Sunday, June 10, 2012

AWAK SUKA SAYA TAK?


AWAK SUKA SAYA TAK?

Kalau suka awak nak buat ape?? Hohohoho. Eyz gurau jer. Ehhee. 'Awak Suka Saya Tak?' nie merupakan tajuk novel yang dikira feveret Eyz. BEST tau!!! Korang pernah baca tak? Pernah tengok novel nie di mana-mana tempat jual buku tak? Kalau korang baca konfem cair. Kekeke. Walaupun novel nie tebal giler. Mungkin korang rasa "Hhmmm... Malaslah nak baca. Tebal sangat!" Hohoho. Tapi bagi Eyz kalau korang baca korang akan terus baca. Betul!!! Tak tipu punya. Huhu.

Dalam banyak-banyak buku yang Eyz beli, buku nielah buku yang paling tebal yang Eyz pernah beli selain Kamus Dewan Edisi Ke-4. 
Al-maklumlah guna baucer buku. Ops!! Ehhee.


 
......................................................................................
 

 Kisah kasih sayang antara Hilman Yong kacukan Korea - American - Cina dengan Intan Zulaikha. Mereka sangat berbeza tetapi kerana perbezaan itulah mereka berjodoh. Malangnya, kesampaiankah jodoh mereka apabila Hilman Yong seorang yang baharu mengenali Islam lebih mencintai Islam dari Intan Zulaikha yang sememangnya dilahirkan Islam dari keturunan lagi berselisih faham kerana ego seorang Intan.

Muncul pula Damien Yong yang sentiasa menyesakkan dada Intan Zulaikha dengan aksinya yang daring, sexy, nakal dan menggoda. Intan terpaksa bersabar dengan Damien semata-mata untuk mendapatkan semula Hilmannya…seorang hamba Allah yang penuh kesabaran dan kesopanan.

Hilmanku…sifuku…kekasihku…Kembalilah…

"Saya tak pernah tinggalkan awak. Walaupun awak jauh, saya dapat melihat awak. Walaupun awak jauh, saya dapat merasa kehadiran awak. Walau pun awak jauh, saya dapat mendengar awak. Saya sentiasa di sisi awak. Awak sentiasa di sisi saya, di sini…" 
Hilman Yong

"Don’t worry, I won’t kiss you. Saya tak cium sembarangan gadis. Saya tak ada selera dengan gadis biadab dan sombong seperti awak. Cik Zulaikha….saya nampak kehampaan di wajah awak. You really want me to kiss you. I can feel it. I can see it. From your eyes… your lips. Tetapi seperti saya cakap tadi, saya tak selera dengan orang biadab. Ciuman saya tidak semurah itu. Hanya untuk gadis yang bertuah dan terpilih saja."  
Damien Yong
"Saya akui saya gembira bersama Mr Damien..saya tak boleh menyembunyikan perasaan saya……tetapi perasaan saya terhadap Mr Damien sepertimana kita bersentuhan di malam itu. Boleh saling melihat, saling bersentuh, saling bercium…..tetapi hanya di dinding kaca….ada batas dan sekatan. Yang tidak boleh dipecahkan……walau cuba dipecahkan…pasti kita akan cedera..ditusuk atau dihiris . Itulah Islam. Yang menjaga maruah dan kesucian sesuatu hubungan. Hanya hubungan halal yang boleh melenyapkannya." 
Intan Zulaikha
...................................................................................

 Seronok tau baca novel nie. Eyz baca walaupun dah habis baca masih belum puas membaca. Hilman Yong seorang yang amat pentingkan agama Islam walaupun ia bukan dari keturunan yang beragama Islam. Nielah yang buat Eyz terharu sangat. Hhmmm. 

Nak tahu lebih lanjut siapa Hilman Yong dan siapa Damien Yong???? Baca dan hayatilah jalan cerita novel Melur Jelita nie. Korang akan rasa amat berpuas hati. Ehhee. Eyz bagi sepuluh bintang ********** untuk novel nie. Hihihihi. Walaupun Eyz peruntukkan hanya maksimum lima bintang tapi untuk novel nie lebih sikit sebab memang THE BEST!!!!!

No comments: