Saturday, January 12, 2013

Perasankah tidak terpulang

Assalamualaikum dan selamat awal pagi!

Ada sesiapa lagi yang belum tidur jam-jam macam nie? Haa... Kali nie Eyz nak ceritakan tentang kasih seorang ayah. Korang mesti sayang kat ayah korang kan. Tak kiralah ayah ke mak ke. Tapi, di awal pagi nie Eyz nak set-kan entri tentang seorang ayah. Sebabnya Eyz teringat kat ayah Eyz yang jauh di Sarawak sana. Mak pun Eyz rindui jugak. Semuanya Eyz rindu. INI

Korang perasan tak? Seorang ayah nie sukar sangat untuk menonjolkan kasih sayang dorang untuk anak-anak. Masa kecik-kecik memang ayahlah yang seorang yang teramat tegas. Buat salah tu rotan. Buat salah nie jer rotan dan rotan. Ada yang sampai kena marah dan tak disuruh untuk keluar bermain. Tapi kita? Kadang-kadang kita lawan balik, menjawab pulak tu masa ayah marah. Aduhai. Di usia yang semakin meningkat, barulah sedar bahawa ayah marahkan kita bersebab. Bukan sengaja untuk marahkan anak-anaknya.

Anak-anak yang dah besar, korang perasan tak yang ayah kita selalu berdiam diri kalau kita buat salah? Kadang-kadang tu tegurlah jugak tapi taklah seperti masa kanak-kanak dulu lagi. Sebabnya kita dah dewasa. Kita dah boleh berfikir secara waras. Dan perasan tak yang seorang ayah takkan menunjukkan kasih sayangnya pada anak-anak secara terbuka. Seorang ayah takkan katakan yang dia rindukan anak-anaknya. Seorang ayah takkan pernah menyatakan bahawa dia sayangkan anak-anaknya. Tetapi... Jika kita sakit, ayahlah yang pertama akan jumpa kita dan tanya,

"Adik okay? Mari ayah hantarkan ke klinik."

"Dah makan ubat???"

Teringat pulak Eyz masa Eyz nak menduduki peperiksaan SPM dan STPM dahulu. Setiap kali peperiksaan nie, ayah ketuk bilik.

tok tok
"Zah... Tok aek milo bapak polah. Panas gikya. Belajar bagus-bagus!"
(translate)
"Zahh... Nie air milo yang ayah buat. Panas lagi tu. Belajar elok-elok!"


Rindunya kat famili di Sarawak.
Lepas tengok video INI terus perasaan rindu tu menyelubungi hati nie. Ehhee.
Asal tengok video nie jer konfem mengalirkan air mata. Beberapa kali tengok pun masih jugak rasa pilu di hati. Ini menunjukkan betapa kuatnya impak iklan nie kepada penonton.




Sesiapa yang masih ada ibu dan ayah tu, jangan lepaskan peluang untuk sayang dan jaga dorang elok-elok. Dan sesiapa yang telah tiada ibu atau ayah atau kedua-duanya, sedekahkanlah al-fatihah dan doa yang terbaik untuk mereka di sana. Jangan sia-siakan masa yang kita ada.

11 comments:

isam ismail said...

betul fakta ni,,di usia kecil ayahla yg membangunkn kita,,

ina said...

betul2..dlm mata kasar ayh mmg xkn tunjukkn kasih syg dia..tp kita boleh tau cara dia mengambil berat tntg kita..eyz ina teringin la nk belajar bhasa sarawak :)

MisEyz BLurz said...

@isam ismail ya..ya..Eyz sokong!^_^

MisEyz BLurz said...

@ina betul..betul..nak belajar bahasa swk?boleh jer..ehhee^_^

Leeza dayasari [santai leeza] said...

ayah, memang sukar tonjolkan kasih sayang.... moga kasih ant leeza n papa kekal sepanjang hayat......

** dah dapat bording pass??????

Leeza dayasari [santai leeza] said...

senang2... komen kat entri ni...
giveaway dinilai berdasarkan komen ....

MisEyz BLurz said...

@Leeza dayasari [santai leeza] Tu larh kak Leeza..ehhee..blom dapat lagi kak..

sa mic said...

sesungguhnya kasih seorang ayah tidak ternilai cuma mereka tak tunjukkan aje ;)

MisEyz BLurz said...

@sa mic betul..walaupun kita sering kata kita rindu kat ibu @ mak dan ayah?hati kita pun rindu kat ayah=')

Mar Haini Abdul Rahim said...

rindu arwah ayah T_T

*setuju sgt, ayah kurang pamerkan die syg, tapi dr tingkahnya mmg jelas, ayah SGT sygkan anak-anak.. ayah, rinduuuu T_T

MisEyz BLurz said...

@Mar Haini Abdul Rahim Sabar erk..perbanyakkan sedekah al-fatihah buat ayah Mar..Eyz doakan arwah ayah Mar ditempatkan di tempat orang2 yg soleh..amin..