Friday, June 8, 2012

Khasiat Masker Telur


Hari ni tiba-tiba pulak datang kerajinan tuan puteri MisEyz BLurz nak bertopengkan putih telur....sampai tertidur-tidur pulak tu...keke...korang pernah cuba tak buat masker pakai putih telur???

Seronok tau...korang boleh rasa ketegangan dan kehalusan pada kulit wajah lepas korang pakai masker daripada putih telur ayam...bukan telur lain tau....hohoho(-___-)"

Eyz minggu nie bukan jer nak buat tutorial pasal blog tapi nak jugalah berkongsi ramuan untuk buat topeng a.k.a masker muka daripada sebiji telur ayam...ehhee....

:: BAHAN ::
1 biji telur - digalakkan untuk memilih yang organik  


:: CARA MEMBUAT MASKER DENGAN PUTIH TELUR ::

1. Asingkan putih telur dari kuning telur.
2. Kocakkan putih telur dengan menggunakan garfu sehingga menampakkan buihnya.
3. Pastikan buihnya mengental dan membentuk buih yang lebih padat.

:: CARA PEMAKAIAN MASKER PUTIH TELUR ::

1. Bersihkan wajah dengan pembersih wajah terlebih dahulu.
2. Dengan menggunakan 'foundation brush' atau gunakan jari tangan dan sapukan masker putih telur pada seluruh wajah, kecuali kawasan mata.
3. Biarkan beberapa minit sehingga lapisan masker kering.
(anda akan rasa kulit muka tegang dan sukar untuk menggerakkannya)
4. Bersihkan masker dari wajah dengan menggunakan air sederhana suam.
5. Lapkan muka dengan menggunakan tuala yang bersih.
6. Gunakan ais batu untuk menutup pori-pori pada wajah.

:: KHASIAT MASKER PUTIH TELUR ::

Putih telur dapat membantu menyerap lebihan minyak pada wajah sehingga sesuai untuk korang yang memiliki kulit berminyak. Selain itu, masker putih telur ini juga mampu mencerahkan dan menegangkan kulit wajah.



:: CARA MEMBUAT MASKER DARI KUNING TELUR ::

1. Asingkan kuning telur dari putih telur.
2. Pecahkan bahagian kuning telur dengan menggunakan garfu yang bersih.




:: CARA PEMAKAIAN MASKER KUNING TELUR ::

1. Dengan menggunakan 'foundation brush' atau jari tangan, sapukan masker kuning telur pada seluruh wajah, kecuali kawasan mata.
2. Sapukan hanya sedikit dan secukupnya saja secara rata pada wajah.
3. Biarkan beberapa minit sehingga lapisan masker kering.
(anda akan rasa kulit muka tegang dan sukar untuk menggerakkannya)
4. Bersihkan kulit muka dengan menggunakan tuala bersih dan air sederhana suam.

:: KHASIAT MASKER KUNING TELUR ::

Kuning telur berkhasiat untuk melembapkan, dan melembutkan kulit sehingga kulit terasa lembut dan halus seketika.

.................................................................................


"Korang digalakkan menggunakan masker putih telur dan diteruskan menggunakan masker kuning telur pada masa 1 kali setiap minggu. Tetapi untuk yang berkulit sangat berminyak atau cenderung berjerawat dapat mencuba menggunakan masker putih telur sahaja. Korang cubalah dulu baru tau hasilnya macam mana. Eyz dah cuba dah. MEMANG BERHASIL!!!!"

!!!!!...SELAMAT MENCUBA...!!!!!

^___^


5 comments:

Cikgu Q-RatU aiNi said...

Wahh, bgslah cikgu ni.. Aini pun dah bt baru2 ni, tp putih telur dgn madu. utk buang kulit mati. Nak try jugalah resepi kecantikan cikgu ni.. Thanks cikgu..^_^

p/s: dapatkah kulit katakku ini diubati? haha

MisEyz BLurz said...

@Cikgu Q-RatU aiNi
Resepi yg mudah jer Cikgu Aini. Hihi. Nak buang kulit mati? Cuba guna facial scrub. InsyaAllah okay.

cEx aRiana said...

senang jew kan ... buatnye

cEx aRiana said...

senang nyew..,

MA Hanifah said...

wahh.. saya pun pernqh buat,,zaman muka teruk2 dulu..skrg jarang dh,,nih nk apply blek,,skrg dk bermasker telur lh nih..ehe.. hasil mmg superb! sesuai klau sapa ada parut bekas jerawat..

jom ziarah blog sy.. :)