Wednesday, January 23, 2013

Kepala berpusing hati runsing

Assalamualaikum dan selamat pagi semua!

Seronoknya kuliah tanpa kehadiran pensyarah nie. Hihihi. Tapi... kuliah pertama tadi FUH! Memang amat membuatkan mata Eyz nyaris-nyaris tertutup lena. Hoho. Disebabkan terlalu seronok mendengar ulasan pensyarah tentang teori sastera itu ini, kepala Eyz pun sampai terikut-ikut berteori sastera dalam lena. HAHA!

Semalam Eyz dah bersemangat buat persediaan untuk pembentangan tentang Teori Kritikan Sastera: Teori Pascamodenisme. Sampai tak tidur malam. Awal pagi baru tidur. Hohoho. Gara-gara nak faham intipati Teori Pascamodenisme nie Eyz sanggup bersekang mata.
*terpaksa merajinkan diri untuk markah!
Hihihi. Tapi tak menjadi pulak pembentangan untuk kumpulan Eyz. YES!!! I LIKED! HAHA! *ketawa jahat






Lihatlah point yang Eyz tandakan tu. Warna-warni gitu! Keke. Point jer lebih. Note sana note sini tapi tak faham-faham jugak. Macam manalah nak faham semua nie yer. Baru satu teori kritikan sastera. Belum lagi yang lain-lain. Aduhai! Parah! Parah! Eyz taknak jadi macam INI. SO SCARY!


:: Bisikan Syahdu ::
Belajarlah bersungguh-sungguh sementara peluang masih ada. Cuba sedaya-upaya dan sehabis baik. Bersekang mata sekalipun yang penting segalanya berada di genggaman dan di minda. Ilmu sememangnya boleh difahami tetapi untuk mengekalkan ilmu dalam diri adalah payah. Oleh itu, belajarlah sehabis baik untuk mencapai apa yang kita impikan. Betul tak? Ehhee. Bye.


7 comments:

eVa said...

wowww!! terer ktk. kmk paling x suka sastera kot.. huhuhu sbb kmk xsuka bpikir gilak alu migrain ekkeke

Hatiku Di Harajuku said...

haha..dalam ruang separuh sedar sdh ka tdi zah..

Hatiku Di Harajuku said...

haha..di ruang separuh sedar sdh ka tdi zah...

MisEyz BLurz said...

@eVa tere apanya ya..hampeh jakya..haha..susahnya nak faham..bmggu2 nak faham xfaham2..hoho

MisEyz BLurz said...

@Hatiku Di Harajuku itulah wan..hihi

hazwan hairy said...

haha sabar ok... ;-)

MisEyz BLurz said...

@hazwan hairy sememangnya bersabar..hihi..tkasih^_^