Friday, October 26, 2012

Hana Tajima...???

Hari nie Eyz terjumpa sesuatu yang Eyz baru tahu dan kemungkinan besar ramai yang dah tahu. Hohoho. Ketinggalan betul. Huhuhu. Walaupun ramai yang dah tahu, Eyz nak jugak bagitau. Hihi.
*korang pura-pura jela tak tahu yer. Hihihi. Gurau jer. Ehhee.

Korang pernah dengar tak Hana Tajima??? Mesti korang selalu dengarkan. Fesyen atau penggayaan tudung gadis remaja sekarang nie. Bukan Eyz tau. Hakikatnya, Eyz tak pandai nak gayakan tudung ala-ala Hana Tajima nie. Hihihi. Hari nie, Eyz baru tahu Hana Tajima nie bukannya nama tudung atau nama gaya tudung. Rupa-rupanya ada cerita di sebalik kisah Hana Tajima nie. Mulanya, Eyz main klik-klik jer link kat Facebook yang orang share. Saja jer nak baca apa yang ada dekat blog tu. Dahtu Eyz ternampak satu tajuk,

.......................................................................................

"Kisah Pengislaman Hana Tajima"


 :: Hana Tajima Simpson ::

Eyz terfikir-fikir lagi, bukankah Hana Tajima nie nama tudung ataupun nama gaya tudung ke??? hhmmmm. Akhirnya baru Eyz tahu, rupa-rupanya ada kisah di sebaliknya iaitu mengenai pengislaman seorang gadis kacukan Jepun-Inggeris yang bernama Hana Tajima. Owhhh. Barulah Eyz tahu nama Hana Tajima nie bukan saja nama fesyen tudung tetapi realitinya ada seorang gadis yang bernama Hana Tajima Simpson. Gadis ini dikenali sebabnya gaya berhijabnya yang unik dan lebih ke arah kasual. Selain itu, Hana juga lebih dikenali sebagai seorang pereka fesyen yang pernah membuat kejutan melalui produk jenama Maysaa iaitu suatu produk yang berupa hijab bergaya 'layers'. 
*Pernah menjadi pereka pakaian Yuna tau!

 :: Hana bersama Yuna ::
 
Hana mula memeluk agama Islam seawal usianya 17 tahun. Daripada info yang Eyz baca, Hana Tajima ini datang daripada latar belakang keluarga Kristian yang tidak begitu mementingkan agama dalam kehidupan. Ayahnya seorang yang berasal dari Jepun manakala ibunya seorang wanita Inggeris. Minat Hana kepada Islam ini bermula sejak ia belajar di sekolah tinggi lagi dan Hana juga banyak bertemu serta bersahabat dengan beberapa pelajar Muslim. 

 Pada pandangan Hana, sahabat-sahabatnya yang beragama Islam kelihatan berbeza dengan yang lain. 

"Mereka kelihatan menjaga jarak dengan beberapa pelajar tertentu. Mereka juga menolak ketika diajak untuk pergi berhibur di sebuah kelab malam."
katanya. 

Bagi Hana, perkara itu sangat menarik. Selain itu, sahabat-sahabatnya yang Muslim dianggap sangat menyenangkan apabila diajak berbincang berkaitan hal kuliah. Menurutnya, pelajar Muslim lebih banyak menghabiskan masa mereka membaca di perpustakaan ataupun berbincang.

 Dari sahabat-sahabat Muslim itulah, secara perlahan-lahan Hana mulai tertarik dengan ilmu falsafah terutamanya falsafah Islam. Sejak saat itu, Hana mula mempelajari falsafah Islam terus dari sumbernya iaitu Al-Quran. Kenyataan bahawa Al-Quran tetap sama seperti sebelumnya memberi maksud bahawa sentiasa ada titik rujukan untuk semua perkara. 

"Di dalam Al-Quran, saya menemukan banyak rujukan berkisar tentang isu-isu mengenai hak wanita. Semakin banyak saya membaca, semakin diri saya bersetuju dengan idea-idea di sebalik Al-Quran dan saya dapat melihat bagaimana Islam boleh mewarnai kehidupan sahabat-sahabat Muslim saya. Namun saat itu, keinginan untuk memeluk agama ini masih belum tiba. Sehinggalah tiba pada satu titik yang mana saya tidak dapat mengatakan tidak pada diri saya mengenai kebenaran agama ini, maka saya memutuskan untuk menjadi seorang Islam" 
katanya.

Rasa kagumnya terhadap ajaran-ajaran yang terkandung di dalam Al-Quran akhirnya membuatkan Hana memutuskan untuk memeluk Islam. Tanpa menemui sebarang paksaan dan halangan, dengan hanya disaksikan oleh teman-teman muslimahnya, Hana pun mengucapkan dua kalimah syahadah. 


"Menyatakan perkara tersebut kepada keluarga adalah sesuatu yang mudah. Saya tahu mereka akan gembira selagi mana saya juga gembira, dan mereka boleh melihat ianya adalah sesuatu yang baik," 
katanya lagi.

 Seperti halnya semasa Hana memutuskan untuk memeluk Islam, begitu juga keputusannya untuk mengenakan hijab datang tanpa paksaan. Hana mula mengenakan hijab pada hari yang sama dia mengucapkan dua kalimah syahadah. 

"Ini merupakan cara terbaik bagi membezakan kehidupan saya di masa lalu dengan kehidupan saya pada masa hadapan,"
ujarnya.

Keputusan untuk mengenakan hijab pada masa yang sama menerima pelbagai reaksi daripada orang-orang di sekelilingnya, terutama kawan rapatnya. Sebelum mengenakan hijab, Hana sudah memahami fahaman negatif terhadap orang-orang yang berhijab. 

"Saya tahu apa yang mereka fikirkan mengenai hijab, tetapi saya akan bersikap berpura-pura tidak mengetahuinya. Namun seiring dengan masa, orang-orang di sekitar saya kini sudah boleh menerima penampilan saya dengan balutan hijab."
katanya lagi.

Dalam blog peribadi Hana Tajima, ia mengakui bahawa menjadi seorang muslimah di sebuah negara barat adalah sedikit menakutkan, terutamanya ketika semua mata di sekitarnya memandangnya dengan pandangan yang aneh. Maklum sajalah, sebahagian penduduk di negara-negara barat telah dijangkiti dengan wabak Islamofobia. 

"Oleh sebab itu, saya ingin menciptakan sesuatu yang akan membantu para muslimah di mana jua untuk terus berusaha mengatasi perasaan takut itu."
ujarnya.

 Kini, dengan busana muslimah yang dirancangkannya, kaum muslimah di negara-negara barat mampu tampil dengan busana yang boleh diterima oleh masyarakat di sana tanpa meninggalkan peraturan yang ditetapkan Islam. Kini, fesyen busana muslimah yang diperkenalkannya bukan saja mendapat sambutan yang hangat daripada muslimah di seluruh dunia, malah penerimaan daripada yang bukan Islam juga sangat menggalakkan.


SUMBER

 .......................................................................
 
 Beruntungnya sesiapa yang mendapat hidayah daripada Allah SWT. Allahuakbar! 

Rasulullah SAW bersabda,
 "Sesungguhnya amal-amal itu bergantung kepada niatnya. Dan setiap orang memperoleh sesuai dengan apa yang dia niatkan. Maka sesiapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan sesiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dikejarnya atau wanita yang hendak dia nikahi, maka hijrahnya kepada apa yang dia niatkan hijrah kepadanya."
 (Riwayat Bukhari dan Muslim) 
 

Setiap manusia mampu berubah dengan adanya niat yang tulus ikhlas dari hati. Dan setiap manusia mengiginkan perubahan itu ke arah yang lebih baik daripada yang sebelumnya. 



No comments: