Thursday, December 20, 2012

Menarik: Segalanya Bermula Huruf P


Assalamualaikum dan hai semua!
Kita berjumpa lagi di hari dan waktu yang tak sama. Hihi. Sori sebab dah beberapa hari tak update entri. Takde selera nak update. Ops! Nak kena ada selera jugak erk? Ehhee. Jangan taw. Kalau selera update blog dah datang tak henti-henti pulak update. Kan? Ehhee. 

Btw... Hari nie Eyz nak post pasal 'Segalanya Bermula dari Huruf P' Apa tu? Kenapa tak huruf lain? M? N? B? Hohoho. Eyz pun tak tahu mengapa. Tapi sememangnya uniklah bagi Eyz sebab orang yang buat nie dah bersusah payah taw nak buat cerita segalanya dari huruf P. Kalau nak lebih seronok. Baca cepat-cepat! Hihi.


Segalanya dari Huruf P

    Paklong Punya Pasal, Pagi-Pagi Pakngah Pergi Pasar. Paklong Pesan Pulut Panggang. Parking Pulak Punyalah Payah. Pakngah Pun Pelik, Pasal Pulak Pagi-Pagi Payah Parking. Pakngah Pun Pusing-Pusing Perhati Parking. Pusing Punya Pusing, Pakngah Pun Pening. Penyudahnya Pakngah Parking Pinggir Parit.

    Pening-Pening Pun Perut Pakngah Perlu Penuh. Pakngah Pun Pergilah Pekena Pasembor. Pasembor Pulak Punyalah Pedas. Pergh ! Pedas-Pedas Pun Pakngh Pulun. Pakngah Pulun Pelan-Pelan Pasal Pedas. Pastu Pakngah Pun Pulang.

    Pakngah Pulang Punyalah Panas. Pakngah Pun Pasang Penyejuk. Pasang Penyejuk Pun Panas. Pakngah Pun Pelik Pasal Pulak Panas. Pakngah Pun Periksa Penyejuk. Patutlah Panas, Penyejuknya Palsu. Pakngah Pun Pergi Pulangkan Penyejuk Pada Peniaga. Pokemon Punya Peniaga!

    Pikir Punya Pikir Pakngah Putuskan Pelihara Puyu. Pakngah Perlukan Peruntukan. Permohonan Peruntukan Pulak Punyalah Panjang Prosesnya. Prosedurnya Pun Payah. Pagi Petang Pakngah Panjat Pejabat Pegawai Perikanan. Pakngah Pun Pedap. Penyudahnya Pakngah Pinjam Paklong .

    Pinjam Paklong Pun Paedahnya Pat Persen. Pat Persen Pun, Pat Persenlah. Puyu Punya Pasal, Pedulilah. Projek Pelihara Puyu Perlukan Pondok. Pakngah Pun Perbaiki Pondok Pakngah. Pakngah Paku Papan … Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang …..

    Pengetuk Paku Pulak Patah Patah. Pedulikan Pasal Pengetuk Paku Patah. Pikir Pulak Pasal Perkara-Perkara Penting. Pasal Pimpinan PM, Pasal Pilihanraya, Pasal Pembangunan, Pasal Perpaduan, Pasal Pendidikan, Pasal Perundangan, Pasal Perjalanan Parlimen, Pasal Perairan, Pasal Palestin, Pasal Peluang Perniagaan Pabila Puasa … Pup …. Pelita Pun Padam!



Unikkan... Hihihi. Mesti letih orang yang buat nie cari perkataan yang sesuaikan. Ehhee.
Jom terjah nie pulak
 

5 comments:

puteri hanisah said...

uhuhu..pening nak membacanya...
pandai orang yang wat ayt tu kann..haha

MisEyz BLurz said...

@puteri hanisah tu larh kan..hihi

Eedi Aziz said...

:)

ina said...

hehe...lawak jgk la..wlupun mcm xde kena mengena but nice story..kreatif..

MisEyz BLurz said...

@ina yg penting menjadi..hihi