Thursday, January 31, 2013

Segmen : Lagu Favourite saya by Leeyana Amzar

Assalamualaikum dan selamat petang semua!

Petang nie, Eyz nak join satu lagi segmen iaitu Segmen : Lagu Favourite saya by Leeyana Amzar. Korang baca jer tajuk segmen nie dah boleh menarik perhatian pembaca. Nak tahu kenapa? Kita nak tahu lagu apa yang menjadi kegemaran seseorang blogger tu. Boleh jugak kita berkongsi minat melalui lagu tu. Betul tak? Haaa.... Ehhee.

Jomlah kita join ramai-ramai okay?
KLIK BANNER KAT BAWAH




 Nak tahu lagu apa yang Eyz minat sekarang nie??? Eyz minat lagu....

Tajuk Lagu: Acha Acha Nehi Nehi
Band: Dadido Band






:: Sebab Eyz minat lagu Acha Acha Nehi Nehi ::
 - Muziknya unik dan menarik -
- versi dangdut dan hindustani -
- penyanyinya comel. hihihi



  
:: Bisikan Syahdu ::
"Dah kedua kali Eyz join segmen mengenai lagu. Tapi nie lagu terbaharu yang Eyz minat. Hihi. Jom kongsi lagu! Manalah tahu ada lagu yang menarik yang Eyz tak tahu kan. Selamat bersegmen!"

 

Boarding pass dari blogger Santai Leeza

Assalamualaikum dan selamat di awal pagi!

Semalam Eyz tak sempat nak post entri sebab sibuk dan letih sangat. Parah jugak Eyz semester nie. Tugasan melambak, aktiviti pun padat. Aduhai. Hohoho. Entah macam manalah pulak semester depan. Nak kena buat satu novel dan turut merangkumi beberapa sajak dan cerpen. Aduh. Lagi parah.

Hari nie Eyz rasa gembira sangat sebabnya Eyz dah dapat boarding pass dari blogger tip top Santai Leeza. Wah! Lepas nie Eyz bolehlah pergi dan balik dari http://www.santaileeza.com/  <---->  http://miseyz.blogspot.com/ seperti yang tertera pada boading pass Santai Leeza Airlines. Hihihi. Terima kasih kak Leeza! Ehhee.

Eyz suka sangat dengan boading pass Santai Leeza dot com nie. Hihi. Comel sangat tau...!!!! Tak percaya? Korang boleh scroll down. Comel kan? Kreatif betul kak Leeza. Eyz akan simpan baik-baik boading pass nie. First class lagi tu tau tempat Eyz. Sayang kalau tak simpan elok-elok. Ehhee. Terima kasih erk kak Leeza.



**Maaf, gambar kurang kualiti.**

Macam mana Eyz boleh dapat??? Eyz sertai Segmen 'Blogger Paling Santai 2012: Cenderahati Pertama Santai Leeza'. Disebabkan Eyz buat entri nie special untuk blogger Santai Leeza, Eyz tak nak lepaskan peluang nie untuk selitkan keistimewaan yang menarik yang menyebabkan Eyz selalu jadi *stalker senyap blog kak Leeza yang comel dan manis nie. Hihihi ^_^





- Bekas senior Eyz di IPG KBM (^_^) -
- Header unik dan menarik -
- Ringan jer kalau nak masuk blog kak Leeza -
- Kak Leeza seorang yang peramah, comel dan manis dipandang -
- Kebanyakan entri kak Leeza menarik dan mampu menarik perhatian pembaca -
- Entri tak terlalu berjela-jela (Eyz suka kalau entri yang tak berjela-jela. Hihi) -

JOM TERJAH BLOG SANTAI LEEZA
- KLIK -






:: Bisikan Syahdu ::
"Eyz nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga buat kak Leeza sebab sudi hadiahkan Eyz 'First Class: Santai Leeza dot com BOARDING PASS' nie."

Monday, January 28, 2013

Mini tanah runtuh di kawasan lembah pantai

Assalamualaikum dan selamat malam semua!

Apa khabar semua? Sihat? Esok dah mula kuliah balik dah selepas 3 hari cuti dengan riang rianya. Hihihi. Boleh bagi cuti lagi ke? Keke. Terasa macam nak cuti lagi walaupun bosan masa cuti. Hihi. Al-maklumlah kalau cuti boleh buat macam-macam. Update blog sepuas-puas hati...! FUH! Hoho.

Hari nie bagi Eyz banyak perkara yang berlaku. Pertama sekali masa Eyz dan kawan-kawan balik dari Masjid Jamek. Masuk jer dalam LRT, pintu LRT tu agak-agak ada 5,6 kali buka tutup buka tutup. Lepas tu dengar lagi bunyi macam something kat bawah LRT tu. Aduhai. Eyz dah macam-macam terbayang dalam fikiran. FINAL DESTINATION! OH, NO! Minta dijauhkan. Huhu.


Dalam jam 6.10 petang, tiba-tiba ada pengumuman untuk alihkan kereta sebab berlakunya tanah runtuh. Erk! Tanah runtuh???? Biar betul. Dalam masa setengah jam sebelum tu tak nampak pulak kesan nak berlakunya tanah runtuh. Kuasa Allah SWT, dengan sekelip mata jer boleh berlaku. Eyz dengan roomate terus ke luar beranda bilik untuk tengok. Ops! Sememangnya berlaku tanah runtuh! Macam dalam mimpilah pulak tengok kejadian tanah runtuh depan mata. Huhu.
(kejadian di IPG Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai, KL)
(28 Januari 2013, Isnin)

"Ya Allah, lindungilah kami dari apa jua bencana!"
AMIN

(Foto dari rakan FB - tambahan)


http://1.bp.blogspot.com/-grslnOZL2KY/UQZ3HCQq48I/AAAAAAAAAb0/fwtb12AC9dk/s1600/555219_383599401735180_30613400_n.jpg
(Foto dari rakan FB - tambahan)






:: Bisikan Syahdu ::
"Hanya sekelip mata sahaja berlaku tanah runtuh. Sememangnya tanpa diduga. Allahuakbar! Semoga keselamatan warga IPG Kampus Bahasa Melayu dan yang tinggal berdekatan selamat. Amin."

Bicara Doodle #2

Assalamualaikum dan selamat tidur semua!

Sebelum Eyz nak tidur, Eyz ada satu nak dikongsikan walaupun taklah seberapa hebat. Sekadar perkongsian bersama. Tak salah kan? ^_^




:: Bisikan Syahdu ::
"Allah SWT menurunkan ujian dan dugaan kerana Dia ingin menguji kesabaran dan ketabahan manusia. Allah SWT turunkan nikmat untuk manusia belajar erti kesyukuran dan bukannya belajar untuk riak dan taksub. Ingat!"




Sunday, January 27, 2013

Hadiah Durian Crepe

Assalamualaikum dan selamat malam semua!

Haa... Dah lepas dah join segmen dan giveaway sana sini. Tapi belum tamat tau. Kalau rajin lagi nak join lagi. Hahaha. Gila bayang dengan segmen dan GA pulak dah. Hihi.

Durian crepe??? Siapa yang kat sini minat sangat dengan crepe segala crepe ni? Tinggalkan komen crepe apa yang sedap dan menjadi pujaan korang? Bolehlah Eyz pulak yang cuba rasanya nanti. Ehhee.

Eyz dua tiga hari nie mengidam sangat nak makan durian crepe. Tak tahulah kenapa. Ada sesiapa tak yang nak hadiahkan durian crepe kat Eyz? Plss~ HAHA! Memang muka tak tahu malu langsung. Hohoho. Mr Cepet! Nak crepe durian boleh??? Bolehlaa... Bolehlaa *sambil kenyit mata menggoda
 Hihihi


http://4.bp.blogspot.com/-0gdBrxzvIVw/UJcB8qsRh7I/AAAAAAAAE_U/muvMIcU6ie0/s1600/crepe+lagi.jpg

http://fieza.net/wp-content/uploads/2012/11/1.jpg

 http://4.bp.blogspot.com/-PTXkn2Rf1tg/UKNzLorcv_I/AAAAAAAAE4s/YPhCllEOlfE/s1600/Resepi%2BCrepe%2BDurian.jpg

 http://4.bp.blogspot.com/-P0HGElKggsE/UMrRzXVRtUI/AAAAAAAAC3g/fiR43Hok30k/s1600/durian+crepe+sedap.jpg

 
:: Bisikan Syahdu ::
"Siapa yang dah terliur tu jangan tunggu lama-lama. Beli cepat! Keke. Sabar kau ya durian crepe. Esok aku NGAP kau serakus-rakusnya!!! HAHA!"

Topup Giveaway by FD

Assalamualaikum dan selamat membaca semua!

Klik banner atas untuk join!!!


Disebabkan musim darurat lagi nie sebabnya elaun tak masuk-masuk lagi, apa kata kita ramai-ramai join Topup Giveaway! Manalah tahu tuah berpihak kepada Eyz atau korang ke. Kan? Kan? Hihihi.

Eyz nak tag awak dan awak.


:: Bisikan Syahdu ::
"Wahai Mr Elaun, cepat-cepatlah kau masuk. Tak sabar nak tengok angka plus plus! Hihihi. Selamat ber-GA!"


Segmen Tambah Follower!! ~~KasihLestariAbadi~~

Assalamualaikum dan hai semua!

Sekali lagi Eyz nak jemput korang join Segmen Tambah Follower!! ~~KasihLestariAbadi~~ nie. Nak join? Klik banner kat bawah. Syaratnya simple jer. Selain daripada korang boleh join segmen dan tambahkan follower, korang pun boleh juga menang hadiah.


 


Jumlah follower terkini: 385


Tempoh Segmen:
12.01 pagi 23 Januari 2013 hingga 12.00 malam 9 Februari 2013

Hadiah
Pertama :
Buku Nota (Handmade by Felt Craft Lestari berharga RM20) + Topup RM10
Kedua :
Topup RM10


:: Bisikan Syahdu ::
"Jom join selagi masih mempunyai peluang. Hihihi."

Short Segmen Huda dan Niera

Assalamualaikum dan selamat petang!


Due date: 27 January 2013 (11.30 malam)


:: Bisikan Syahdu ::
"Entri paling pendek! Hihi. Takut tak sempat nak join. Eyz sempat nak join. SOoo.. Korang pun mesti sempat jugak join. Kan? Hihi."




Bicara Doodle #1

Assalamualaikum dan selamat petang semua!

Tanah Kuala Lumpur basah dek hujan lebat kat luar tu. Hihihi. Sejuk....! Sambil online, makan keropok, dengar lagu, buat hobi Eyz yang baharu. Hihi. Doodle oh doodle! Hihihi. Btw, entri kali nie Eyz nak buat quote bersama doodle Eyz. Saja suka suki riang hati..! Ehhee.




:: Bisikan Syahdu ::
"Biar bijak memilih kawan, jangan kawan pulak jadi lawan..."



Bermain dengan doodles

Assalamualaikum dan selamat tidur semua!

Hari nie Eyz seronok sangat sebabnya tak ada kuliah dan tak ada tugasan *bahkan melambak sungguh! Hohoho. Hari nie Eyz isikan masa dengan tengok movie tengok Setia Hujung Nyawa episod 18, 19. Hihihi. Dan yang pentingnya bermain dengan doodles!!! Hihihi. Penting sebab tajuk entri jer. Aiyoo... Taklah cantik taklah unik taklah comel sangat pun doodle yang Eyz buat nie. Sekadar suka-suka jer. Ehhee. Roomate Eyz pun dah ketagih jugak dah buat doodles nie. Sampai tak ingat nak tidur dah. Hihihi. Maaf roomate sebab pengaruhkan kau! Hihihi.




                          

                       








:: Bisikan Syahdu ::
"Bersuka-ria bersama doodles! Hihihi. Belajar dari mula dahulu. Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. Betul tak? Hihihi. Jangan pada doodles jer. Pelajaran pun perlu sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. Kalau boleh jadi gunung terus. Hihi. Bye. Selamat tidur!"

Saturday, January 26, 2013

Segmen Top Up by Blogger Emas Putih

Assalamualaikum dan selamat petang semua!!!

Hari nie terasa bosan pulak. Dah sana sini Eyz blogwalking. Dan sekarang tak tahu nak buat apa dah. Lastly, Eyz teringin pulak nak join segmen blogger Emas Putih nie. Ramai yang dah join. Jeles pulak Eyz sebab Eyz tak join lagi. Walaupun masa sesingkat nie da. Ehhee. SOoo...taknaklah tunggu lama-lama. Eyz nak join Eyz tetap nak join! *mode ganas! Hihi. Gurau jer.



 Klik banner kat atas nie untuk join. Jangan tunggu lama-lama tau! Syaratnya super dupper simple! Jangan risau.



Tarikh Tamat
30 hb Januari 2013 , Rabu Jam 11.59 Malam

Hadiah
Top Up RM5x10 blogger yang bertuah
(Jika melebihi 200 peserta, topup akan bertambah kepada 20 X RM5 Top Up)

:: Bisikan Syahdu ::
"Di samping nak tambahkan nilai topup tu, bolehlah tambahkan follower sekali. Hihi. Menarik bukan! Jangan lepaskan peluang walaupun pada saat terakhir! Salam join!"

Menarik: Sekecil yang tak disangka!

Assalamualaikum dan salam berhujung minggu!

Tak sangka pulak dari satu entri ke satu entri lagi. Hohoho. Memang saat merapu nie memang tak sudah. Exactly macam INI. Betul tak? Hihi. Tapi entri nie Eyz bukan nak merapu sebarang. Eyz nak kongsi gambar comel-comel untuk korang. Eyz tak tipu! Memang comel dan seksi yang mampu membuatkan korang tergamam tak tutup mulut. Hihihihi. Melampau betul perumpamaannya. Hoho.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

 
 



 








:: Bisikan Syahdu ::
"Comel tak? Hihihi. Mesti korang terfikir-fikir macam manalah boleh dibuat direka sekecil-kecil macam tu kan. Hoho."

Mencari ilham yang tak datang

Assalamualaikum dan selamat pagi semua!

Apa khabar semua? Mesti semua dah dilamun mimpi Laila nie kan. Hihihi. Eyz kali nie tak tahu pulak nak buat entri pasal apa tapi nak buat jugak walaupun tak ada idea nak tulis apa. Whatever! Kan? Kan? Hohohoho.

Nak tidur tak mengantuk pulak. Al-maklumlah dah tidur memanjang petang tadi. Kekeke. Sampai Mr Cepet pun tak terlayan. Sorry boss!!! Hihihi. Rindu pulak rasanya. Inilah padahnya berjauhan. Huhu. "Semoga Mr Cepet sihat-sihat selalu tau!!!"

Untuk kali nie jugak, Eyz merantau sana sini di alam blog nie. Hihihi. Jenguk sana jenguk sini. Saja jer nak baca entri dan klik-klik apa yang ada dalam blog. Jadi stalker jap hari ni. Ehhee. Seronok sebenarnya kalau blogwalking nie. Boleh saling mengenali antara blogger lain, berkongsi ilmu, tambah ilmu, tambah link... Macam-macamlah yang boleh dapat dengan blogwalking nie. Syok berabis memang sebab tak tahu nak buat apakan. Hihi.

Tapi memang lagi syok sebabnya cuti hujung minggu tambah satu hari lagi plus plus!!! Hoho. I LIKE IT! Hihi. Bolehlah rehat-rehatkan diri dan minda nie. Nak jejalan tapi elaun masih belum nampak wajah lagi nie. ATM pun tak habis-habis nak rosak jer. Boikot ke jang??? Hohoho. Takpe. Takpe. Kita mesti sabar dalam menunggu. Betul tak? Cuci mata dengan online shopping pun tak salahkan. Semakin blink blink woo mata. Kekeke. Boleh jadi macam INI




:: Bisikan Syahdu ::
"Tak ada cuti merungut, ada cuti bosan pulak, pun merungut. Aduhai. Inilah manusia yang tak pernah ada rasa syukur. Peringatan untuk diri sendiri. Ehhee."

Thursday, January 24, 2013

Rasulullah Pemimpin Terulung

Assalamualaikum dan salam Maulidur Rasul semua!

Bersempena hari ini merupakan hari kebesaran Nabi Muhammad SAW, Eyz nak ucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul buat semua umat Islam yang ada di dunia nie. Ada sesiapa tak yang ikut perarakan sempena Maulidur Rasul nie? 

Eyz ingat lagi masa zaman sekolah. Tibanya Hari Kebesaran Rasulullah SAW nie, ramai yang dah sibuk menyiapkan sepanduk masing-masing untuk dibawa berarak. Siapkan pakaian untuk seragam dalam perarakan. Beramai-ramai selawat ke atas nabi. Subhanallah! Indahnya...


 




 Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) merupakan hari yang bersejarah bagi keputeraan Nabi Muhammad SAW. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal iaitu sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada hari Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi yang terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT. Kini, tapak kelahiran baginda pula mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari tersebut, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad SAW dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah SWT kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad SAW kerana apabila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah SWT terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud Nabi bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya. Subhanallah! Allahuakbar!



http://2.bp.blogspot.com/-MlkJK6bWmYw/TyyPYFjUITI/AAAAAAAAEQg/8qHKydZPhL0/s1600/imej3.jpg


Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga."
(Hadis Riwayat Al-Sajary daripada Anas)

:: Bisikan Syahdu ::
"Berselawatlah ke atas Nabi Muhammad SAW. Ingat! Rasulullah sanggup berkorban untuk memperjuangkan syiar Islam. Allahuakbar!"

Wednesday, January 23, 2013

Setia Hujung Nyawa

Assalamualaikum dan selamat malam semua!

Letihnya rasa hari nie. Sepanjang hari asyik sibuk jer memanjang. Semester nie Eyz rasa macam permulaan untuk menyibukkan diri dalam bermacam-macam tugasan dan aktiviti. FUH! Tapi takpe. Nak buat macam manakan, lumrah sebagai seorang pelajar. Takkanlah asyik nak goyang kaki jerkan. Betul tak? Huhu *tenang hati tenang minda

Minggu lepas, Eyz asyik dengar cerita dari kawan tentang drama bersiri Setia Hujung Nyawa.



"Best-lah kisah episod Setia Hujung Nyawa semalam...!"

"Sweetnya Zain dengan El...!"

"Zain makin hari makin hot-lah..makin hensem-lah!!!"


Aduhai! Cerita apa yang korang tengok sampai syok berabis nie. Ramai kawan-kawan Eyz cakap best sangat drama tu. Feedback yang dorang beri semuanya positif dan *blink blink macam INI. SOoo... Eyz tak puas hati!!! Lebih-lebih lagi Mr Cepet pun tengok!!! INI MAKIN TIDAK ADIL!!! Eyz kena tengok jugak! Tak kira! Hohoho. 

Bermulalah episod satu, dua, tiga dan seterusnya Eyz tengok di YouTube. WOW! Memang menambat hati Eyz. Hihihihi. Pelakon-pelakonnya memang pandai mainkan watak. Sekarang baharulah Eyz faham mengapa ramai sangat yang cair tengok drama Setia Hujung Nyawa nie. Rupa-rupanya memang menarik! Mesti ramai yang dah menjadi peminat setia seSetia Hujung Nyawa nie kan? kan???

 

Siapa yang belum tengok lagi tu, bolehlah korang search kat YouTube atau blog-blog yang update dengan drama nie. Kalau tak pun, bolehlah tengok Slot Akasia di TV3 setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 hingga 8.00 malam. Tengok jangan tak tengok! Hihi.







Antara blog yang menyediakan episod-episod lama dan yang terbaharu untuk tontonan penonton dalam drama bersiri Akasia Setia Hujung Nyawa ialah:

Cerita Master
  
suffer.frenzyfm


JakiMedia


:: Bisikan Syahdu ::
"Dalam berpasangan, bermacam-macam dugaan dan cabaran yang akan dihadapi. Tak kira yang dah kahwin mahupun yang masih dalam perhubungan a.k.a in relationship. Oleh itu, setiap perhubungan perlulah saling bertolak ansur, menghormati antara satu sama lain, ikhlas dalam perhubungan dan kepercayaan harus diberi. Namun begitu, cinta dan kasih Allah SWT adalah yang lebih hakiki dan disanjungi."