Sunday, December 23, 2012

Tips???


Selamat malam semua!
Malam nie, Eyz tiba-tiba pulak rasa macam nak cerita satu pengalaman Eyz yang Eyz tak boleh nak lupa. Mungkin sebabnya sekarang nie dah mula terasa cuti nak habis kot. APA??? HABIS??? Erkz! Huhuhuhu. Kejap jer rasa cuti dan sekarang dah nak mula kuliah dah dalam dua minggu dari sekarang. Owh, tidak!!!! Dup dap dup dap! Huhu.

Balik kepada cerita. Ehhee. Suka jer melalut lebih-lebih. Hoho. Masa tu Eyz baru balik cuti hujung tahun. Cuti macam nielah. Sebulan lebih meninggalkan KL. Ehhee. Betapa sedihnya nak balik masa tu. Tak sabar nak jumpa kawan-kawan pun ada jugak. SINI Hoho. Sampai jer Eyz kat KL Sentral iaitu dari LCCT, Eyz berhenti sejenak tak jauh dari eskelator untuk naik dari kawasan Aerobus dan Skybus serta teksi berhenti ke tingkat atas untuk dapatkan LRT tuuu. Nak nangis pun ada jugak taw Eyz masa tu. Dahlah balik sorang-sorang. Eyz bermonolog sendiri jer tengok eskelator yang tak bergerak tu.

"Ya Allah... Macam mana aku nak angkat beg-beg nie naik atas??? Beratnyaa....! Nak tinggalkan dan bawak satu dua dulu? Owh, tidak sama sekali! Tak pasal-pasal orang bawa lari. Menangis tak berlagu pulak aku kat sini. Hmmm...."

Tiba-tiba... datanggg....

"Adik... Saya tolong angkat beg naik atas..."

Erkz! Orang nie biar betul. Dari atas sampai bawah Eyz tengok lelaki bangla nie taw. Betul ke dia nie nak tolong? Boleh percaya ke? Tapi.. kalau betul dia nak tolong alhamdulillah. Dalam fikiran Eyz masa tu macam-macam yang Eyz fikir. Dalam fikiran Eyz, bangla tu dah bawa lari beg Eyz dah. Habis semua yang pernah berlaku dalam drama-drama di tv tu bermain dalam fikiran Eyz masa tu. Hhhmmm.....

Akhirnya Eyz setuju dia tolong angkatkan beg gergasi Eyz tu. Kalau bukan dia yang nak angkat siapa lagi. Eyz? Boleh jer Eyz angkat naik atas tapi tak pasal-pasal kena maki-hamun orang kat belakang pulak sebab lambat naik tangga. Dahlah tu jer satu-satunya tangga untuk naik. Huhuhu. 

Akhirnya, beg Eyz pun selamat sampai jugak kat atas. Ucapan terima kasih Eyz kat bangla tu memang tak terhingga. Tapi.... tiba-tiba pulak bangla tu cakap...

"Nak tips...tips..."

"Apa???"

"Tips..."

Ya Allah! Apa benda lagi tips nie? Dahlah kepala Eyz memang bercelaru masa tu. Berkali-kali Eyz tanya bangla tu apa tu apa tu tapi masih jugak dia cakap "TIPS..TIPS.."

Lastly bangla tu pun cakap, "Tak apalaa..."

Erkz.. Eyz serba salah pulak. Dahlah orang dah tolong tapi Eyz blurz macam tu jer. Sebabnya... Eyz memang blurz masa tu. Ahakz. Eyz terus pergi macam tu jer sambil fikir apa benda 'tips' yang bangla tu nak. Dekat-dekat nak sampai tempat beli tiket LRT tu barulah Eyz perasan dan ingat.

"Tips??? Duit???"

Larhh!!!! Bangla tu mintak upah dari Eyz rupanya. Aduhai! Pasal apa tak cakap duit! Kan senang! Hhmmm. Eyz manalah taw 'tips' tu duit. Ahakz. Kasihan pulak Eyz dengan bangla tu. Susah payah dia tolong. Tu larh masalahnya jadi budak blurz macam nie. Ahakz. Sejak kejadian tu Eyz dah mula faham dan akan jadikan ingatan. Tak pasal-pasal tak kena tolong dah. Hoho. 

*Teladannya adalah sekarang, segalanya adalah duit*


 


No comments: