Sunday, January 20, 2013

Panas yang tak seberapa panas tapi memang panas

Assalamualaikum dan selamat pagi!

Sunyinya dah waktu macam nie. Ahakz. Mana tak sunyinya. Orang lain tidur kita berjaga, orang lain berjaga kita tidur. Aduhai. Macam mana tu. Hohoho. Kali nie Eyz nak buat entri pasal aktiviti Eyz sepanjang pagi semalam. Semalamlahkan.... Hari nie dah hari yang baharu. Hoho.

Bangun jer pagi-pagi sempat lagi fikir nak pergi ke tak, nak pergi ke tak. Mana taknya tengok roomate lenanya di seberang. Ehhee. Alarh... Ikut jerlah untuk tambahkan pengalaman dan pemandangan. Positif! Positif! Positif! Positif macam YUNA. Hihihihi.


Jom ke Majlis Pelancaran Sahabat di Taman Rimba Bukit Kerinchi!!!! Siapa yang tak dapat ikut pelancaran tu bolehlah pergi berekreasi di Taman Rimba Bukit Kerinchi nie. Cantik tau. Segar dan indah. Ada kolam kecil untuk kanak-kanak mandi. Orang dewasa? Tak perlulah. Tak muat. Hihi. Tapi airnya sejuk sangat. Kami sempat main air yang mengalir tu jer. Kasihankan. Hohohoho. Siapa yang ikut pelancaran tu boleh dapat baju Sahabat free dan topup RM10 untuk Maxis secara free serta cabutan bertuah. Menarikkan. Tapi yang sedihnya kami tak sempat nak dapat t-shirtnya. Huhu.



Bermacam-macam aktiviti yang diadakan semasa majlis nie. Paintball, futsal, orientaring, melukis, grafitti dan permainan tradisional pun ada tau. Misalnya, main congkak, batu seremban dan sepak raga. Kami ingat nak join paintball. Saja nak cuba aktiviti yang baharu. Sampai-sampai jer di kawasan paintball tu, tengok semua lelaki pesertanya. Owh, tidak!!! Cancel terus! Hahaha. Dahlah pertama kali nak main. Pegang gun tu pun tak tahu macam mana. Hahaha. Buat-buat jer muka tak malu tarik diri. HAHA!

Akhirnya tak join apa-apa. Sedihlah juga tapi seronoklah sebab dapat tengok pemandangan yang penuh dengan kehijauan *statement meredakan hati Hihihi. Posing sana posing sini. Macam-macam gaya nerd yang kami buat. Haha.



 
  


Yang seronoknya, Eyz dapat tengok persembahan secara live daripada band The Siblings, Haziq AF4, Abby, Haidar dan ramai lagi. Yang paling menambat hati Eyz Haziq dan band The Sibling. Owh, tidak! Sukar nak melelapkan mata sebab asyik terbayang-bayang. Haha. Fanatik sungguh.






Akhirnya sempat jugak ambil gambar bersama Haziq. Hihihi. Suara Haziq memang power! Mendayu-dayu betul...!!! Ehhee.

:: Bisikan Syahdu ::
"Seronoknya sebab dapat join aktiviti luar macam nie. Lain kali Eyz nak join lagi lah. Hihi. Aktiviti luar macam nie membolehkan kita meningkatkan pengalaman dan kenangan untuk di kemudian hari. Bukan mudah nak timba pengalaman luar tu. Yang penting! Bijak memilih aktiviti. Selamat pagi dan bye!"


No comments: