Saturday, July 21, 2012

Berpuasa di Perantauan


Nak kata jauh taklah jauh sangat pun, dalam Malaysia jugak. Hohohoho. Tapi tak ada manusia yang tak ada perasaan rindu. Pasti ada yang terselit walaupun secebis kerinduan di hati. Betul tak? ^__^ 

Tapi Eyz tetap jugak nak kata di perantauan sebabnya di Sarawak dan Eyz di KL. Hihihihi. Bersyukur sangat ke hadrat Ilahi sebabnya Eyz masih diberikan peluang untuk menghayati bulan Ramadhan yang penuh keberkatan tahun nie. Walaupun berjauhan dengan keluarga yang tercinta tapi kawan-kawan masih ada di sisi sebagai teman. Rumet Eyz pun sanggup tau tak makan demi Eyz. Hohohoho. Terharunya Eyz.
"Kau jugaklah rumet tersayang...!!!" Hihihihi.

Sekejap tadi Eyz baru jer lepas 'calling-calling' dengan mak dan ayah Eyz. Rindunya kat diorang. Mesti diorang terasa sangat kan sebabnya hari puasa pertama hanya bertiga jer kat rumah. Setiap tahun berlalunya tahun, seorang demi seorang anak-anak mereka pergi berjauhan dari mereka. Sedihnyaa. Hhhmm.

"Mak.... Ayah.... Kami sebagai anak-anak kalian tak pernah lupa akan segala apa yang diperturunkan kepada kami. Terima kasih yang tak terhingga buat kalian kerana tanpa didikan mak dan ayah takkan sempurnanya kami di muka bumi ini. TERIMA KASIH."

 
Eyz tahu, dalam keriangan mereka di hadapan anak-anak, di hati mereka turut ada kerinduan yang teramat terhadap anak-anak mereka yang kini berada jauh di sisi mereka. 

Tadi sayup-sayup Eyz dengar ayah ucapkan TAHNIAH DAN TAHNIAH kat Eyz. Terima kasih ayah. Eyz tahu ayah tak akan tunjukkan kasih sayangnya macam mak. Tapi Eyz faham. Hakikatnya, orang tua mana yang tak sayangkan anak-anaknya. Betul tak??? Sayang kat semua...!!!

"Kasih seorang bapa tidak mampu diserlahkan seperti seorang ibu. Namun, sayangnya pada anak-anak melebihi seorang ibu walaupun tak nampak di mata anakandanya..."

Tulus ikhlas dari  
MisEyz BLurz Abdullah