Monday, October 15, 2012

Melayang Sana Melayang Entah Ke Mana

Susahlah wujudnya hujung-hujung minggu macam nie. Hohoho. Fikiran melayang, duit pun melayang entah ke mana. Hahahaha. Semalam, pergi Mid Valley sebab nak beli makanan untuk dikunyah masa belajar. Almaklumlah nak exam hujung semester dah kan. Hihihi. Yang penting M&M wajib dibeli kalau nak exam! Hihihi.

:: Kegemaranku kalau masa exam. Hihihi ::

Eyz dan roomate rancang nak makan di tempat yang tak pernah jejak lagi untuk pergi makan. Tapi, Mid semalam terlalu sesak dengan manusia yang entah dari mana. Hohohoho. Akhirnya, pilih punya pilih kami makan di Pizza Hut. Cun jugak. Lama jugak dah tak makan di Pizza Hut. Kenyang jugak akhirnya. Dia order spagetti, Eyz pulak order pizza Hawaian Chicken. Jangan terkejut pulak, bukan Eyz sorang jer yang makan. Roomate yang kasi bedal. Kekeke.

Lepas perut penuh diisi petang tu, kami pun jalan-jalan cuci mata. Masuk kedai tu masuk kedai nie. Macam Mid tu bapak kami yang punya. HAHA! Destinasi yang terakhir kami ialah CARREFOUR! Borong makanan habis-habisan!!!!! Hihihihi.

 :: Belum cukup penuh nie. Hohoho ::

Hari AHAD pulak, KELUAR LAGI! Aduhai, parah-parah! Rancangan awal ingat nak beli tudung yang mak Eyz pesan. Sekali borong berabis di Masjid Jamek bukan setakat tudung. Keke. Takpe. Yang penting puas hati untuk balik cuti nie. Hihihihi. Nanti balik Sarawak takkan boleh shopping sakan macam tu sebabnya kalau dah balik rumah malas sangat nak keluar dah. Macam-macam kerja boleh buat kat rumah. Rindunyaa. Tak sabar dah nak cuti. Yippi!!! Tunggu akan ketibaanku di sana! Hihihihi.

Masa Eyz dengan roomate balik kan, Eyz terjumpa Zahiril Adzim tau dalam satu LRT. Nak tegur tak berani sebab takut tersilap orang. Dia pun perasan kot sebab Eyz asyik tengok dia. HAHA! Eyz tengok bukan apa, saja inginkan kepastian. Hihihi. Sampai jer kat bilik terus online guna phone. Search wajah dia sama ke tak. Tengok-tengok memang pun dia. Tahi lalat tu buktinya. Ehhee. Kalau memang konfem awal-awal tadi memang Eyz dah ambil gambar kot. Keke. Bukan rezeki untuk hari tu. Hhhmmm.

 :: Hanya mampu kidnap picture dr internet jelaa. Ahakz ::

:: Stesen Kerinchi stesen utama kami pergi ke mana jer. Hihi. ::
*Maaf. Ada makcik pulak masuk gambar. Dia tak sabar dah nak masuk LRT. Hihihi.




:: Baju-baju dan jam kat atas khas untuk anak-anak buah kesayanganku di sana ::

Asal Eyz dapat panggilan daripada diorang jer konfem tanya barang yang Eyz belikan untuk diorang nanti. Habislah. Sekarang pun dah makin bertambah anak buah nie. Haha!

Esoknya pulak mungkin pergi lagi MJ sebabnya nak ambil tudung yang ditempah dua kodi tadi. Hohoho. Nasib bukan duit aku. HAHA! SELAMAT! Hehehehe. 


:: Ini jela yang untuk sendiri. Syukur hanya satu jangan esok ada lagi. Ahakz ::