Thursday, April 12, 2012

Dalam 2 Hari Sahaja



Seronoknya Eyz sebabnya Eyz dapat habiskan novel hasil karya Ramlee Awang Murshid dalam tempoh masa 2 HARI SAHAJA!!!WOW!!!


BEST SANGAT TAU...!!!
*rugi kalau korang tak baca...hihihi

bagi sesiapa yang belum pernah baca novel nie dan baru nak berjinak-jinak dengan novel karya Ramlee Awang Murshid macam Eyz nie, Eyz sarankan semua untuk beli novel 'Ungu Karmila' dulu....hihihi....jalan cerita novel nie macam-macam unsur ada....unsur saspen, seram, kasih sayang dan cinta....

nak tahu lebih lanjut tentang novel 'Ungu Karmila' nie...di sini Eyz selitkan sinopsisnya

.................................


'UNGU KARMILA'
- RAMLEE AWANG MURSHID -


 Atas nama cinta...mahligai impian itu dibina. Vila Sunyi menjadi mahar kasih Arif terhadap isterinya, Karmila. Namun, tragedi dasyat memusnahkan kegembiraan yang dikecapi.

Beberapa tahun berlalu...vila yang ditinggalkan dikatakan berhantu. Jikon, seorang pemuda Orang Asli bagai digamit memasuki vila itu. Akhirnya, dia menjadi korban pertama selepas kejadian yang berlaku ke atas Arif, Karmila dan Jainab (orang gaji mereka).

Setelah itu, mistik di vila itu tiba-tiba sepi. Masyarakat Orang Asli percaya 'sesuatu' yang berada di situ sedang 'tidur'. Tiada siapa berani mengusik. Jika ia 'terbangun', maka pembunuhan pasti terjadi lagi.

Ema, seorang wanita masyarakat Orang Asli yang berpendidikan, secara diam-diam berusaha meneroka vila yang menjadi lambang cinta Arif dan Karmila itu. Secara tidak sengaja, dia telah 'membangunkan sesuatu' di dalam vila berkenaan.

Arafat, abang Arif telah menugaskan beberapa orang yang dipercayai untuk membongkar misteri pembunuhan itu. Namun, satu kuasa jahat telah memburu mereka sehingga mengancam nyawa. Tragedi silam berulang kembali!!

RAMLEE AWANG MURSHID, sekali lagi meneroka alam mistik di sebalik saspens UNGU KARMILA. Mereka yang 'jahat' sahaja dapat menagalami rahsia sebalik kisah berdarah di Vila Sunyi...hingga tidak sanggup lagu untuk berbuat dosa!!

 ...................................

"Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan novel 'Ungu Karmila' ini..!!!!"

:: Eyz bagi lima per lima bintang untuk novel nie ::

* * * * *

4 comments:

~ SYAWAL FITRAH ~ said...

ramai yg ckp novel thriller ni best. tp xde perasaan nk cuba pun. huhu. rasa perlu cuba ni. btw, tengs suggest.

Cik Lyeen said...

wow..seronoklah dia..hehehe:) lyeen beli novel 2 ketul...x baca lagi..nk baca time cuti nnt..ni sebeb penangan baucer..HAAHAHHAH

MisEyz BLurz said...

@~ SYAWAL FITRAH ~
mula memg rasa mcmtu jgak tp kwn memg ckp best..terasa tercabar nak baca...then...MEMANG BEST!!!hihihi...selamat membaca^__^

MisEyz BLurz said...

@Cik Lyeen
mestilah seronok Cik Lyeen sbbnya takyah kuo dwit byk nie demi buku..keke..nanti cuti baca novel len plak..ehe