Saturday, June 9, 2012

Bimbang akan kulit muka???


Hai semua!!! Hari nie Eyz nak kongsi satu tips macam mana nak kurangkan muka yang telah sunburn dan merawat kulit muka yang kering atau mengelupas. Tips nie Eyz tujukan khas buat kaum hawa. Hihihi. Al-maklumlah, kaum hawa nie kalau mengalami masalah kulit muka semestinya akan buat korang stres. Betul tak??? Samalah dengan Eyz. Ehhee. 

Mesti korang akan rasa malu sangat nak keluar rumah, malu nak pergi kuliah nak pergi tempat kerja pun malu sebab kulit muka yang bermasalah terutamanya kering dan burn sebab lebihan pendedahan cahaya matahari. Sebenarnya, ada cara nak kurangkan semua tu. Eyz pun pernah alami masalah macam korang jugak. Sehinggakan buat Eyz rasa malu sangat nak keluar pergi kuliah. Hihihihi. 
Di sini Eyz sarankan, jangan letak bedak tebal-tebal kalau muka kena sunburn. Nanti nampak kelabu muka korang. Lagilah buat diri tak konfiden. Betol tak??

Eyz galakkan korang untuk guna produk nie. 


Eyz pernah guna produk nie. Memang berkesan. Kurangkan masalah kulit muka yang mengelupas dan sunburn sekali. Korang boleh dapatkan produk nie di Guardian ataupun Watson ataupun di mana-mana korang rasa ada jual produk nie. Hihihi. Cubalah!!! Tapi kalau rasa ragu-ragu, sebelum guna tanya doktor dulu. Okay??? ^__^

Sebenarnya Aloe Vera nie banyak rahsianya. Dulu datuk Eyz amalkan guna Aloe Vera nie untuk lancarkan perjalanan darah. Dan sekarang cucunya pulak guna. Tapi yang dah jadi produklah. Hihihi. 

.............................................................

Sini Eyz coretkan sikit mengenai Aloe Vera a.k.a Lidah Buaya. 

 
Nama Tempatan: Lidah buaya

Nama Saintifik: Aloe Vera Linn.

Nama Lain: jadam(melayu), crocodile tounge(english), salvia(sepanyol) dan lu hui (cina)

Famili: Liliaceae

Lokasi dijumpai: Seluruh dunia

Asal: Afrika Utara

:: Keterangan ::
Aloe vera atau lidah buaya atau nama saintifiknya Aloe Vera Linn dikenali juga dengan nama lily of the desert, plant of immortality dan tumbuhan berubat.

Nama aloe berasal dari perkataan arab (alloeh) yang bermaksud pahit. Pada tahun 1500 sebelum masehi, orang-orang mesir telah mula menggunakan aloe vera untuk mengubat kelecuran akibat terbakar, jangkitan kuman dan serangan parasit.

Aloe vera mudah ditemui di seluruh dunia dan pada semua iklim. Terdapat lebih dari 500 jenis aloe vera.

Aloe vera mengandungi 96% kandungan air dan selebihnya adalah minyak pati, asid amino, mineral, vitamin, enzim dan glikoprotein.Aloe vera banyak ditanam kini sebagai tumbuhan hiasan didalam pasu.Daunnya tajam dan berbentuk taji dengan duri disekeliling daunnya. Panjang daunnya boleh mencapai antara 15-20 cm panjang. Aloe vera juga mempunyai bunga yang berwarna kuning kemerahan. Tumbuhan ini dikatakan berasal dari Afrika Utara.

Aloe Vera membiak dengan cara pembahagian anak. Nama lain bagi aloe vera ialah: jadam(melayu), crocodile tounge(english), salvia(sepanyol) dan lu hui (cina)

:: Kegunaan ::
Pengamal perubatan moden mula menggunakan aloe vera semenjak tahun 1930-an. Bahagian yang digunakan adalah daunnya. Ia banyak digunakan untuk mengubat colitis dan ulcer peptic.

Ia juga digunakan sebagai makanan tambahan yang boleh membantu penghadaman, melancarkan perjalanan darah, juga untuk meningkatkan kecekapan buah pinggang, pundi kencing dan hati.
Ia juga mengandungi sekurang-kurangnya 3 asid lemak yang berguna untuk perut, usus kecil dan usus besar. Sifatnya yang beralkali juga dapat membantu mengurangkan masalah asid berlebihan dalam badan yang juga merupakan punca utama masalah sukar menghadamkan makanan.

Ia boleh menolong melancarkan dan membersihkan salur makanan(salur penghadaman).Satu bahan yang baru ditemui dalam aloe vera ialah acemannan dan ia sedang dikaji kerana potensinya yang dipercayai dapat menguatkan ketahanan semulajadi badan. Bahan ini dapat menjanakan pengeluaran T-limfosit yang membantu sistem pertahanan badan.

Untuk kegunaan di rumah pula, gel yang diekstrak dari daun lidah buaya boleh gunakan jika bahagian badan melecur, melepuh atau bangkat. Ia boleh digunakan ketika demam untuk menurunkan suhu badan dengan cara menyapu gelnya pada kepala , dahi dan pelipis.

Lidah buaya juga membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka.Ia juga mengurangkan gatal-gatal akibat dari gigitan serangga.

Untuk penggunakan kecantikan gel dari daunnya boleh membantu mencegah jerawat dan menegangkan kulit muka.

Ia juga menambahkan kelembapan pada muka, merawat sunburn dan masalah kerengsaan kulit. Ia juga digunakan untuk melebat dan menyuburkan rambut ia boleh digunakan secara terus. Untuk membuat jusnya, kupas bahagian luar daun dan blend hingga hancur, campurkan sedikit air.

.............................................


"Banyak jugak rahsia Aloe Vera nie. Hohohoho. Eyz cuma guna untuk rawat masalah muka dengan syampu dia jer. Memang berkesan. Ehhheee"

!!!...SELAMAT MENCUBA...!!!

No comments: