Saturday, October 20, 2012

Anugerah Citra Keguruan

Bersyukur ke hadrat Ilahi sebab tahun nie julung kalinya Eyz dapat anugerah dari Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu a.k.a IPG KBM. Eyz dianugerahkan Sijil bagi Anugerah Pengarah Akademik Terbaik 2012.


Terima kasih yang tak terhingga kepada para pensyarah di atas segala tunjuk ajar yang telah diberikan sepanjang Eyz di PISMP 1C, pihak IPG KBM, dan rakan-rakan seperjuangan yang lain. Yang paling Eyz tidak lupakan, terima kasih kepada roommate tercinta. Kekeke. Sebabnya, tanpa roommate siapalah Eyz. Hahaha! Gurau jer roommate. Terima kasih sebab sentiasa memahami. Buat rakan-rakan sekelas, terima kasih juga ya. Sayang korang ketat-ketat!!! ^_^

Tidak lupa juga, ribuan terima kasih kepada kedua ibu bapa yang amat Eyz sayangi Eyz hormati. Walaupun mereka berada jauh di Sarawak tetapi Eyz tahu mereka tidak pernah tidak menitipkan doa buat anak-anak mereka. Eyz ingat lagi kata-kata mak Eyz.

"Setiap kali mak solat, mak sentiasa doakan kejayaan anak-anak mak. Ingat! Jangan lupa solat!"

"Baiklah mak!!!"

......................................


 Mungkin kali ini tuah Eyz. Mana tahu semester dua nie tuah korang pulak. Jangan putus asa okay kawan-kawan. Eyz nie pun bukannya jenis yang belajar yang betul-betul struggle depan buku. Eyz jenis yang sederhana jer kalau belajar.  Selalu jugak main-main. Hihihihi.

Sekarang, cuma tinggal seminggu jer lagi nak peperiksaan. Semoga berjaya yer kawan-kawan semua!! Jangan stres sangat belajar tu. Kita kena sempoi!!!! Hihihihi.


 
 :: Saat debaran semasa menunggu giliran nak ambil sijil dengan Puan Pengarah ::


:: Muka yang takde perasaan. Hihihi ::

:: Satu-satunya rakan Eyz yang tolong ceriakan Eyz kat majlis tu. Hihihi ::

Tahniah buat rakan-rakan seperjuangan yang turut berjaya dapat anugerah nie. Pendek kata,....

TAHNIAH BUAT SEMUA PENERIMA ANUGERAH!!!!!

^___^





2 comments: