Monday, January 28, 2013

Mini tanah runtuh di kawasan lembah pantai

Assalamualaikum dan selamat malam semua!

Apa khabar semua? Sihat? Esok dah mula kuliah balik dah selepas 3 hari cuti dengan riang rianya. Hihihi. Boleh bagi cuti lagi ke? Keke. Terasa macam nak cuti lagi walaupun bosan masa cuti. Hihi. Al-maklumlah kalau cuti boleh buat macam-macam. Update blog sepuas-puas hati...! FUH! Hoho.

Hari nie bagi Eyz banyak perkara yang berlaku. Pertama sekali masa Eyz dan kawan-kawan balik dari Masjid Jamek. Masuk jer dalam LRT, pintu LRT tu agak-agak ada 5,6 kali buka tutup buka tutup. Lepas tu dengar lagi bunyi macam something kat bawah LRT tu. Aduhai. Eyz dah macam-macam terbayang dalam fikiran. FINAL DESTINATION! OH, NO! Minta dijauhkan. Huhu.


Dalam jam 6.10 petang, tiba-tiba ada pengumuman untuk alihkan kereta sebab berlakunya tanah runtuh. Erk! Tanah runtuh???? Biar betul. Dalam masa setengah jam sebelum tu tak nampak pulak kesan nak berlakunya tanah runtuh. Kuasa Allah SWT, dengan sekelip mata jer boleh berlaku. Eyz dengan roomate terus ke luar beranda bilik untuk tengok. Ops! Sememangnya berlaku tanah runtuh! Macam dalam mimpilah pulak tengok kejadian tanah runtuh depan mata. Huhu.
(kejadian di IPG Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai, KL)
(28 Januari 2013, Isnin)

"Ya Allah, lindungilah kami dari apa jua bencana!"
AMIN

(Foto dari rakan FB - tambahan)


http://1.bp.blogspot.com/-grslnOZL2KY/UQZ3HCQq48I/AAAAAAAAAb0/fwtb12AC9dk/s1600/555219_383599401735180_30613400_n.jpg
(Foto dari rakan FB - tambahan)






:: Bisikan Syahdu ::
"Hanya sekelip mata sahaja berlaku tanah runtuh. Sememangnya tanpa diduga. Allahuakbar! Semoga keselamatan warga IPG Kampus Bahasa Melayu dan yang tinggal berdekatan selamat. Amin."