Tuesday, December 18, 2012

Movie: S.A.M


Assalamualaikum dan hai semua!

Fuyoh! Lebatnya hujan kat luar tu. Seram pulak. Hoho. Hujan-hujan jugak tapi Eyz takkan lepaskan peluang nak post entri untuk hari nie. Walaupun sekadar nak kongsi link tapi bolehlah untuk korang hilangkan bosan dan yang tak tahu nak buat apa-apa. Kan? Ehhee.

S.A.M.? Apa tu? Hoho. Mesti korang macam pernah dengar kan? S.A.M. nie nama cerita. Pelakon filem nie buakn calang-calang orangnya. Berkemungkinan besar pelakon-pelakon kegemaran korang jugak yang berlakon dalam filem nie. Antaranya ialah Shaheizy Sam, Lisa Surihani, Syamsul, Neelofa dan lain-lain. Mungkin ramai yang dah tengok kot tapi yang belum tengok tu bolehlah tengok SINI. Tengoklah. Hihi.




:: Sinopsis ::

Filem SAM (Saya Amat Menyintaimu) merupakan filem psiko romantik yang mengisahkan tentang Sam (Shaheizy Sam), seorang lelaki biasa yang mahu menjalani kehidupan normal dan bahagia bersama insan tersayang, iaitu kekasih dan bakal isterinya, Lisa (Lisa Surihani). Sam dan Lisa bekerja di sebuah syarikat percetakan. Malangnya Lisa mempunyai ramai peminat termasuk seorang lelaki psiko bernama Haikal (Azad Jazmin).  Pada masa yang sama juga Jefri turut menaruh harapan pada Lisa.

Lelaki psiko, Haikal amat mencintai Lisa dan sanggup berbuat apa saja untuk memiliki Lisa. Akibatnya, Lisa sering diganggu oleh Haikal dan timbulnya konflik pergaduhan antara Sam dan Haikal.

Apabila Lisa menolak cinta Haikal, bertambah psiko diri Haikal yang tidak dapat menerima kenyataan bahawa cintanya tidak berbalas. kemuncaknya Haikal menculik Lisa dan Sam bagi membalas dendam.

Adakah Lisa dan Sam berjaya melepaskan diri dari cengkaman Haikal yang psiko gila tu?


Filem SAM nie arahan sulung oleh anak muda kepada Datuk Yusof Haslam, Syafiq Yusof.
Best! Eyz memang suka filem nie. Banyak saspen dan amat romantis.

Saksikan!
 
 
 


No comments: