Friday, October 26, 2012

Hana Tajima...???

Hari nie Eyz terjumpa sesuatu yang Eyz baru tahu dan kemungkinan besar ramai yang dah tahu. Hohoho. Ketinggalan betul. Huhuhu. Walaupun ramai yang dah tahu, Eyz nak jugak bagitau. Hihi.
*korang pura-pura jela tak tahu yer. Hihihi. Gurau jer. Ehhee.

Korang pernah dengar tak Hana Tajima??? Mesti korang selalu dengarkan. Fesyen atau penggayaan tudung gadis remaja sekarang nie. Bukan Eyz tau. Hakikatnya, Eyz tak pandai nak gayakan tudung ala-ala Hana Tajima nie. Hihihi. Hari nie, Eyz baru tahu Hana Tajima nie bukannya nama tudung atau nama gaya tudung. Rupa-rupanya ada cerita di sebalik kisah Hana Tajima nie. Mulanya, Eyz main klik-klik jer link kat Facebook yang orang share. Saja jer nak baca apa yang ada dekat blog tu. Dahtu Eyz ternampak satu tajuk,

.......................................................................................

"Kisah Pengislaman Hana Tajima"


 :: Hana Tajima Simpson ::

Eyz terfikir-fikir lagi, bukankah Hana Tajima nie nama tudung ataupun nama gaya tudung ke??? hhmmmm. Akhirnya baru Eyz tahu, rupa-rupanya ada kisah di sebaliknya iaitu mengenai pengislaman seorang gadis kacukan Jepun-Inggeris yang bernama Hana Tajima. Owhhh. Barulah Eyz tahu nama Hana Tajima nie bukan saja nama fesyen tudung tetapi realitinya ada seorang gadis yang bernama Hana Tajima Simpson. Gadis ini dikenali sebabnya gaya berhijabnya yang unik dan lebih ke arah kasual. Selain itu, Hana juga lebih dikenali sebagai seorang pereka fesyen yang pernah membuat kejutan melalui produk jenama Maysaa iaitu suatu produk yang berupa hijab bergaya 'layers'. 
*Pernah menjadi pereka pakaian Yuna tau!

 :: Hana bersama Yuna ::
 
Hana mula memeluk agama Islam seawal usianya 17 tahun. Daripada info yang Eyz baca, Hana Tajima ini datang daripada latar belakang keluarga Kristian yang tidak begitu mementingkan agama dalam kehidupan. Ayahnya seorang yang berasal dari Jepun manakala ibunya seorang wanita Inggeris. Minat Hana kepada Islam ini bermula sejak ia belajar di sekolah tinggi lagi dan Hana juga banyak bertemu serta bersahabat dengan beberapa pelajar Muslim. 

 Pada pandangan Hana, sahabat-sahabatnya yang beragama Islam kelihatan berbeza dengan yang lain. 

"Mereka kelihatan menjaga jarak dengan beberapa pelajar tertentu. Mereka juga menolak ketika diajak untuk pergi berhibur di sebuah kelab malam."
katanya. 

Bagi Hana, perkara itu sangat menarik. Selain itu, sahabat-sahabatnya yang Muslim dianggap sangat menyenangkan apabila diajak berbincang berkaitan hal kuliah. Menurutnya, pelajar Muslim lebih banyak menghabiskan masa mereka membaca di perpustakaan ataupun berbincang.

 Dari sahabat-sahabat Muslim itulah, secara perlahan-lahan Hana mulai tertarik dengan ilmu falsafah terutamanya falsafah Islam. Sejak saat itu, Hana mula mempelajari falsafah Islam terus dari sumbernya iaitu Al-Quran. Kenyataan bahawa Al-Quran tetap sama seperti sebelumnya memberi maksud bahawa sentiasa ada titik rujukan untuk semua perkara. 

"Di dalam Al-Quran, saya menemukan banyak rujukan berkisar tentang isu-isu mengenai hak wanita. Semakin banyak saya membaca, semakin diri saya bersetuju dengan idea-idea di sebalik Al-Quran dan saya dapat melihat bagaimana Islam boleh mewarnai kehidupan sahabat-sahabat Muslim saya. Namun saat itu, keinginan untuk memeluk agama ini masih belum tiba. Sehinggalah tiba pada satu titik yang mana saya tidak dapat mengatakan tidak pada diri saya mengenai kebenaran agama ini, maka saya memutuskan untuk menjadi seorang Islam" 
katanya.

Rasa kagumnya terhadap ajaran-ajaran yang terkandung di dalam Al-Quran akhirnya membuatkan Hana memutuskan untuk memeluk Islam. Tanpa menemui sebarang paksaan dan halangan, dengan hanya disaksikan oleh teman-teman muslimahnya, Hana pun mengucapkan dua kalimah syahadah. 


"Menyatakan perkara tersebut kepada keluarga adalah sesuatu yang mudah. Saya tahu mereka akan gembira selagi mana saya juga gembira, dan mereka boleh melihat ianya adalah sesuatu yang baik," 
katanya lagi.

 Seperti halnya semasa Hana memutuskan untuk memeluk Islam, begitu juga keputusannya untuk mengenakan hijab datang tanpa paksaan. Hana mula mengenakan hijab pada hari yang sama dia mengucapkan dua kalimah syahadah. 

"Ini merupakan cara terbaik bagi membezakan kehidupan saya di masa lalu dengan kehidupan saya pada masa hadapan,"
ujarnya.

Keputusan untuk mengenakan hijab pada masa yang sama menerima pelbagai reaksi daripada orang-orang di sekelilingnya, terutama kawan rapatnya. Sebelum mengenakan hijab, Hana sudah memahami fahaman negatif terhadap orang-orang yang berhijab. 

"Saya tahu apa yang mereka fikirkan mengenai hijab, tetapi saya akan bersikap berpura-pura tidak mengetahuinya. Namun seiring dengan masa, orang-orang di sekitar saya kini sudah boleh menerima penampilan saya dengan balutan hijab."
katanya lagi.

Dalam blog peribadi Hana Tajima, ia mengakui bahawa menjadi seorang muslimah di sebuah negara barat adalah sedikit menakutkan, terutamanya ketika semua mata di sekitarnya memandangnya dengan pandangan yang aneh. Maklum sajalah, sebahagian penduduk di negara-negara barat telah dijangkiti dengan wabak Islamofobia. 

"Oleh sebab itu, saya ingin menciptakan sesuatu yang akan membantu para muslimah di mana jua untuk terus berusaha mengatasi perasaan takut itu."
ujarnya.

 Kini, dengan busana muslimah yang dirancangkannya, kaum muslimah di negara-negara barat mampu tampil dengan busana yang boleh diterima oleh masyarakat di sana tanpa meninggalkan peraturan yang ditetapkan Islam. Kini, fesyen busana muslimah yang diperkenalkannya bukan saja mendapat sambutan yang hangat daripada muslimah di seluruh dunia, malah penerimaan daripada yang bukan Islam juga sangat menggalakkan.


SUMBER

 .......................................................................
 
 Beruntungnya sesiapa yang mendapat hidayah daripada Allah SWT. Allahuakbar! 

Rasulullah SAW bersabda,
 "Sesungguhnya amal-amal itu bergantung kepada niatnya. Dan setiap orang memperoleh sesuai dengan apa yang dia niatkan. Maka sesiapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan sesiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dikejarnya atau wanita yang hendak dia nikahi, maka hijrahnya kepada apa yang dia niatkan hijrah kepadanya."
 (Riwayat Bukhari dan Muslim) 
 

Setiap manusia mampu berubah dengan adanya niat yang tulus ikhlas dari hati. Dan setiap manusia mengiginkan perubahan itu ke arah yang lebih baik daripada yang sebelumnya. 



Tuesday, October 23, 2012

Rindu Saat Ini

Haloo. Hari nie Eyz nak post satu video tentang Eyz di sini. Satu jerlaa untuk satu post. Tak boleh banyak-banyak dalam satu post, nanti bosan pulak kan. Hohoho. 


video


Rindulah kenangan saat nie. Nielah kehidupan Eyz bersama rakan-rakan di IPG. Al-maklumlah berjauhan dengan famili. Nielah famili Eyz di sini, di Kuala Lumpur. Mungkin sekarang kita tak seceria ini. Tapi, kalau korang nak tahu Eyz sayang korang sangat. Korang dah macam adik-adik Eyz. Eyz mintak maaf saat-saat kalau Eyz banyak buat silap kat korang semua. Sorry geng! Sepanjang Eyz jalankan tugas sebagai penolong kelas, okay tak? Mesti ada jugak yang tak seberapa okay kan. Eyz minta maaf tau atas salah silap Eyz sepanjang kita bersama. 
*Ops! Nak sedih-sedihlah pulak. Huhuhu

Eyz bukan nak buat sedih dalam post nie cuma teringat kisah kita.Untuk yang baru mengenali. Nielah video kami lepas balik dari pasar malam Kerinchi. Masa kami di PPISMP lagi. PPISMP?? Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Macam diploma jugaklah. Sebelum nak masuk program ijazah. Hohoho. Saat ni beli juadah untuk berbuka puasa sama-sama kat cafe. Heboh berabis nie. Macam jalan raya KAMI YANG PUNYA!!! Hihihi. Ada nampak yang lari tu??? Siapa yang tahu diam-diam yer. Hihihi. Btw,...

"SAYANG KORANG SANGAT!!!"

*Maaf. Kondisi video yang tak seberapa bagus. Al-maklumlah guna handphone biasa jer. Hihi.

Untuk hari nie jugak, Eyz nak ucapkan

"Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha buat semua yang meraikannya!!!"





Sunday, October 21, 2012

Mengidam Sungguh

UWAAAA!!! ='(
Tak sabarnya nak balik cuti. *Sabar. Sabar. Ada 2 minggu saja lagi. YIPPI!! Tak sabar nak makan masakan mak. Bergurau-senda dengan famili tersayang. Hehehe. Tapi nak exam nie dalam seminggu jer lagi tak diingat. Hohohoho. TATOT!!! Hohoho.

Takpe. Chaiyok! Chaiyok! Hihihihi. 

Hari nie Eyz tiba-tiba pulak nak buat entri pasal makanan bahkan diri sendiri puasa pulak untuk hari nie. Ahakz. Alaa. Sekali-sekala kan kan. Ehhee. Hari nie entahlah. Tiba-tiba pulak Eyz mengidam nak makan rojak sotong kangkung dengan rojak buah. Tapi yang paling mengidamnya ROJAK SOTONG KANGKUNG.

!!!!...WOW...!!!!

Lamanya dah tak makan rojak sotong kangkung nie. Sedap woo!! Tak taulah kat K.L. nie mana tempat ada jual rojak-rojak cam nie kan. Huhuhu.


:: Rojak Sotong Kangkung pujaan hatiku!! FUH! ::


 :: Rojak Buah ::


Nak makan Rojak Sotong Kangkung!! 


Nak makan Rojak Sotong Kangkung!!


NAK!! NAK!! NAK!! NAK!! NAK!!


Saturday, October 20, 2012

Anugerah Citra Keguruan

Bersyukur ke hadrat Ilahi sebab tahun nie julung kalinya Eyz dapat anugerah dari Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu a.k.a IPG KBM. Eyz dianugerahkan Sijil bagi Anugerah Pengarah Akademik Terbaik 2012.


Terima kasih yang tak terhingga kepada para pensyarah di atas segala tunjuk ajar yang telah diberikan sepanjang Eyz di PISMP 1C, pihak IPG KBM, dan rakan-rakan seperjuangan yang lain. Yang paling Eyz tidak lupakan, terima kasih kepada roommate tercinta. Kekeke. Sebabnya, tanpa roommate siapalah Eyz. Hahaha! Gurau jer roommate. Terima kasih sebab sentiasa memahami. Buat rakan-rakan sekelas, terima kasih juga ya. Sayang korang ketat-ketat!!! ^_^

Tidak lupa juga, ribuan terima kasih kepada kedua ibu bapa yang amat Eyz sayangi Eyz hormati. Walaupun mereka berada jauh di Sarawak tetapi Eyz tahu mereka tidak pernah tidak menitipkan doa buat anak-anak mereka. Eyz ingat lagi kata-kata mak Eyz.

"Setiap kali mak solat, mak sentiasa doakan kejayaan anak-anak mak. Ingat! Jangan lupa solat!"

"Baiklah mak!!!"

......................................


 Mungkin kali ini tuah Eyz. Mana tahu semester dua nie tuah korang pulak. Jangan putus asa okay kawan-kawan. Eyz nie pun bukannya jenis yang belajar yang betul-betul struggle depan buku. Eyz jenis yang sederhana jer kalau belajar.  Selalu jugak main-main. Hihihihi.

Sekarang, cuma tinggal seminggu jer lagi nak peperiksaan. Semoga berjaya yer kawan-kawan semua!! Jangan stres sangat belajar tu. Kita kena sempoi!!!! Hihihihi.


 
 :: Saat debaran semasa menunggu giliran nak ambil sijil dengan Puan Pengarah ::


:: Muka yang takde perasaan. Hihihi ::

:: Satu-satunya rakan Eyz yang tolong ceriakan Eyz kat majlis tu. Hihihi ::

Tahniah buat rakan-rakan seperjuangan yang turut berjaya dapat anugerah nie. Pendek kata,....

TAHNIAH BUAT SEMUA PENERIMA ANUGERAH!!!!!

^___^





Friday, October 19, 2012

Tersenyum Menangis Terharu

"Awak.....Boleh tak kalau saya pinang awak???"

Alamak!
Hati menjadi tidak keruan
Di kala burung berkicauan
Angin bertiup sepoi-sepoi mendinginkan sekitarnya
Dedaun pohon yang menari riang
Bagaikan mengerti
Apa yang terbuku di hati ini

Namun,
Kesabaran membatasi segalanya
"Nak...Belajar dulu yer nak...Jodoh boleh datang bila-bila jika diizinkan-Nya"
Baiklah ayah
Baiklah mak
Senyuman ku tetap ku ukir
Kerna cintaku pada ayah dan ibuku tiada siapa yang mampu melawannya
Melainkan cinta pada Yang Maha Esa

Tetapi
Aku amat terharu
Aku dijaga dan dilayan bak seorang puteri
 Dikau sentiasa menahan dirimu dengan sikapku
Yang kadang-kalanya ribut taufan melanda
Deruan nafasmu yang kau tahan
Senyap sunyi di kala aku kemerahan
Layanan yang tetap berkekalan
Mengapa? Mengapa?
Mengapa dikau selalu menjaga hatiku?
Bahkan aku selalu membuatkan hatimu terluka

Kau sanggup menunggu
Menunggu saat aku sibuk melayan ilmuku
Yang membuatkan aku tidak keruan
Bak bintang berputar di atas kepalaku
Walau sampai terbitnya kembali matahari dinihari
Kau menahan dirimu daripada terlena dek mimpi

Pabila ku menahan laparku
Kau juga menahan laparmu
Alasanmu
"Tak apa..saya teman awak puasa okay"
Ya Allah
Walau kau bukan seagama denganku
Kau sering membuatkan aku menangis terharu
Terima kasih

Saya akui
Saya tidak punyai ilmu agama yang kuat
Saya tidak punyai ilmu yang banyak
Tapi saya akan cuba untuk mencari
Mencari sesuatu yang mampu menyinari sinarmu
Yang barangkali mampu menjadi imamku nanti
Insya-Allah

:: Terima Kasih di atas Segalanya yang Kau Beri ::
Saya tetap akan tunggu awak. Awak pun tetap akan tunggu saya kan? Sekarang, awak perlu dalami apa yang perlu. Saya pegang akan kata-kata awak.

"Saya tetap akan pinang awak suatu hari nanti. Dan awak. Tunggukan ungkapan 'Assalamualaikum' yang bakal saya ucapkan kat awak suatu hari nanti. Sayang hanya akan terbit pabila kita diijabkabulkan."

Insya-Allah :')
 

Monday, October 15, 2012

Melayang Sana Melayang Entah Ke Mana

Susahlah wujudnya hujung-hujung minggu macam nie. Hohoho. Fikiran melayang, duit pun melayang entah ke mana. Hahahaha. Semalam, pergi Mid Valley sebab nak beli makanan untuk dikunyah masa belajar. Almaklumlah nak exam hujung semester dah kan. Hihihi. Yang penting M&M wajib dibeli kalau nak exam! Hihihi.

:: Kegemaranku kalau masa exam. Hihihi ::

Eyz dan roomate rancang nak makan di tempat yang tak pernah jejak lagi untuk pergi makan. Tapi, Mid semalam terlalu sesak dengan manusia yang entah dari mana. Hohohoho. Akhirnya, pilih punya pilih kami makan di Pizza Hut. Cun jugak. Lama jugak dah tak makan di Pizza Hut. Kenyang jugak akhirnya. Dia order spagetti, Eyz pulak order pizza Hawaian Chicken. Jangan terkejut pulak, bukan Eyz sorang jer yang makan. Roomate yang kasi bedal. Kekeke.

Lepas perut penuh diisi petang tu, kami pun jalan-jalan cuci mata. Masuk kedai tu masuk kedai nie. Macam Mid tu bapak kami yang punya. HAHA! Destinasi yang terakhir kami ialah CARREFOUR! Borong makanan habis-habisan!!!!! Hihihihi.

 :: Belum cukup penuh nie. Hohoho ::

Hari AHAD pulak, KELUAR LAGI! Aduhai, parah-parah! Rancangan awal ingat nak beli tudung yang mak Eyz pesan. Sekali borong berabis di Masjid Jamek bukan setakat tudung. Keke. Takpe. Yang penting puas hati untuk balik cuti nie. Hihihihi. Nanti balik Sarawak takkan boleh shopping sakan macam tu sebabnya kalau dah balik rumah malas sangat nak keluar dah. Macam-macam kerja boleh buat kat rumah. Rindunyaa. Tak sabar dah nak cuti. Yippi!!! Tunggu akan ketibaanku di sana! Hihihihi.

Masa Eyz dengan roomate balik kan, Eyz terjumpa Zahiril Adzim tau dalam satu LRT. Nak tegur tak berani sebab takut tersilap orang. Dia pun perasan kot sebab Eyz asyik tengok dia. HAHA! Eyz tengok bukan apa, saja inginkan kepastian. Hihihi. Sampai jer kat bilik terus online guna phone. Search wajah dia sama ke tak. Tengok-tengok memang pun dia. Tahi lalat tu buktinya. Ehhee. Kalau memang konfem awal-awal tadi memang Eyz dah ambil gambar kot. Keke. Bukan rezeki untuk hari tu. Hhhmmm.

 :: Hanya mampu kidnap picture dr internet jelaa. Ahakz ::

:: Stesen Kerinchi stesen utama kami pergi ke mana jer. Hihi. ::
*Maaf. Ada makcik pulak masuk gambar. Dia tak sabar dah nak masuk LRT. Hihihi.




:: Baju-baju dan jam kat atas khas untuk anak-anak buah kesayanganku di sana ::

Asal Eyz dapat panggilan daripada diorang jer konfem tanya barang yang Eyz belikan untuk diorang nanti. Habislah. Sekarang pun dah makin bertambah anak buah nie. Haha!

Esoknya pulak mungkin pergi lagi MJ sebabnya nak ambil tudung yang ditempah dua kodi tadi. Hohoho. Nasib bukan duit aku. HAHA! SELAMAT! Hehehehe. 


:: Ini jela yang untuk sendiri. Syukur hanya satu jangan esok ada lagi. Ahakz ::



Tutorial: Centerkan Header

Aloha! Malam nie Eyz nak bagi tutorial kat korang, macam mana nak centerkan header korang. Mungkin ramai yang dah tahu tapi saja jer Eyz nak rajin-rajinkan diri nak buat jugak. Sajer. Hihihihi.


:: Langkah Pertama ::

1. Dashboard >> Design >> Edit HTML

2. Expand kan HTML tu. Tickkan jer kat 'Expand' tu

3. Tekan Ctrl + F, cari kod:

/* Content

4. Copy kod yang ada kat bawah nie, paste kat atas kod yang korang copy tadi.

       .Header img {
      margin-$startSide: auto;
      margin-$endSide: auto;
    }

**Akan jadi macam nie!

     .Header img {
      margin-$startSide: auto;
      margin-$endSide: auto;
    }
/* Content

 5. Preview dulu. Lepas tu baru boleh SAVE! ^_^



:: Langkah Kedua ::
 * Kalau tak dapat buat yg kat atas nie. Cuba langkah kedua nie plak. Jangan risau. Pasti ada jalan penyelesaiannya tu.


1. Dashboard >> Design >> Edit HTML

2. Expand kan HTML tu. Tickkan jer kat 'Expand' tu

3. Tekan Ctrl + F, cari kod:

 #outer-wrapper {

 *Bawah kot yang dicari tadi ada kod nie: cth jer nie.

     background:#FFFFFF;
    width: 1000px;

 * 'width: 1000px' tu maksudnya korang punya outer wrapper.

4. Lepas tu, korang cari lagi kod nie:

 #header-wrapper {

5. Dah jumpa? Pastikan width header-wrapper nie sama dengan width outer wrapper tadi tu. Kalau dah sama tu maknanya header korang center dahla tu,

6. Cuba Preview dulu. Konfem jadi baru SAVE yer! 



INGAT!!! Tekan Ctrl+C serentak untuk COPY CODE dalam tutorial.

Sunday, October 14, 2012

Makan Malam Tahunan 2012

Setiap tahun mesti tiap-tiap IPT or IPTS buat Annual Dinner kan? Betul tak? Kalau Eyz salah, maaf yer. Hohohoho.

10 Oktober 2012 yang lepas, maktab Eyz adakan Annual Dinner 2012 di Dewan Centrum, Setiawangsa. Ingatkan dekat, rupa-rupanya jauh jugak yer. Sampai tertidur kat dalam bas. Nak kata letih sangat pagi tu, tapi kuliah tak ader. Lena jer tido pagi tu. Hihihihi.

Eyz naik bas yang kedua terakhir hari tu. Kekeke. Bukan sebab make up tebal sangat tapi malas nak pergi awal-awal. Pergi awal-awal tapi takde kerja parah jugak. Hohoho. Petang tu Eyz risau sangat nak guna baju apa. Almaklumlah tema PINK, PURPLE dan WHITE. Akhirnya Eyz pilih untuk pakai baju PINK dengan skirt panjang bunga-bunga PINK.
*Terbayang dah ke? Hahaha. Simple jer. Tak macam yang lain. Mantap wo!

 Mula-mulanya memang malas nak pergi tau. Sebab hujan, sejuknya tu. Bleh lena lagi mata. Hahaha! Nak tido jer kerjakan. Ahakz. Tapi, yang seronoknya, boleh jumpa dengan guru pelatih yang jarang kita jumpa. Hihihi. Almaklumlah ada yang tinggal kat luar. Dah tu boleh makan puas-puas. Letih-letih bayar RM55 takkan taknak datang kot. Sayangnya tu. Melayang jauh RM55. Keke.

btw, Eyz selitkan gambar jela yer walaupun tak menang mana-mana anugerah atau cabutan bertuah untuk malam tu. Uhukz. Hahaha. Mengada tol! Huhuh!

 PINK PILIHANKU!
Hihihi

:: Wajah yang kelaparan. Hihi ::

:: Malunyaa....!! HAHA! ::



 :: Tersenyum kelaparan. Keke. ::

 


:: Sebahagian daripada ahli kelas Eyz. ::

:: Lawan roomate PINK vs PURPLE! Hihihi ::


:: Mantap tak? Keke. Inilah akibatnya terlalu lapar. LICIN! Haha! ::

Bersyukur sangat dinner berjalan dengan lancar walaupun hujan lebat, kilat sambung-menyambung jer malam tu. Yang penting perut dah diisi dengan lauk yang amat sedap! Hihihihi.

"Semoga kenangan kita ini dapat kita bawa sampai ke Semester 8 yer kawan-kawan."

^___^

Tutorial: Tukar Bentuk Cursor Jadi Comel


 Hai semua!!! Lamanya tak jumpa myBlogger nie. Hihihi. Almaklumlah sibuk sangat dan line internet pun macam ciput sangat. Nak tunggu loading habis pun sampai berjanggut kot. 
*perumpamaan jela yer. Hihihi. 

Hari nie, Eyz nak lepaskan peluang keemasan nie untuk kemaskini blog Eyz sementara line internet amat memuaskan hati untuk saat ini..aisemen. Hohoho. Blog Eyz dah berwajah baharu. Tadaaaa. Overlah pulak. Huhuhuhu.

Untuk perjumpaan pertama setelah sekian lama menyepi nie, Eyz nak buat satu tutoriallah. Tiba-tiba rajin pulak kan. Hihihi. Awal-awal pagi nie, Eyz nak ajar macam mana nak ubah bentuk cursor korang. Senang jer. Kacang pulut jer. Hihihihi. KLIK DULU

:: MULA-MULA ::

1. Copy kod di bawah nie. 

<style>body {cursor:url(URL ICON), url(URL ICON), auto;} </style>

<a href="LINK BLOG KORANG" target=_blank><div style="height: 50px; width: 50px; position: absolute; top: 0px; left: 0px;"> </div></a>

**Ayat warna MERAH tu, korang letakkan kod cursor icon yang korang nak.

**Ayat warna BIRU tu, korang letakkan link bagi blog korang.

2. Dashboard  >>> Design >>> Add Gadget >>> Html/ Javascript

3. Paste yang korang dah copy di Langkah 1 tadi tu di Html/ Javascript.

4. SAVE. 

Selesai dah
^___^

Kat bawah nie, Eyz selitkan beberapa kod cursor yang boleh korang guna. Selamat mencuba!!!

<style type="text/css">body, a:hover {cursor: url(http://cur.cursors-4u.net/others/oth-9/oth803.cur), progress !important;}</style><a href="http://www.cursors-4u.com/cursor/2012/02/04/purple-bow-tie-4.html" target="_blank" title="Purple Bow Tie"><img src="http://cur.cursors-4u.net/cursor.png" border="0" alt="Purple Bow Tie" style="position:absolute; top: 0px; right: 0px;" /></a>
<style type="text/css">body, a:hover {cursor: url(http://cur.cursors-4u.net/others/oth-9/oth801.cur), progress !important;}</style><a href="http://www.cursors-4u.com/cursor/2012/02/04/red-bow-tie-6.html" target="_blank" title="Red Bow Tie"><img src="http://cur.cursors-4u.net/cursor.png" border="0" alt="Red Bow Tie" style="position:absolute; top: 0px; right: 0px;" /></a>
<style type="text/css">body, a:hover {cursor: url(http://cur.cursors-4u.net/others/oth-9/oth800.cur), progress !important;}</style><a href="http://www.cursors-4u.com/cursor/2012/02/04/pink-bow-tie-9.html" target="_blank" title="Pink Bow Tie"><img src="http://cur.cursors-4u.net/cursor.png" border="0" alt="Pink Bow Tie" style="position:absolute; top: 0px; right: 0px;" /></a>
<style type="text/css">body, a:hover {cursor: url(http://cur.cursors-4u.net/others/oth-8/oth720.ani), url(http://cur.cursors-4u.net/others/oth-4/oth302.png), progress !important;}</style><a href="http://www.cursors-4u.com/cursor/2011/12/03/boucing-multi-colored-bow-tie-ribbon.html" target="_blank" title="Boucing Multi-Colored Bow Tie Ribbon"><img src="http://cur.cursors-4u.net/cursor.png" border="0" alt="Boucing Multi-Colored Bow Tie Ribbon" style="position:absolute; top: 0px; right: 0px;" /></a>
<style type="text/css">body, a:hover {cursor: url(http://cur.cursors-4u.net/holidays/hol-5/hol416.ani), url(http://cur.cursors-4u.net/holidays/hol-5/hol416.gif), progress !important;}</style><a href="http://www.cursors-4u.com/cursor/2011/12/05/dangling-rainbow-hearts.html" target="_blank" title="Dangling Rainbow Hearts"><img src="http://cur.cursors-4u.net/cursor.png" border="0" alt="Dangling Rainbow Hearts" style="position:absolute; top: 0px; right: 0px;" /></a>
<style type="text/css">body, a:hover {cursor: url(http://cur.cursors-4u.net/toons/too-8/too748.ani), url(http://cur.cursors-4u.net/toons/too-8/too748.png), progress !important;}</style><a href="http://www.cursors-4u.com/cursor/2009/01/31/winnie-the-pooh-glitter.html" target="_blank" title="Winnie The Pooh Glitter"><img src="http://cur.cursors-4u.net/cursor.png" border="0" alt="Winnie The Pooh Glitter" style="position:absolute; top: 0px; right: 0px;" /></a>
<style type="text/css">body, a:hover {cursor: url(http://cur.cursors-4u.net/others/oth-5/oth510.ani), url(http://cur.cursors-4u.net/others/oth-5/oth510.png), progress !important;}</style><a href="http://www.cursors-4u.com/cursor/2009/12/10/animated-pink-pencil.html" target="_blank" title="Animated Pink Pencil"><img src="http://cur.cursors-4u.net/cursor.png" border="0" alt="Animated Pink Pencil" style="position:absolute; top: 0px; right: 0px;" /></a>

...........

Nak kod carian sendiri? Klik SINI


INGAT!!! Tekan Ctrl+C serentak untuk COPY CODE dalam tutorial.