Thursday, January 24, 2013

Rasulullah Pemimpin Terulung

Assalamualaikum dan salam Maulidur Rasul semua!

Bersempena hari ini merupakan hari kebesaran Nabi Muhammad SAW, Eyz nak ucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul buat semua umat Islam yang ada di dunia nie. Ada sesiapa tak yang ikut perarakan sempena Maulidur Rasul nie? 

Eyz ingat lagi masa zaman sekolah. Tibanya Hari Kebesaran Rasulullah SAW nie, ramai yang dah sibuk menyiapkan sepanduk masing-masing untuk dibawa berarak. Siapkan pakaian untuk seragam dalam perarakan. Beramai-ramai selawat ke atas nabi. Subhanallah! Indahnya...


 




 Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) merupakan hari yang bersejarah bagi keputeraan Nabi Muhammad SAW. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal iaitu sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada hari Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi yang terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT. Kini, tapak kelahiran baginda pula mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari tersebut, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad SAW dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah SWT kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad SAW kerana apabila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah SWT terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud Nabi bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya. Subhanallah! Allahuakbar!



http://2.bp.blogspot.com/-MlkJK6bWmYw/TyyPYFjUITI/AAAAAAAAEQg/8qHKydZPhL0/s1600/imej3.jpg


Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga."
(Hadis Riwayat Al-Sajary daripada Anas)

:: Bisikan Syahdu ::
"Berselawatlah ke atas Nabi Muhammad SAW. Ingat! Rasulullah sanggup berkorban untuk memperjuangkan syiar Islam. Allahuakbar!"

3 comments:

evangelistaNiL said...

hee salam cumel belog yaa . jeles ni , kalau rajin join la segmen nil mana tahu dpt topup free dr blogger femes tu , dan nil boleh jenjalan belog cumel ni selaluu . !
http://www.nilfieyna.my/2013/01/segcon-top-komentar-blogwalking-setia.html

Kuazue Mohd said...

as salam ..

datang bertandang... by the way nak menjemput.. jom folow my GA..
http://kuazue.blogspot.com/2013/01/kome-nak-tak-my-2013-1-give-away.html

hazwan hairy said...

salam maulidur rasul ;-)