Sunday, January 6, 2013

Menangis tak berlagu

Assalamualaikum dan selamat awal pagi semua!

Hari nie hari yang gembira bagi Eyz. Dan juga hari paling paling sedih Eyz rasa. Huhuhu. Perasaan gembira yang hanya sebentar menyinggah terus lenyap macam tu jer. Hhmmm....

Petang tadi Eyz pergi ke Digital Mall nak tambah RAM untuk laptop Eyz. Syoknya dari 2gb RAM jadi 6gb dah. Suka..! Suka..! Suka! Hihi. Lajulah laptop Eyz sekarang nie! Ehhee. Nak tahu harganya? Harganya berpandukan jenis laptop korang. Tapi, yang pastinya untuk laptop yang baharu, penambahan RAM lebih murah jika dibandingkan dengan jenis laptop yang lama.

"Kenapa tambah RAM bagi laptop baharu lebih murah daripada laptop lama?"

"Saya pun tak tahu."

Hohoho. Itulah jawapan yang Eyz dapat dari pekerja kedai tu. Huhuhu. Untuk laptop macam Eyz iaitu jenis Laptop ASUS U32U.



Tambah 2gb = RM40
Tambah 4gb = RM75
Tambah 8gb = RM100++

Tapi untuk Laptop ACER ASPIRE 4935.



Tambah 2GB = RM90
Tambah 4gb/ 8gb = RM100++

Jauhkan beza harganya. Huhu. Eyz pilih untuk tambahkan 4gb. SOoo... RAM laptop Eyz sekarang dah 6gb. Syoknya..... Bolehlah buat macam-macam dengan sepantas kilat nie kan. Haha. Kononnyalah. Ehhee.

Tapi... yang dukacitanya, masa pergi kedai komputer yang besar kat atas sekali Digital Mall tu, datanglah sorang Pak Guard nie. Dengan nada seriusnya minta Eyz dan kawan Eyz letakkan beg kat dalam simpanan sebelum masuk ke kedai komputer tu. Entahlah... Eyz tengok Pak Guard nie macam takde perasaan jer. Tiba-tiba... tanpa diduga dia ambil beg Eyz yang Eyz hulurkan TERLEPAS dari pegangan Pak Guard tu... ERK!!!!! EYZ TERGAMAM!!! Ya Allah! Laptop aku!!!!! Dengan muka yang selamba Pak Guard tu langsung tak ucap secebis kemaafan pun kat Eyz. Eyz berserah jer. Balik dari dalam kedai tu barulah Eyz tengok keadaan laptop Eyz tu. Bukannya taknak tengok masa lepas jatuh tu tapi Eyz memang blank terus dan tak tahu nak cakap apa, tak tahu nak buat apa. Rasa nak mengamuk pun ada jugak tapi tak terdaya.

Eyz buka beg laptop dengan tangan yang terketar-ketar. ARGHHHH...! LAPTOP AKU MEREKAH!!!!! Merekah dekat pemegang skrin tu. Pak Guard tu selamba jer. Ya ampun.... Aku memang tak pandai nak marah-marah. Memang stres giler Eyz masa tu. Mood pun terus merundum! Betapa sayangnya Eyz kat laptop Eyz nie. Eyz jaga betul-betul tau tapi orang lain pulak yang buat laptop Eyz cacat. Huhu. Eyz hanya mampu bersabar dan berdoa jer agar laptop Eyz takde papa. Eyz terus ajak kawan Eyz pergi ke tempat baiki laptop sebab nak tanya kondisi laptop tu.


Memanglah tak seteruk apa yang dijangka tapi kondisi dalaman kita tak dapat nak menjangka. Tak teruk??? Teruk bagi Eyz. Hhmmm... Doakan laptop Eyz okay jer lepas nie. Huhuhu.

Tuan punya kedai yang baiki komputer tu cakap,
"Adik jangan sedih-sedih dulu. Tak apa-apa juga laptop nie buat masa nie. Ramai pelanggan punya laptop macam ni jadi macam nie."

Macam-macam soalan yang Eyz ajukan. Pekedai Cina tu macam nak redakan hati Eyz jer. Asyik-asyik cakap jangan sedih-sedih. Siapa yang tak sedih! Laptop tak sampai setahun pun Eyz pakai. Uwaaa...! Sabar jelaa dekat Pak Guard tu. Hhmmmm....


Eyz dapat rasakan yang Eyz seperti menangis tak berlagu lepas kejadian tu. Hmm.. Sedihnyaaa... My lovely lappy cacat dah. Maaf ayah sebab cacatkan laptop yang ayah bagi nie. Hmm..


8 comments:

ina said...

kesiannya eyz..klu ina dh lama dh mengamuk kt pak guard tu..mmg nk kena la pak guard tu..

MisEyz BLurz said...

@ina tu larh..xpandai nak mengamuk..ckp jer mcm pandai..hoho

Cikgu Q-RatU aiNi said...

ini mesti kedai tingkat atas sekali kan?

MisEyz BLurz said...

@Cikgu Q-RatU aiNi Yaa...sedihnyaaa...

Leeza dayasari [santai leeza] said...

pak guard tu sedap jer nak amek... mcm lah eyz tak reti nk letak sendiri.... aduhai..... kalau leeza seriusly dh marah.. sbb dlm beg ada lap top bukan roti....

Cikgu Q-RatU aiNi said...

@MisEyz BLurz Sabar ya.. aku pun takut masuk kedai tu. Lain-lain jak layanan dorang. Kalau 2 3 orang tak apa, ini mau satu kedai tu. Harap-harap laptop kekal sihat sampai habis study ni. :)

MisEyz BLurz said...

@Leeza dayasari [santai leeza] Entahlah kak..mungkin pekerja baharu kot..mungkin dah nasib yang dah ttulis kot semalam tu...hoho

MisEyz BLurz said...

@Cikgu Q-RatU aiNi Tu larh..lepas nie taknak dah pergi kedai tu..tkasih cikgu Aini=')