Saturday, January 5, 2013

Singkat tapi melambak dah

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu!

Hari nie Eyz terluang untuk blogwalking balik. Suka... Suka..! Al-maklumlah dah mula kuliah niekan. Pejam celik pejam celik dah tiga hari di KL. Hhmm... Rindunya kat orang Bintangor. Ehhee. Mesti anak-anak buah Eyz kat sana,....

"Mak... Mak Su mana mak???"

"Mak Su dah balik KL. Belajar."

Uwaa...! Sedihnya. Baru tiga hari di KL dah mula nak homesick dah. Aduhai. Tapikan dalam dua hari mula kuliah, tugasan dah pun mula melambak dah! Uwaa...! Musim tekanan bakal kunjung tiba dan sememangnya tiba dah nie. Hohoho. 

Tapi... subjek untuk semester nie macam menarik jer. Kami belajar Anatomi dan Fisiologi, Hubungan Etnik, Kritikan Sastera, Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku, P&P BM Berbantukan Komputer, dan Pemulihan dan Pengayaan BM Sekolah Rendah. Buat masa nie, yang Eyz tertarik ialah subjek Anatomi dan Fisiologi. Memang akan banyak yang perlu dihafal. Tulang tu tulang nie otot tu otot nie saluran sana sini. Macam nak jadi doktor pulak! Ahakz. Pertama kali lukis sistem rangka inilah jadinya. HAHA! Takpe. Dapat inspirasi INI.


Rindulah nak cuti. Hihi. Asyik nak cuti jer kerja. Ehhee. Cuti Chinese New Year dan cuti pertengahan semester dah tahu dah. Yey! Banyaknya cuti. I LIKED! Ehhee. Tapi... Tiket penerbangan nak balik untuk Chinese New Year mahalnya. RM2000++ ulang-alik. Baik pergi oversea jer. Lebih murah tiket penerbangannya. Hmmm... Pelik betul. Dalam negara mahal, luar negara murah pulak. Huhuhu. Alamatnya menghabiskan duit di KL jela cuti nanti.

Nak balik Chinese New Year. Boleh kutip angpow. Lai...Lai...Lai..! Hihihi.
Mr Cepet nak angpow!!!! Kekeke.

No comments: