Saturday, January 19, 2013

Suka suki sana sini

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!

Mesti ramai yang dah dilamun mimpi-mimpi laila sekarang. Hihi. Siapa yang masih bercekang mata buat kerja dan belajar tu buat dan belajarlah elok-elok okay! Ehhee. Eyz rindu pulak nak taip-taip entri nie. Asal nak taip jer konfem ada jak yang tak menjadi yang buat tak post. Aduhai. JUST LISTEN! Wah. Nak ikut juga. Hohoho.

Semalam Eyz dan rakan-rakan dah mula risau dah. Alarh! Kelas sampai ke petang! Tak suka tak suka!!! Ehhee. Tapi dah hakikat jadi pelajar nak buat macam manakan. Belajar tambah ilmu. Positif! Positif! Hihihi. 

Tapi akhirnya terima mesej,"Kelas petang dibatalkan!" 

Yippi! Sukanya. Bersorak gitu wooo! Hihihi. Dan tiba-tiba pula roomate sejati ajak makan McD. Erkz! Biar betul roomate Eyz nie. Ahakz. "Okay!" Akhirnya dengan baju kurung biru yang sepasang kami pun pergilah cuci mata di Mid Valley pusat membeli-belah utama bagi pelajar IPG Kampus BM. Kekeke. Al-maklumlah sepelaung jer dekatnya. Kentut kat sini dengar di Mid Valley. Hohoho. Misalan. Ehhee.


Jalan punya jalan nak makan McD sekali tengok fuhhhh....penuh wooo!!! Eyz terus tengok muka roomate.

"Amacam roomate???"

"Apa kata kita makan pizza???"

"Kau biar betul nie roomate!!! Aku okay jer. Hihihi."

Akhirnya niat terganggu oleh penangan Pizza Hut. Ahakz. Selesai jer makan kami pergi ke Watson. Saja nak cuci mata tengok barang dan tak sah kalau tak beli barang! Parah jadi perempuan nie! Ahakz. Pilih punya pilih kami beli masker. Ada offer taw. Kalau beli lebih RM20 dapat beli masker yang setengah harga! Pakat ramai-ramai beli masker. Haha. Semua jadi mumia muka malam-malam. Eyh! Laki-laki pun sekarang ada yang pakai masker tau! Jangan fikir perempuan jer yang guna masker. Betul tak? Banyak jenis lagi tu masker. Satu rak bertingkat yang panjang tu semua jenis masker ada. Comel-comel jer muka depannya. Keke.


Sebahagian jer nie. Ada lagi bahagian kiri. Banyak!!!! Tak terkira banyak jenisnya. Hohoho. Akhirnya Eyz pilih masker yang dua bawah nie. Entahla jenama apa. Bahasa cina tak faham. Keke. Mr Cepet!!! TRANSLATE PLEASE! Wo pu mimpai! Hihihi.
 

Lepas tu kami pergi ke Carrefour pulak. Beli barangan keperluan dan kehendak sekali. Keringlah poket lepas nie. Elaun pun tak masuk-masuk lagi nie. Aduhai. Masuk jer Carrefour terus terasa bahana Gong Xi Fa Chai. Hihihi. Kebanyakan merah-merah semua. Tambahan pula dengan lagu-lagu cina. Terbayang semua singa-singa, naga dalam kepala. Kekeke.


Akhirnya kami balik dengan tangan kosong tapi troli penuh. Hihihi.
 

:: Bisikan Syahdu ::
"Sekarang nie musim promosi untuk Tahun Baharu Cina. SOoo.. Berpada-padalah yer kalau membeli tu. Jangan terlalu mengikutkan nafsu membeli itu ini. Belilah apa yang diperlukan dahulu dan kalau ada duit lebih bolehlah beli barangan yang disukai tu. Buat peringatan dekat diri sendiri juga. Ehhee. Berjimat cermat amalan mulia. Selamat pagi! Senyum selalu!"


2 comments:

Ameerul Ashraf said...

"Balik dengan tangn kosong. tapi troli penuh"
HAHAHA! suka statement tu!

MisEyz BLurz said...

@Ameerul Ashraf hakikatnya itulah..hihi