Thursday, December 13, 2012

POU!!!


Assalamualaikum dan hai semua! Sihat tak? Singgah SINI dulu...

Ingat Eyz tak post entri erk hari nie? Semestinya ada. Dahlah tarikh (12.12.12) malam nie cantik, gojes, menawan hati,... Hohoho. Sebelum Eyz terlambat nak post, nak kena cepat-cepat tulis nie. Hihihi. Semalam dah nak cerita tapi sibuk nak ubah sana sini depan blog nie. Akhirnya hari nie Eyz berjaya buat sedikit perubahan pada blog Eyz. Nak ubah lain-lain tapi susah sebabnya blogger lain kata DENIM TEMPLATE lebih mudah. Apakan daya Eyz tak boleh nak ubah dah. Pakai jela dashboard yang baharu nie. Sana sini Eyz cari. Tak jumpa-jumpa jugak. Huhu. Ataupun ada sesiapa tak blogger kat sini boleh bagitau Eyz macam mana nak tukar ke Denim Template???? Habaq mai kat cheq..! Ehhee.

Ceritanya begini. Dua hari yang lepas Eyz install satu game nie kat dalam HP kesayangan Eyz. Game apa erk? Korang mesti dah PRO dahkan dengan game nie. Eyz baru nak berjinak-jinak. Saja nak jadi budak-budak main game 'POU' nie. Budak-budak jer ke yang main game nie??? Rasanya tak kot. Kan? Betul tak? Hihi. Ramai orang cakap game nie comel dan best. Bosan-bosan Eyz belek HP akhirnya Eyz cubalah install game POU nie. Seronok jugak erk. Hihihi. Mandikan. Bagi makan. Main-main.




MY POU

Tapi, semalamkann.... Tengah Eyz fokus depan lappy kesayangan Eyz niekan, tiba-tiba jer Eyz terdengar macam bunyi katak sebelah Eyz. Hairanlah pulak. Eyz pun tanya kat ayah. Ayah tak dengar. Aiyak. Jadi... Eyz tak hiraukan sangatlah. Dalam fikiran Eyz, tak patut dalam rumah katak boleh masuk. Biarlah. Eyz fokus balik depan lappy Eyz. 'Krok!!!' Tak semena-mena Eyz terus melonjat dari meja! Ya Allah! Apa tu??? Eyz cari-cari dari jarak jauh jer.. Al-maklumlah penakut. Hihi. Pastu cari dari jarak yang dekat. Manalah taw ada lagi bunyi tu. Sampai habis hiasan bunga mak Eyz goncangkan. Ahakz. Eyz tak jumpa pun sumber bunyi tu. Ahhh...!!! Telinga Eyz silap dengar kot. Lepas beberapa minit Eyz tengoklah kat HP. POU nak kena mandikan. Eyz pun mandikan. Bagi POU makan. 

Sebelum Eyz tidur, Eyz dengar lagi bunyi 'KROK!' tuu... Larhhh... Rupa-rupanya POU yang berbunyi tu sebab lapar.... POU! Kau buat aku terkejut! Tu larh padahnya tak tahu nak main game tu. HAHAHA! Sekarang Eyz suka pulak dengan game tu. Nak buat POU gemuk-gemuk! Tak nak macam Eyz. Kecik jer. Hihihi.

 Alarhhh... Tak sempat nak post sebelum jam 12.00 tengah malam. Ingatkan sempat nak post entri untuk tarikh 12.12.12. Hmmm....

5 comments:

Hazirah Muslim said...

haha , tak patut die gemuk , burn je over fat tu , kecil bulat lagi tomey :)

MisEyz BLurz said...

@Hazirah Muslim Hihihi...comel ape...ehhee..

Ayu azmir said...

comelnya pou tu...

MisEyz BLurz said...

@Ayu azmir Pou dah gemok...hihi

Daeng on duty said...

Salam, kalau nak cuci-cuci mata jemputla jenguk-jenguk blog saya ada long sleeve maxidress & jubah cotton denim yang stylish leh pakai g pejabat, kuliah, atau jalan2 saje.

-->http://hiasanterindahstore.blogspot.com/

Tq ye:)