Sunday, June 10, 2012

Mata kuyu sebab kurang tidur



Haloo. Sejuknya malam nie. Tapi bintang pulak takde. Hhmmm. 

Btw, back to topic for tonite. Ehhee. Korang mesti suka tidur lewatkan? Lebih-lebih lagi kalau yang suka main game, online,... Macam Eyz!!! Hihihihi. Dahlah selalu depan skrin 'lappy'. Tambah-tambah lagi tidur lewat mana tak mata kuyu. Tapi, malam nie Eyz nak kongsi satu tips untuk pembaca blog sekalian. Ehhee. 


Tips Kekal Cantik Walaupun Kurang Tidur

1. Guna 'eye mask gel'


Korang boleh guna mask gel pada mata semasa tidur. Gel yang terdapat di dalamnya mampu membantu merehatkan mata sehingga dapat meminimakan bengkak mata.


2. Mandi guna air sejuk
*Tak payah guna air mandi panas

 
 Dengan menggunakan air dingin untuk mandi korang akan rasa lebih segar. Tak payahlah guna air mandi panas. Sememangnya air hangat boleh membuat kelancaran peredaran darah, tetapi air dingin boleh membuatkan tubuh badan terasa lebih segar. 'Wake your body up with cool water'!!! 


3. Scrub.. Scrub.. Scrub!


Cuci muka dengan menggunakan 'facial scrub' untuk mengeksfoliasi kulit muka. Dengan eksfoliasi ini, kulit muka akan kelihatan lebih cerah tanpa sel-sel kulit mati. Sekarang nie, macam-macam jenis 'facial scrub' yang ada. Bagi Eyz, Garnier Facial Scrub pun okay. Ehhee. Butiran scrub dalam 'facial scrub'  nie adalah untuk melembutkan kulit muka supaya tak kelihatan kusam.


4. Concealer


Kalau dah tak cukup tidur atau terlalu kerap berdepan dengan skrin 'lappy', mesti kantung mata mulai gelap. Mesti korang rasa malu nak keluar rumah dah kan. Sekarang, macam-macam cara boleh guna. Korang boleh guna concealer mata mengikut kesesuaiannya. Dengan cara nie akan dapat menyembunyikan gelap bawah mata.

5. Timun/ Tomato


Guna hirisan timun atau tomato dan aplikasikan kat mata korang. Hirisan timun atau tomato nie diletakkan di atas mata. Walaupun cara nie bukanlah cara yang mampu menghilangkan gelap bawah mata tetapi boleh memberikan kesegaran pada mata korang. Kalau tak percaya, boleh cuba.

SELAMAT MENCUBA
^___^

  

2 comments:

ChEnTA LiEYza said...

wooww...tips kecntikn ...hehehe...

MisEyz BLurz said...

@ChEnTA LiEYza
Hihihi. Perkongsian yg baharu!!! Ehhee ^__^