Thursday, June 7, 2012

My Love -->> PLAYGIRL

!!!...assalamualaikum dan hai...!!!

!!!!!....MisEyz BLurz kembali lagi....!!!!!

hihihihihi
lamanya dah Eyz tak kemaskini blog nie....nak kata sibuk tu taklah sesibuk macam orang lain....bolehlah tahan....ehheee....hari nie Eyz pandai rindu pulak kat Blog MisEyz BLurz nie....muahhh...!!muahh...!!!sayang awak....!!eyhh...bukan awaklah....dia....bukan DIA tapi dia....ehehe...mulalah nak merapu awal-awal entri...hihihi

hari nie Eyz bukan nak merapu tau tapi nak buat satu entri pasal sebuah novel yang Eyz dah baca....kalau kita tengok dari muka depan novel nie pun dah cukup buat hati tertawan...aisemen...hihihi...

:: comel tak muka depan novel nie???ehhee ::

bukan setakat muka depan jer tau comel tapi jalan cerita pun amat memuaskan hati pembaca...kalau Eyz, Eyz boleh bagi lima per lima (*****) bintang untuk novel nie....macam-macam konflik dan kadang-kadang geram hati baca kandungan novel nie...sebab jalan ceritanya....di sini Eyz selitkan sinopsis bagi novel nie^_^

........................................................................................................................

SINOPSIS

Puteri Laila merasakan kehadiran Hasrul dalam hidupnya bagaikan satu bala apabila musibah sering menimpanya setiap kali lelaki itu mendekatinya. Kisah gila-gila mereka berterusan apabila Puteri Laila mendapat tahu Hasrul sebenarnya mempunyai pertalian persaudaraan dengannya.

Megat Kamarulzaman, iaitu ayah Puteri Laila telah jatuh miskin dan mempertanggungjawabkan Hasrul untuk menjaga Puteri Laila yang banyak sangat karenahnya.

Dapatkah Puteri Laila tinggal bersama Hasrul di rumah yang sangat uzur itu? Bagaimana Hasrul menghadapi perangai Puteri Laila yang gila-gila bahasa itu?

..............................................................................................................................

 "Hei orang miskin, kau dengar sini! Aku akan ingat perbuatan atuk kau tu sampai bila-bila. Dan aku jugak takkan lupa perbuatan kau yang menyimbah air ikan pada badan aku. Aku akan laporkan semua ni pada daddy aku. Daddy aku akan cari kamu berdua dan ajar kamu secukupnya. Daddy aku orang kaya tau, dia boleh buat apa sahaja."- Puteri Laila

Mentang-mentang anak orang kaya, ingat aku takut. Aku pun kaya jugak tau. Aku ada lalang-lalang kat belakang rumah aku tau. Hasrul teringatkan semak belukar di belakang rumahnya. Tak ada duit, ada pokok-pokok kayu pun jadilah.

"Ini cincin yang Rul bagi kepada saya sewaktu dia melamar saya. Malah dia sudah berjanji nak berkahwin dengan saya dalam masa terdekat ni. Apalah sangat yang Rul boleh harapkan dari isteri seperti awak ni, entahkan mampu memberikan zuriat padanya ataupun tidak." - Azia

 ..............................................................................................................................

Penulis bagi novel nie banyak mempersembahkan komedi romantik. Jangan lepaskan peluang untuk membaca novel nie. Eyz amat menyarankan korang pilih novel nie untuk bacaan cuti sekolah nie....!!!!hehehe


No comments: