegumprincess said...

nice photo.. :)

MisEyz BLurz said...

@Pinkbubblegumprincess Tkasih^_^