Tuesday, June 12, 2012

Mencari Hati Nurani



Kupetik bintang-bintang di langit
kutatap rapi indah tampaknya
berkelip-kelipan menyinarkan suasana
yang saban hari menenangkan jiwa
yang kadang-kala merunsingkan minda.
 

Di saat waktu berhenti
ku ratapi segala yang terjadi
kekhilafan diri menggoyahkan hati
merunsingkan jauhari
menanti yang tak sudah
menunggu yang enggan rebah
harapan meninggi kecil menjadi
menyalanya merah malap kesekian hari
entah bila akan kekal abadi
yang diingini menjadi hakiki.


Namun,
tidak ada apa yang abadi
hanya cinta Allah yang hakiki
menembusi taman firdausi
mengeratkan jiwa nurani.


Andai hujan batu melanda
hanya ia sanggup redah segala
demi hati yang suci
sakit dirasa tiada endahnya
dalam kelukaan
senyuman ia menghiasi jua
walau diselebungi kepedihan
terselindung khazanah cinta Adam dan Hawa.


Sekali lagi,
nadiku terhenti seketika
menginginkan diriku merasa seperti ia
namun egois melanda jua
enggan mengalah walau berkurun lamanya.


Berdetik masa berlalu
dibiarkan saatnya menunggu
walau itu semestinya jitu
biar takdir menemukan yang satu.


 
:: MisEyz BLurz ::



Monday, June 11, 2012

Walau sakit tapi hati suka


Betul!! Betul!!! Walaupun terasa sakit tapi hati memang suka sangat!!!! Hihihihi. Tau kenapa??? Sekarang umur dah 20++. Tapi hari tu, Eyz duduk atas pangkuan mak Eyz!!! Jangan jeles tau. Aisemen. Macamlah ada yang jeles. Kan?? Kan?? Hohohoho.

Bukan apa pun. Al-maklumlah 'seat' kereta tak muat. Dari Sungai Besi sampai ke LCCT Eyz syok dipangku oleh bonda tercinta. Walaupun pinggang sakit sangat tapi rindu saat itu. Hihihihi.


Teringat Eyz masa kecik-kecik dulu. Kalau pergi mana-mana mesti dalam pangkuan mak. Selalu tidur atas paha mak. Didodoikan oleh mak. Alahai, rindunya saat macam tu kan. 

"Semoga Allah panjangkanlah umur kedua-dua orang tua ku, ya Allah!!!"
AMIN

Sunday, June 10, 2012

Mata kuyu sebab kurang tidur



Haloo. Sejuknya malam nie. Tapi bintang pulak takde. Hhmmm. 

Btw, back to topic for tonite. Ehhee. Korang mesti suka tidur lewatkan? Lebih-lebih lagi kalau yang suka main game, online,... Macam Eyz!!! Hihihihi. Dahlah selalu depan skrin 'lappy'. Tambah-tambah lagi tidur lewat mana tak mata kuyu. Tapi, malam nie Eyz nak kongsi satu tips untuk pembaca blog sekalian. Ehhee. 


Tips Kekal Cantik Walaupun Kurang Tidur

1. Guna 'eye mask gel'


Korang boleh guna mask gel pada mata semasa tidur. Gel yang terdapat di dalamnya mampu membantu merehatkan mata sehingga dapat meminimakan bengkak mata.


2. Mandi guna air sejuk
*Tak payah guna air mandi panas

 
 Dengan menggunakan air dingin untuk mandi korang akan rasa lebih segar. Tak payahlah guna air mandi panas. Sememangnya air hangat boleh membuat kelancaran peredaran darah, tetapi air dingin boleh membuatkan tubuh badan terasa lebih segar. 'Wake your body up with cool water'!!! 


3. Scrub.. Scrub.. Scrub!


Cuci muka dengan menggunakan 'facial scrub' untuk mengeksfoliasi kulit muka. Dengan eksfoliasi ini, kulit muka akan kelihatan lebih cerah tanpa sel-sel kulit mati. Sekarang nie, macam-macam jenis 'facial scrub' yang ada. Bagi Eyz, Garnier Facial Scrub pun okay. Ehhee. Butiran scrub dalam 'facial scrub'  nie adalah untuk melembutkan kulit muka supaya tak kelihatan kusam.


4. Concealer


Kalau dah tak cukup tidur atau terlalu kerap berdepan dengan skrin 'lappy', mesti kantung mata mulai gelap. Mesti korang rasa malu nak keluar rumah dah kan. Sekarang, macam-macam cara boleh guna. Korang boleh guna concealer mata mengikut kesesuaiannya. Dengan cara nie akan dapat menyembunyikan gelap bawah mata.

5. Timun/ Tomato


Guna hirisan timun atau tomato dan aplikasikan kat mata korang. Hirisan timun atau tomato nie diletakkan di atas mata. Walaupun cara nie bukanlah cara yang mampu menghilangkan gelap bawah mata tetapi boleh memberikan kesegaran pada mata korang. Kalau tak percaya, boleh cuba.

SELAMAT MENCUBA
^___^

  

Tutorial : Sembunyikan Shoutbox


Hari tu Eyz dah ajar macam mana nak  buat shoutbox guna Shoutbox Busuk.org kan. Sekarang Eyz akan bagi tutorial free untuk korang sembunyikan atau 'hide' shoutbox korang. Jangan risau. Mudah jer. Tak susah pun. Ehhee.

:: LANGKAH - LANGKAH ::

1. Sign In.

2. Dashboard > Design > Add Gadget > HTML/ JavaScript

3. Copy kod yang ada kat bawah nie....

<style type="text/css">

#gb{
position:fixed;
top:50px;
z-index:+1000;
}
* html #gb{position:relative;}

.gbtab{
height:350px;
width:140px;
float:left;
cursor:pointer;
background:url('URL PIC YANG KORANG SUKA') no-repeat;
}
.gbcontent{
float:left;
border:2px solid #00000;
background:#F5F5F5;
padding:10px;
}
</style>

<script type="text/javascript">
function showHideGB(){
var gb = document.getElementById("gb");
var w = gb.offsetWidth;
gb.opened ? moveGB(0, 150-w) : moveGB(170-w, 0);
gb.opened = !gb.opened;
}
function moveGB(x0, xf){
var gb = document.getElementById("gb");
var dx = Math.abs(x0-xf) > 10 ? 5 : 1;
var dir = xf>x0 ? 1 : -1;
var x = x0 + dx * dir;
gb.style.right = x.toString() + "px";
if(x0!=xf){setTimeout("moveGB("+x+", "+xf+")", 10);}
}
</script>
<div id="gb">
<div class="gbtab" onclick="showHideGB()"> </div>
<div class="gbcontent">

MASUKKAN KOD SHOUTMIX KORANG KAT SINI

<div style="text-align:right">
<a href="javascript:showHideGB()">
[close]
</a>
</div>
</div>
</div>
<script type="text/javascript">
var gb = document.getElementById("gb");
gb.style.right = (140-gb.offsetWidth).toString() + "px";
</script>

4. Copy dah? Lepas tu, paste kat HTML/ JavaScript tadi.

5. Yang warna HIJAU tu, korang cari pic yang korang nak. Masukkan kat dalam kurungan tu. Kalau nak cari pic kat Photobucket pun boleh.

6. Tapi jangan lupa! Bagi yang warna BIRU, tentukan saiz pic mengikut kesesuaian.

7. SAVE!!!

SELAMAT MENCUBA
^___^


AWAK SUKA SAYA TAK?


AWAK SUKA SAYA TAK?

Kalau suka awak nak buat ape?? Hohohoho. Eyz gurau jer. Ehhee. 'Awak Suka Saya Tak?' nie merupakan tajuk novel yang dikira feveret Eyz. BEST tau!!! Korang pernah baca tak? Pernah tengok novel nie di mana-mana tempat jual buku tak? Kalau korang baca konfem cair. Kekeke. Walaupun novel nie tebal giler. Mungkin korang rasa "Hhmmm... Malaslah nak baca. Tebal sangat!" Hohoho. Tapi bagi Eyz kalau korang baca korang akan terus baca. Betul!!! Tak tipu punya. Huhu.

Dalam banyak-banyak buku yang Eyz beli, buku nielah buku yang paling tebal yang Eyz pernah beli selain Kamus Dewan Edisi Ke-4. 
Al-maklumlah guna baucer buku. Ops!! Ehhee.


 
......................................................................................
 

 Kisah kasih sayang antara Hilman Yong kacukan Korea - American - Cina dengan Intan Zulaikha. Mereka sangat berbeza tetapi kerana perbezaan itulah mereka berjodoh. Malangnya, kesampaiankah jodoh mereka apabila Hilman Yong seorang yang baharu mengenali Islam lebih mencintai Islam dari Intan Zulaikha yang sememangnya dilahirkan Islam dari keturunan lagi berselisih faham kerana ego seorang Intan.

Muncul pula Damien Yong yang sentiasa menyesakkan dada Intan Zulaikha dengan aksinya yang daring, sexy, nakal dan menggoda. Intan terpaksa bersabar dengan Damien semata-mata untuk mendapatkan semula Hilmannya…seorang hamba Allah yang penuh kesabaran dan kesopanan.

Hilmanku…sifuku…kekasihku…Kembalilah…

"Saya tak pernah tinggalkan awak. Walaupun awak jauh, saya dapat melihat awak. Walaupun awak jauh, saya dapat merasa kehadiran awak. Walau pun awak jauh, saya dapat mendengar awak. Saya sentiasa di sisi awak. Awak sentiasa di sisi saya, di sini…" 
Hilman Yong

"Don’t worry, I won’t kiss you. Saya tak cium sembarangan gadis. Saya tak ada selera dengan gadis biadab dan sombong seperti awak. Cik Zulaikha….saya nampak kehampaan di wajah awak. You really want me to kiss you. I can feel it. I can see it. From your eyes… your lips. Tetapi seperti saya cakap tadi, saya tak selera dengan orang biadab. Ciuman saya tidak semurah itu. Hanya untuk gadis yang bertuah dan terpilih saja."  
Damien Yong
"Saya akui saya gembira bersama Mr Damien..saya tak boleh menyembunyikan perasaan saya……tetapi perasaan saya terhadap Mr Damien sepertimana kita bersentuhan di malam itu. Boleh saling melihat, saling bersentuh, saling bercium…..tetapi hanya di dinding kaca….ada batas dan sekatan. Yang tidak boleh dipecahkan……walau cuba dipecahkan…pasti kita akan cedera..ditusuk atau dihiris . Itulah Islam. Yang menjaga maruah dan kesucian sesuatu hubungan. Hanya hubungan halal yang boleh melenyapkannya." 
Intan Zulaikha
...................................................................................

 Seronok tau baca novel nie. Eyz baca walaupun dah habis baca masih belum puas membaca. Hilman Yong seorang yang amat pentingkan agama Islam walaupun ia bukan dari keturunan yang beragama Islam. Nielah yang buat Eyz terharu sangat. Hhmmm. 

Nak tahu lebih lanjut siapa Hilman Yong dan siapa Damien Yong???? Baca dan hayatilah jalan cerita novel Melur Jelita nie. Korang akan rasa amat berpuas hati. Ehhee. Eyz bagi sepuluh bintang ********** untuk novel nie. Hihihihi. Walaupun Eyz peruntukkan hanya maksimum lima bintang tapi untuk novel nie lebih sikit sebab memang THE BEST!!!!!

Saturday, June 9, 2012

Santai dengan MV mereka



Dah lepas entri pasal informasi sekarang kita santai-santai pulak. Tak boleh nak santai kat pantai kita santai-santai depan 'lappy' tengok MV nie. Hihihihi ^__^


Santai bersama Sleeq dan Najwa Latif

:: UNTUK DIA ::

[Sleeq]
Kuatkan radio, kuatkan radio anda
Kuatkan radio, kuatkan radio
Aku yang patut, yang patut
Memberinya segala
Kerna aku mampu
Ya aku mampu
Melakukan apa-apa saja

Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)

Dia penuh gaya, semuapun nak bayar
Memang selalu belanja
Mungkin anak orang kaya
Kadang kala pabila
Dia ke Singapura
Tak duduk rumah saudara
Dia inginkan Shangrila

Bertemu di Facebook
Beberapa hari kemudian
Mungkin gua comel kot
Ajak ku jumpanya di KL, Ooh KL
Oh lupa bilang gadis ni KL
Tak cakap kosong dia memang begini
Akhirnya dapat tahu dia punyai lelaki
Lelakinya pula kan bawa Mercedez
Apa saja dia minta dia memberi tetapi

Aku yang patut, yang patut
Memberinya segala
Kerna aku mampu, ya aku mampu
Melakukan apa-apa saja

Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)

[Najwa Latif]
Engkau Punya Gaya
Walaupun tak kaya
Bukan paras rupa yang aku pandang sahaja
Mungkin kau lihat ku
Ku banyak berbelanja
Tapi sebenarnya ku biasa-biasa saja

Bertemu di MukaBuku
Ku jatuh hati padamu
Bukan tak nak mengaku
Tapi hati rasa malu

Senyum mu menawan menawan
Kau buat hatiku tertawan
Ada sesuatu yang kau perlu tahu
Tentang diri aku dengan lelaki itu
Meski dia bisa beriku apa sahaja
Tapi itu semua tidak boleh beri bahagia (bahagia)
Itu bukan segalanya

[Sleeq]
Aku yang patut, yang patut
Memberinya segala
Kerna aku mampu
Ya aku mampu
Melakukan apa-apa saja

Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)

[Najwa Latif]
Jadi engkau yang patut, yang patut
Memberiku segala
Kerna engkau mampu, ya engkau mampu
Melakukan apa-apa saja

Untuk aku (okay)
Untuk aku
Untuk aku
Untuk aku (untuk kamu)
Untuk aku
Untuk aku
Untuk aku
Untuk aku

Mak Dara????


Ada ke Mak Dara??? Korang rasa?? Ahakz. Jangan fikir yang bukan-bukan tau. Ehhee. Kali nie sekali lagi Eyz nak tulis entri berkenaan dengan MAK DARA. Ops!!! Eyz salah taip ke?? Betullah. Memang kali nie Eyz nak buat satu entri pasal MAK DARA. Hohohoho

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Bukan Mak Dara apa yang Eyz nak coretkan kali nie. Nie pasal 'Bedak Sejuk Mak Dara'. Kekeke. Sekali lagi tentang rawatan muka. Hihihihi. Al-maklumlah musim cuti nie kan. Mesti ramai yang tengah berusaha memulihkan masalah pada muka. Betul tak?? Ehhee.

Jangan pandang remeh bedak sejuk Mak Dara nie tau. TERBAIK DOE...!!! Hohoho. Eyz pun pakai tau. Kekeke. Eyz guna nie untuk sembuhkan warna kulit muka yang tak sekata. Al-maklumlah kalau dah guna tudung mesti kulit muka tak sekata. Betul tak? Tapi jangan risau. Setiap permasalahan ada jalan penyelesaiannya.


Nielah dia Bedak Sejuk Jamu Mak Dara.Bedak sejuk digunakan untuk menghilangkan ruam pada muka dan membersihkan liang-liang kulit serta menghilangkan kesan-kesan hitam pada leher, supaya kulit sentiasa segar dan berseri.

 :: Cara Penggunaannya ::
1. Ambil 3 hingga 5 butir bedak dan tambahkan dengan beberapa titis air. Sapukan pada bahagian pipi, dagu, leher dan bahagian lain untuk menghilangkan kesan hitam.

2. Biarkan kering dan cuci bila perlu.
Seelok-eloknya biarkan selama yang mungkin agar kebaikan bedak sejuk dapat diserap oleh kulit.

3. Agar muka tampak lebih bersih, oleskan sedikit air pada bedak yang telah kering di kulit dan gosokkan perlahan-lahan. Cuci muka dan bahagian yang berkenaan sehinga bersih.

SELAMAT MENCUBA

Sumber: Bedak Sejuk Jamu Mak Dara


Bimbang akan kulit muka???


Hai semua!!! Hari nie Eyz nak kongsi satu tips macam mana nak kurangkan muka yang telah sunburn dan merawat kulit muka yang kering atau mengelupas. Tips nie Eyz tujukan khas buat kaum hawa. Hihihi. Al-maklumlah, kaum hawa nie kalau mengalami masalah kulit muka semestinya akan buat korang stres. Betul tak??? Samalah dengan Eyz. Ehhee. 

Mesti korang akan rasa malu sangat nak keluar rumah, malu nak pergi kuliah nak pergi tempat kerja pun malu sebab kulit muka yang bermasalah terutamanya kering dan burn sebab lebihan pendedahan cahaya matahari. Sebenarnya, ada cara nak kurangkan semua tu. Eyz pun pernah alami masalah macam korang jugak. Sehinggakan buat Eyz rasa malu sangat nak keluar pergi kuliah. Hihihihi. 
Di sini Eyz sarankan, jangan letak bedak tebal-tebal kalau muka kena sunburn. Nanti nampak kelabu muka korang. Lagilah buat diri tak konfiden. Betol tak??

Eyz galakkan korang untuk guna produk nie. 


Eyz pernah guna produk nie. Memang berkesan. Kurangkan masalah kulit muka yang mengelupas dan sunburn sekali. Korang boleh dapatkan produk nie di Guardian ataupun Watson ataupun di mana-mana korang rasa ada jual produk nie. Hihihi. Cubalah!!! Tapi kalau rasa ragu-ragu, sebelum guna tanya doktor dulu. Okay??? ^__^

Sebenarnya Aloe Vera nie banyak rahsianya. Dulu datuk Eyz amalkan guna Aloe Vera nie untuk lancarkan perjalanan darah. Dan sekarang cucunya pulak guna. Tapi yang dah jadi produklah. Hihihi. 

.............................................................

Sini Eyz coretkan sikit mengenai Aloe Vera a.k.a Lidah Buaya. 

 
Nama Tempatan: Lidah buaya

Nama Saintifik: Aloe Vera Linn.

Nama Lain: jadam(melayu), crocodile tounge(english), salvia(sepanyol) dan lu hui (cina)

Famili: Liliaceae

Lokasi dijumpai: Seluruh dunia

Asal: Afrika Utara

:: Keterangan ::
Aloe vera atau lidah buaya atau nama saintifiknya Aloe Vera Linn dikenali juga dengan nama lily of the desert, plant of immortality dan tumbuhan berubat.

Nama aloe berasal dari perkataan arab (alloeh) yang bermaksud pahit. Pada tahun 1500 sebelum masehi, orang-orang mesir telah mula menggunakan aloe vera untuk mengubat kelecuran akibat terbakar, jangkitan kuman dan serangan parasit.

Aloe vera mudah ditemui di seluruh dunia dan pada semua iklim. Terdapat lebih dari 500 jenis aloe vera.

Aloe vera mengandungi 96% kandungan air dan selebihnya adalah minyak pati, asid amino, mineral, vitamin, enzim dan glikoprotein.Aloe vera banyak ditanam kini sebagai tumbuhan hiasan didalam pasu.Daunnya tajam dan berbentuk taji dengan duri disekeliling daunnya. Panjang daunnya boleh mencapai antara 15-20 cm panjang. Aloe vera juga mempunyai bunga yang berwarna kuning kemerahan. Tumbuhan ini dikatakan berasal dari Afrika Utara.

Aloe Vera membiak dengan cara pembahagian anak. Nama lain bagi aloe vera ialah: jadam(melayu), crocodile tounge(english), salvia(sepanyol) dan lu hui (cina)

:: Kegunaan ::
Pengamal perubatan moden mula menggunakan aloe vera semenjak tahun 1930-an. Bahagian yang digunakan adalah daunnya. Ia banyak digunakan untuk mengubat colitis dan ulcer peptic.

Ia juga digunakan sebagai makanan tambahan yang boleh membantu penghadaman, melancarkan perjalanan darah, juga untuk meningkatkan kecekapan buah pinggang, pundi kencing dan hati.
Ia juga mengandungi sekurang-kurangnya 3 asid lemak yang berguna untuk perut, usus kecil dan usus besar. Sifatnya yang beralkali juga dapat membantu mengurangkan masalah asid berlebihan dalam badan yang juga merupakan punca utama masalah sukar menghadamkan makanan.

Ia boleh menolong melancarkan dan membersihkan salur makanan(salur penghadaman).Satu bahan yang baru ditemui dalam aloe vera ialah acemannan dan ia sedang dikaji kerana potensinya yang dipercayai dapat menguatkan ketahanan semulajadi badan. Bahan ini dapat menjanakan pengeluaran T-limfosit yang membantu sistem pertahanan badan.

Untuk kegunaan di rumah pula, gel yang diekstrak dari daun lidah buaya boleh gunakan jika bahagian badan melecur, melepuh atau bangkat. Ia boleh digunakan ketika demam untuk menurunkan suhu badan dengan cara menyapu gelnya pada kepala , dahi dan pelipis.

Lidah buaya juga membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka.Ia juga mengurangkan gatal-gatal akibat dari gigitan serangga.

Untuk penggunakan kecantikan gel dari daunnya boleh membantu mencegah jerawat dan menegangkan kulit muka.

Ia juga menambahkan kelembapan pada muka, merawat sunburn dan masalah kerengsaan kulit. Ia juga digunakan untuk melebat dan menyuburkan rambut ia boleh digunakan secara terus. Untuk membuat jusnya, kupas bahagian luar daun dan blend hingga hancur, campurkan sedikit air.

.............................................


"Banyak jugak rahsia Aloe Vera nie. Hohohoho. Eyz cuma guna untuk rawat masalah muka dengan syampu dia jer. Memang berkesan. Ehhheee"

!!!...SELAMAT MENCUBA...!!!

Friday, June 8, 2012

Khasiat Masker Telur


Hari ni tiba-tiba pulak datang kerajinan tuan puteri MisEyz BLurz nak bertopengkan putih telur....sampai tertidur-tidur pulak tu...keke...korang pernah cuba tak buat masker pakai putih telur???

Seronok tau...korang boleh rasa ketegangan dan kehalusan pada kulit wajah lepas korang pakai masker daripada putih telur ayam...bukan telur lain tau....hohoho(-___-)"

Eyz minggu nie bukan jer nak buat tutorial pasal blog tapi nak jugalah berkongsi ramuan untuk buat topeng a.k.a masker muka daripada sebiji telur ayam...ehhee....

:: BAHAN ::
1 biji telur - digalakkan untuk memilih yang organik  


:: CARA MEMBUAT MASKER DENGAN PUTIH TELUR ::

1. Asingkan putih telur dari kuning telur.
2. Kocakkan putih telur dengan menggunakan garfu sehingga menampakkan buihnya.
3. Pastikan buihnya mengental dan membentuk buih yang lebih padat.

:: CARA PEMAKAIAN MASKER PUTIH TELUR ::

1. Bersihkan wajah dengan pembersih wajah terlebih dahulu.
2. Dengan menggunakan 'foundation brush' atau gunakan jari tangan dan sapukan masker putih telur pada seluruh wajah, kecuali kawasan mata.
3. Biarkan beberapa minit sehingga lapisan masker kering.
(anda akan rasa kulit muka tegang dan sukar untuk menggerakkannya)
4. Bersihkan masker dari wajah dengan menggunakan air sederhana suam.
5. Lapkan muka dengan menggunakan tuala yang bersih.
6. Gunakan ais batu untuk menutup pori-pori pada wajah.

:: KHASIAT MASKER PUTIH TELUR ::

Putih telur dapat membantu menyerap lebihan minyak pada wajah sehingga sesuai untuk korang yang memiliki kulit berminyak. Selain itu, masker putih telur ini juga mampu mencerahkan dan menegangkan kulit wajah.



:: CARA MEMBUAT MASKER DARI KUNING TELUR ::

1. Asingkan kuning telur dari putih telur.
2. Pecahkan bahagian kuning telur dengan menggunakan garfu yang bersih.




:: CARA PEMAKAIAN MASKER KUNING TELUR ::

1. Dengan menggunakan 'foundation brush' atau jari tangan, sapukan masker kuning telur pada seluruh wajah, kecuali kawasan mata.
2. Sapukan hanya sedikit dan secukupnya saja secara rata pada wajah.
3. Biarkan beberapa minit sehingga lapisan masker kering.
(anda akan rasa kulit muka tegang dan sukar untuk menggerakkannya)
4. Bersihkan kulit muka dengan menggunakan tuala bersih dan air sederhana suam.

:: KHASIAT MASKER KUNING TELUR ::

Kuning telur berkhasiat untuk melembapkan, dan melembutkan kulit sehingga kulit terasa lembut dan halus seketika.

.................................................................................


"Korang digalakkan menggunakan masker putih telur dan diteruskan menggunakan masker kuning telur pada masa 1 kali setiap minggu. Tetapi untuk yang berkulit sangat berminyak atau cenderung berjerawat dapat mencuba menggunakan masker putih telur sahaja. Korang cubalah dulu baru tau hasilnya macam mana. Eyz dah cuba dah. MEMANG BERHASIL!!!!"

!!!!!...SELAMAT MENCUBA...!!!!!

^___^


Thursday, June 7, 2012

Tutorial : Daftar Shout Busuk.org


Sekarang ramai blogger yang dah mula guna Shout Busuk.org untuk shoutbox dalam blogger masing-masing....walaupun simple tapi menarik....bagi Eyz....shout busuk.org nie memang DA BOMB....TERBAIKLAH...!!!hihihihi....kat sini Eyz akan tunjukkan caranya untuk korang okay sayang^__^

:: nie sekadar contoh yang Eyz punya shout busuk.org ::


1. Mula-mula, pergi ke link nie dulu 

2. Masukkan Username, Password dan Email korang. Kiranya korang kena daftar dululah.

3. Selepas tu, korang pergi kat Home di shout busuk.org tu. 

4. Ubah width and height bagi shoutbox yang korang rasa sesuai atau menjadi keperluan korang. 
*Kalau Eyz, Eyz guna width 200; height 350 untuk muatkan di sidebar blog Eyz

5. Kalau korang nak shoutbox korang lebih cantik dan menawan hati *hihihi* korang boleh ubah sendiri warna kegemaran korang kat Customize Shoutbox.

6. Dah ubah dan dah menepati citarasa. Klik SAVE!!

7. Pergi kat Home balik, copy kod shoutbox.

8. Dashboard >>> Design >>> Add a Gadget >>> HTML/ JavaScript

9. Paste kod yang dah copy tadi ke ruangan HTML/JavaScript.

10. SAVE dan SIAP....!!!^__^


!!!!...SELAMAT MENCUBA...!!!!


TEKANAN MELANDA...!!!


 !!!!....ARGHHH....!!!!

!!!!....TEKANAN MULA MELANDA JIWA....!!!!


aduhai...peningnya kepala guna blogger yang baharu nie....baru sebulan lebih Eyz tak kemaskini blog nie dah banyak sangat perubahan dalam blogger nie...nak kena dijelajah dulu blogger nie baru bleh betul-betul update...aduhai...terkapai-kapai pulak Eyz nak buat blog nie....hhmmmm....






My Love -->> PLAYGIRL

!!!...assalamualaikum dan hai...!!!

!!!!!....MisEyz BLurz kembali lagi....!!!!!

hihihihihi
lamanya dah Eyz tak kemaskini blog nie....nak kata sibuk tu taklah sesibuk macam orang lain....bolehlah tahan....ehheee....hari nie Eyz pandai rindu pulak kat Blog MisEyz BLurz nie....muahhh...!!muahh...!!!sayang awak....!!eyhh...bukan awaklah....dia....bukan DIA tapi dia....ehehe...mulalah nak merapu awal-awal entri...hihihi

hari nie Eyz bukan nak merapu tau tapi nak buat satu entri pasal sebuah novel yang Eyz dah baca....kalau kita tengok dari muka depan novel nie pun dah cukup buat hati tertawan...aisemen...hihihi...

:: comel tak muka depan novel nie???ehhee ::

bukan setakat muka depan jer tau comel tapi jalan cerita pun amat memuaskan hati pembaca...kalau Eyz, Eyz boleh bagi lima per lima (*****) bintang untuk novel nie....macam-macam konflik dan kadang-kadang geram hati baca kandungan novel nie...sebab jalan ceritanya....di sini Eyz selitkan sinopsis bagi novel nie^_^

........................................................................................................................

SINOPSIS

Puteri Laila merasakan kehadiran Hasrul dalam hidupnya bagaikan satu bala apabila musibah sering menimpanya setiap kali lelaki itu mendekatinya. Kisah gila-gila mereka berterusan apabila Puteri Laila mendapat tahu Hasrul sebenarnya mempunyai pertalian persaudaraan dengannya.

Megat Kamarulzaman, iaitu ayah Puteri Laila telah jatuh miskin dan mempertanggungjawabkan Hasrul untuk menjaga Puteri Laila yang banyak sangat karenahnya.

Dapatkah Puteri Laila tinggal bersama Hasrul di rumah yang sangat uzur itu? Bagaimana Hasrul menghadapi perangai Puteri Laila yang gila-gila bahasa itu?

..............................................................................................................................

 "Hei orang miskin, kau dengar sini! Aku akan ingat perbuatan atuk kau tu sampai bila-bila. Dan aku jugak takkan lupa perbuatan kau yang menyimbah air ikan pada badan aku. Aku akan laporkan semua ni pada daddy aku. Daddy aku akan cari kamu berdua dan ajar kamu secukupnya. Daddy aku orang kaya tau, dia boleh buat apa sahaja."- Puteri Laila

Mentang-mentang anak orang kaya, ingat aku takut. Aku pun kaya jugak tau. Aku ada lalang-lalang kat belakang rumah aku tau. Hasrul teringatkan semak belukar di belakang rumahnya. Tak ada duit, ada pokok-pokok kayu pun jadilah.

"Ini cincin yang Rul bagi kepada saya sewaktu dia melamar saya. Malah dia sudah berjanji nak berkahwin dengan saya dalam masa terdekat ni. Apalah sangat yang Rul boleh harapkan dari isteri seperti awak ni, entahkan mampu memberikan zuriat padanya ataupun tidak." - Azia

 ..............................................................................................................................

Penulis bagi novel nie banyak mempersembahkan komedi romantik. Jangan lepaskan peluang untuk membaca novel nie. Eyz amat menyarankan korang pilih novel nie untuk bacaan cuti sekolah nie....!!!!hehehe